28.2.03

tadi aku bukak mail yahoo aku, dapat satu mail dari sorang kawan yg dapat dibuat berkongsi sama2 ngan semua.... topik duer pasal aurat wanita..... memang banyak kalau aku sebut kat sini kang ada aja yg kata aku nih kolot, tapi aku masih akui apa yg aku baca tu banyak menedarkan aku *kalau aku perempuanla..* antara nya, bagi wanita yg tidak menutup auratnya, rambutnya akan digantung di neraka sehingga mendidih otaknya...... ada juga cerita mengenai wangi2an, gigi, perhiasan kaki, suara, kemaluan dan lain2 lagi.... so sapa yg nak aku forwardkan nyer utk dijadikan rujukan atau renungan, mail ajer kat aku.... namu aa yg aku nak perkatakan di sini adalah mengenai budaya yg semakin menular di kalangan remaja di kota metropolitan nih.... mereka*wanita * memakai tudung contohnya bukan kerana ia adalah kewajipan mereka, tapi lebih sebagai fesyen dan dibuat utk menunjuk2! itu belum dikirakan lagi pada mereka yg mencukur bulu kening, menunjukkan bahagian dada.... dan berpakaian ketat sehingga menampakkan tubuh badan kerana rasulluah pernah menegur seorang wanita ": Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari." malah semakin banyak *dari apa yg aku lihat dan perhatiakan mengenai gejala lain yg berpunca dari sikap mengambil ringan terhadap aurat ini....... antaranya, pada valentine day hari tu, aku dengan mata kepala sendiri melihat beberapa pasangan perempuan berpelukan, berpegang tangan..... ya Allah, apakah yg cuba kau tunjukkan kepaa aku? adakah ini tanda2 akhir zaman yg kau mahu aku sebarkan kepada seluruh dunia? namun, apa natijah nya pada tanah air tercintaku ini? adakah akan berakhir seperti Bosnia yg satu ketika dahulu mengamalkan sistem sekular? tikkah malu negara kita nanti kalau perkara yg berlaku pada mereka, juga berlaku kepada kita? tidakker itu kata orang " kata dulang baku yg bengkok, kat org negara sendiri yg teruk?" bukan salah kerajaan semata2 tapi salah semua, aku juga dalam list mereka yg bersalah memandangkan aku tak menegur atau sekurangnyer berusaha mencegah perkara ini dari berlaku? namun wajarkah pemikiran aku, apa yg dapat seorang lelaki biasa mengubah dunia ini?

ya allah yg maha pemurah lagi maha pengasih.... kau tempat aku mengadu, dan tempat aku bergantung di kala aku senang dan susah, kau yg ciptakan aku..... bukalah pintu hatiku, dan tunjukkanlah aku kebenaran, terangilah hatiku dengan hidayahMu, dan bagilah aku kekuatan iman, fizikal dan mental dalam menghadapi maksiat dunia kini... kau janganlah sesekali menjebakkan aku ke dalam dunia itu..... lindungilah aku dan kuatkanlah imanku..............amin..........

cuti
hari nih aku nekad nak taknak aku kena balik rumah... kena buat shopping skit sbb barang aku dah banyak kena top up terutama benda asas cam sabun basuh... lagipun dah janji ngan mahfuz nak jumpa dier cuti nih... ntah bila2 masa jer dia akan ambik flight pergi Kanada sambung study dier.... mesti takda can nak jumpa dier..... alhamdulllah, akhirnya hajat aku kesampaian walaupun agak lambat utk berjumpa ngan dier sampai tempat jumpa kena ubah, pastu dier plak kena tunggu sampai 2 jam... sian dier ....agak nyer nih la yg dikatakan, kalau nak berjaya, banyak rintangan yg kena aku harungi...... skang nih ada kat umah aku teman aku... esok ntah apa kitorang nak buat isi masa lapang dan melepaskan rindu sekian lama tak berjumpa.... dulu, walaupun kitorang selalu bergaduh *and 4 sure aku yg cari pasal punyer* tapi kitorang memang rapat n kadang2 selisih antara kitorang banyak buat aku berfikir mengenai aku rakan2 dan masa depan......sekarang kitorang bukak citer pasal masa kat sekolah dulu yg banyak meninggalkan kenangan antara kami.... dulu mahfuz slim, skang..... sihat wal afiat.. alhamdullillah......takda la aku risau sangat pasal makan minum dier..... paperpun, skang dier dah semakin ranggi.... makin suka pakai baju ketat beb.... biasa la arus fesyen... takda la ketat mana pun..... baju kappa as ROma......

