10.2.05

Gerak Khas 3

assalamualaikum...hari nih (smalam la kira nih da kul 3 pg dah nih) aku bwk adik2 aku tersayang kuar jln2 n isi masa yg aku ada ngan diorg sbaik mungkin.aku tau aku takder banyak masa,so aku kena isi masa yg ada ngan sekualiti yg mungkin.....aku asalnyer nak tenangkn fikiran jer jln2 kat tman KLCC,tp bila adik2 aku buat muka manja nak ikut, aku rasa cm sellfish plak,so aku bwakla diorang jln2 wlaupun aku sedar agak lewat klu nak bwk jln2 ngan kedai banyak tutup nih. paperpun yg penting adik2 aku seronok sb aku xsuka tgk org yg aku sayang muka cam tak ckup asam garam khidupan jer.......

so, nak djadikan citer,aku kuarknla duit saku yg dsimpan nak guna utk beli brg2 pg UK (aku janji ngan diri sendri xnak pakai duit org lain) utk bwak adik2 pg jln2 ngan tempat best yg thampir,KLCC.jln2 bawak pergi mkn yb mahal2 skit janji diorg senyum puas.lasr skali bawakla diorang pg tgk citer yg diorg suker,asalnyer nak usha citer shaolin vs evil cmtu,tp dah onuh plak! so, tukar ar citer gerak the movie 3......best ar gak tp aku tak brapa usha sgt sbb tgh busy main sms ngan enn sampai abis kdt n citer abis........adik2 tsnyum seronok,aku tumpang kbhagiaan diorang.....

time nak balik, aku jumpa ngan lean n awek dier,tak sedarpn klu dier x tegur,tp xborakpun,awek dier cam xsuker jer lean tegur aku,so biarla....ntah2 ennpn sama gak,tp biasa enn mst main aci nyorok klu aku pg tegur kawan2.....pk balik klakar gak sayang aku yg sorang tu.........balik kdt abis xle plak nak sms ngan enn....da smayang smua aku dudk dpan tv sampai ttido.....bangun usha hp rupanya enn ada miskol n anta sms......mula best,skali ada plak sms dia yg takbest skit.kawan dier nmpak aku kat kemaman lg,ntah camana aku leh smapai aku xtaula.........pastu bile aku kol dia da off hp n aku still kat umah xle tdo sbb aku risaula calon menantu mak aku tu pk bkn2......hai sayangku, andai dirimu mbaca ini, maafknla sy yer?jgn mrajuk yer sayang.......adiosa.....

3.2.05

Thermodynamics

assalamualaikum....1st day final xm aku ari nih.1 down n 2 to go. paper yg paling ssh (pd akula) tp td berkat doa makmak,enn,adik,kwn2 aku dapat jwn ngan smooth jer.Alhamdullilah smua berjalan lancar tanpa ada paper masalah.mungkin usaha aku yg 1 % tu mbuahkan hasil yg lumayan 1 ari nnt. insyaallah......

aku bersyukur lagi skali pd Allah yg mbuka ati aku utk stady pd topik yg kuar jer n Alhamdullilah aku dapat jawab.harap doa aku utk scorepun termakbulla jugak.pada mereka yg mdoakan kjayaan aku,aku ucapkan trimasan bbanyak.......aku harap aku xkecewakan harapan sesapa terutama mak n enn.....

esok ngan lusa ari cuti utk bbudak alam n pd aku,persediaan utk 2 lagi peaper amat penting, so aku mybe cuti halfday aja kot.lain day aku kena stady maa....never under edtimate the easier paper or ur will regret....kata2 aku ambik dr diri sendri..heheheh...paperpun doakan utk paper math ngan mechanic aku ahad ngan isnin nih yer? insyaallah aku akan bg yg terbaik utk semua.....adiosa!!

1.2.05

Kisah 5 perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar <-petikan yg diambil ikhlas buat tatapan semua dr INSTEP webportal...semoga ia mberi kesedaran buat diri ini n mereka yg mbaca....insyaallah