tadi ntah kali keberapa aku tengok citer 'ada apa ngan cinta'... memang best giler, tapi aku minat dengar lagu aku bahagia dari melly goeslow tu..... best giler disamping puisi2 g menyentuh perasaan... kan best kalau aku budak yg pandai buat puisi2 camtu.. mesti banyak cewek2 bergantung ingin berpacaran denganku..*he he he.. perasan giler aku nih..*

sepanjang perjalanan balik tadi aku tengok kemain banyak lagi budak2 sekolah cuti... mesti diorang dapat cuti skali ngan awal muharram nih...... nyusahkan aku nak balik btul la diorang nih.... nak tekel, aku tak reti, hish tak abis lagi menggatal... lek, aku gatal dalam hati jer.. jaga imej jejaka macho....... lagipun kalau aku ngorat buat steady, hish besar nih risikonyer..... malas la, aku kang bak kata org tua2 yg dikendong tak dapat, yg dikerjar berciciran...... yg penting keihklasana hati btul tak?.. alamak, aku nih dah mula dah bab yg tak best nih.... kang panjang berjela2 jam pulak blog aku nih. malas la, kang ada plak org jatuh cinta ngan aku sbab baca blog aku nih.. *cam rangga ar plak....cinta jatuh cinta ngan puisi dia....* paperpun aku tak ready lagi bukak topik nih secara am dan teliti memandangkan ia sesuatu yg pada aku yg sangat berat dan mungkin dapt mengubah hidup aku atau org lain....so, let it gone for a while..... the time will come.....

27.2.03

for the first time, aku naik kapal selama 24 jam.....saja nak merasa camana agak nya floating kat kapal seharian... walaupun badan super letih, tapi kerana nak belajar punyer pasal dan merasai keseronokan memancing yg dah lama tak rasa, akupun tak pikir panjang trus bagi nama utk ship duty.........ntah brapa jam jer aku tido kat dalam kapal ngan aktiviti yg saja aku buat nak isi kekosongan masa, pastu ngan duty aku yg kena jaga serounding, weather, temp, engine kapal tu.....tak kira memancing n tengok bola kat dalam kapal lagi.... aku nyer duty sampai kul 1 pagi jer, pastu sambung mancing ntah sampai kul brapa, aku pegi tido sat takut tak cukup tenaga nak blajar ari nih *nasib baik cukup tenaga, cuma ada skit mabuk darat...* patu kul 4 camtu bangun tengok bola plak, barca lawan A.Cmilan..... ntah sapa menang, akupun tak tahu memandangkan aku tertido kat mass room. bangun pagi tadi kena plak buat cleaning.... kira best la, aku tahu yg keje yg aku pilih nih amat mementingkan kebersihan... *instructor aku cakap, kalau kapal besar, dierpunyer engine room, tip top sampai ada org buat tempat tido lagi* so, nak tak nak, kenala jaga cleaness.... lagipun kan ker kebersihantu sebahagian dari iman.... tu yg tak update semalam......

tapi ada astu perkara aku belajar semasa naik buat ship duty nih.. aku rasa diri aku nih kecil sangat pada pandangan tuhan... bila lihat betapa luasnya lautan yg bakal aku tempuhi n cabaran yg menanti aku selaku seaferers, aku ras cam diri nih masih belum cukup kuat lagi amal nak menghadapi dugaan yg Allah sediakan utk aku.......bila masuk jer mussallah, terbaca "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara"....walaupun semua org pernah membaca,mendengar tapi ntah berapa banyak la manusia cam aku nih yg sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kanan ngan kiri..... bila buat ship duty, tinggal sorang2, sambil2 memancing tu, aku ambik masa nak buat cermin diri...... ambik sebanyak mana peluang yg Dia bagi utk muhasabah diri aku yg semakin menjauhkan diri dariNya yg sentiasa berhampiran dengan aku........... walaupun tak banyak yg dapat aku muhasabah, namun sekurang2nya aku ada masa melihat kekuasaannya *Alhamdullilah...*

dapat tahu dari baci yg sekolah aku punyer result SPM dapat no.1 kat dalam Perak.. tahniah pada semua warga SEMESTI!! memang aku repek giler la kat adik2 semua...... tapi harap kalian jgn suka terlalu awal, ini baru first step utk menuju ke arah yg lebih bahagia.... stay at this wordz..... dream of stars n start to catch it..... even u got to the highest point of a mountain in the end, its the best u do n its better than u didn't reach anything at all........adios amigos sayonara

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan
malaikat
dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat
satu
riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan
berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan
kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;
Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah
tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya
masuk
ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala
dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" .

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau
tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak
itu
akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu
tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja
tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal
dan
maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan
apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali
memberi bantuan
kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan
Al-Quran
sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di
Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!
da mail that i received from a friend of mine.... nurdidi zainuddin, thanks alot for da words.... hopes Allah will always with u now n forever n hope that da Quran will always in ur hearth........

24.2.03

da mail

baru check mail tadi, aini datang lawat kat blog aku, kira okla, sekurangnyer ada gak org nak baca apa yg hati aku luahkan... tapi yang best mail dari mahfuz yg nak aku buat blog nih lebih berseri ngan kata hadis. camana semua? setuju ker tak? aku memang akan cuba memvariasikan blog aku ni semenarik mungkin.... ngan carita2 n kata yang dapat menarik perhatian dan kalau boleh dakwah kat sesapa ker..... mahfuz pun ada bagisokongan ngan hasiol kerja aku di samping mengingatkan aku pasal ibadah pada yag Satu..... alhamdullilah, stakat nih, aku masih lagi ada iman, solat aku takder la terjaga rapi, tapi aku selalu cuba sebaik mungkin utk menyempuinakan solat aku yg lima kali sehari nihla... aku tahu betapa pentignnya solat nih sbb ia yg menjaga kita dari sebarang dugaan dan utk menunujukkan kasih kita pada tuhan disamping memohon keampunan yg telah aku lakukan... memang aku sedar sentiasa melakukan kesalahan.. terutamanya mulut yg selalu tak berinsuran, telinga yang sentiasa peka, dan mata yg sangat2 sensitif..... aku slalu menyalah gunakan semua kelebihan aku nih. insayaallah aku cuba sebaik mungkin utk membaik pulih akhlak aku yg selalu tak terkawal memandang kan iman aku yag turun naik nih... *ya Allah, kau lindungilah aku dan tunjukkanlah aku ke jalan yg benar....*

oh yer nicknack, aku rasa aku dah jumpa ngan senior ko tu.... nama dier syawal eh? tak tau la btul ker tak, aku tak rapat sangat ngan dier memandangkan hidupnyer lain dari aku nih yg cuba hidup serba sederhana.... paper pun, kenapa ko cam nak tahu sangat pasal budak ex jasin yer? konpius aku.......

sampai sinila dulu aku nyer crita kat blog nih, kalau panjang sangat kang, aku takut tak bleh nak kontrol pulak diri aku yg satu nih... kalau dah naik minyak ada jer idea nak di crita kat sini.... paper pun pada rafique adiputra yg berada di u.s, congrate pasal menang tournament hari tu..... skang aku nak stat train balik la.... dier bleh buat kat sana why not me right!! aku nak stat ngan stamina dulu la memandangkan stamina aku yg semakin merudum nih..... paper pun, aku akan cuba buat yg terbaik dalam semua bidang yg aku ceburi...... insyaallah.... adios amigos sayonara....

"camping"

long time no see...... rasa cam lama giler tak update blog aku nih sejak pegi camping kat ulu bendul ari jumaat lepas. memang best ngan pengalaman walaupun aku tak naik gunung memandangkan aku ditugaskan jadi seorang chef di dapur taman rekriasi ulu bendul. memang letih giler rupanya kerja kat dapur nih. barulah aku tahu camana mak aku punyer penat jerih menyediakan makanan utk kami sekerluarga supaya cukup makan sampai aku sihat cam sekarang nih. dahla masakan skit punyer grand en. izam suruh masak! hari first aku kena masak ayam gulai ngan sayur kobis goreng, pastu esoknya pagi, mee hoon goreng, tengah hari, ayam masak merah ngan sayur goreng, malam lak kena buat barbeQ , mee goreng ngan nasi goreng. kalau masak utk 2-3 org maybe bleh considerlah, tapi bila dah masuk sampai 50 org, tu yang buat aku berpeluh cam nak rak tu. yg tak best nya aku makin gemuk plak buat kerja yg meletihkan tu *dah asyik makan tak renti2 kat dapur tu!* nasib baik la aku ada org tolong buat barang asas cam nak siang, potong siap kan itu ini, memang finishing touch aku la yang kena! *rasa cam muka aku nih dah dekat ngan muka kuali dah, tangan lak cam senduk ngan sudip!!!*

tapi ada gak benda yang best nyer bab masak nih, antaranya, bleh kacau awek yg sama2 camping ngan kitorang.. budak2 baru dari PBSM UiTM lendu,melaka. awek skit punyer banyak. asal lalu jer depan aku, aku plak tengah naik syok, kena la kacau ngan aku.... heheehe.. jahatnya aku nih *kepada semua secret admirer aku, jangan marah noooo....* tapi don't worry mama, aku stakat menggatal n takda niat nak buat steady lagi.... kira cam pintu hati nih masih blum terbuka lagila..... *ntah2 hati nih dah berpunyer kot!!* mak tahu nih mesti marah *mak tak suka aku menggatal* giler... nasib aku datang bukan nak cari awek, kalau tak, agak2 dapat ker tak yer? modal aku hanyalah aku pandai masak jer * itu yang budak uitm tyu nampakla...*

tapi yang takbestnyer, kena gak kutuk ngan tukang masak depa, kata nyer "masak 24 jam" mana taknyer , aku kena bagi makan kat 50 org sebanyak 5-6 kali sehari..... pastu ngan peralatan yang skit n tenaga memasak aku sorang jer, memang super letih! bangun pagi plak kena bangun kul 4 pagi tetiap hari nak siapkan barang ngan masak air semua. macam buka kedai makan plak kan? walaupun camtu, tak semua nyer jadi masakan aku. adagak yg fail *terutama cam masak nasi gorang ngan mee gopreng tu * biler kena masak sampai 3-4 kali satu resepi. biasala budak baru belajar...... kira pengalaman per kan....

yang buat aku sakit mata bila camping tu bila nampak org buat maksiat.... bukan stakat duduk berdua2an yg terisi setan diantara mereka, tapi aku sendiri nampak lebih dari itu...* siap ternampak sepasang tangan yang memasuki baju ketat si pemakai tudung warna krim tu...... yg laki plak ..... siap dah terbuka zip dier..... *nasib baik aku tak bawak kamera time mandi sungai kat sana, kalau tak, aku dah lama dah jual gambar tu bagi kat paper memana, bleh gak dapat income rm200 satu brita...* sebelum balik alam pun aku gi mandi gak, nampak lagi best! wet stail man..... dua couple lagi.... memang dunia ni dah nak kiamat agaknya.!! dah la dalam hutan... apa depa tak takut ker ngan hantu.... *nak takut camana, ngan tuhan pun takda rasa malu dan takut, inikan puklak setan dan hantu...* mungkin inilah kata2 dari quran yg kiamat makin hampir bila maksiat berleluasa!!*

paper pun kesimpulan nyer, camping kali nih memang best la.. sekurang2nya dapat gak isi masa lapang aku dari tebuang duduk kat alam tak buat apa2 nih! takda la merewang tak tentu hal yer tak.......dapat gak blajar mencari pengalaman, dan melihat dunia nih dari satu sudut baru ..... sudut dapur kat dalam hutan ...*heh*

20.2.03

semangat yg hilang

sejak pulang ke ALAM, semangat yang aku banggakan selama ini telah hilang. semagat yang membuatkan aku berjaya hingga ke tempat ini, waktu ini, dan hidup ini telah hilang.....semangat sukan aku semakin hari semakin luntur. perut pun semakin hari semakin tak dijaga..... jika dulu aku bersemangat setiap petang utk bersukan dan mampu bermain apa saja jenis sukan, kini, aku seolah-olah hilang punca dan arah! aku tak tahu sukan apa nak main, malah lebih teruk lagi.... setipa sukan yanga aku pilih utk main petang kini seolah tak sesuai dengan jiwa aku. jika dulu, walaupun aku concentrate pada bola baling namun, aku masih mampu main game lain utk keseronokan.....tapi dulu ada org yang sentiasa bagi aku semangat.... kini, sukan yg jadi first choice aku dulu (basketball), kini dan selamanya dah tidak buat aku bersemangat utk bemain atau menajamkan skill aku seperti dulu! adakah kerana aku dah tua? *tak logikla....i'm just 19!!* aku tak tahula mana yang silapnya.... mungkin sbb rindu di hati kat bebudak bola baling yang dah aku slalu main dulu kot......

but, kat situla aku rasa aku menemui kebahagiaan dalam bersukan. aku dapat berkongsi ilmu, belajar n mengajar dari mereka semua... dengar rintihan anak buah aku pada masalah diorang, dan cuba menyelesaikanya..... buat strategi baru yang aku dapat dari pengalaman main game lain, malah bleh buat friendly match ngan budak2 ragbi, bola, hoki, basket....... seolah olah aku main semua game dalam satu padang di samping dapat team mate yang best macam adik bradik sendri! yang laki penuh kreativ... yang girlplak best giler ngan mulut laser diorang tapi nak blajar, ngan ego diorang nak kalahkan aku...... guy's.... i really miss u all !!!!

paperpun, ada hikmah dalam apa yg berlaku dalam diri aku, cuma aku kena cari dan aku sedang berusaha mencarinya....mungkin aku dapat buat team baru kat sinikot! sapa tahukan.....aku cuma berharap allah sentiasa menunjukkan aku jalan yg benar dan tidak biarkan aku hidup keseorangan tanpa hidayah darinya...... adios amigos sayonara

hari yang mencabar

ada elas karang.skang nih waktu tea break, so ambik pluang nak jenguk2 blog aku yang serba sederhana nih. tadi dalam kelas blaja benda lama, tapi makin lama makin mencabar n makin susah plak. soalan makin la kelirukan kepala hotak aku yang lembab nih. alamak tak bleh tulis pepanjang sbb kena pergi klass letik plak! so wait fo my strike again...... hari nih pakai precise, so free..... tapi tak ada masa nak menyalurkan hasil seni aku kat sini lama2 takut nanti lambat ke klass, aku gak rugi ilmu yang en. lau bagi tu! paperpun dari buang masa, baik aku isi blogkan time2 camnih!

pagi tadi waktu tempatan ada game champions league.... man u menang 2-1 ngan juventus! he he he... tahniah MAN U! best giler sbb team feveret aku menang. wes brown plak yang score.... ada peluang jadi defender muda yang bergaya dier tu! baca result kat uefa.com pun best gak sbb game dikuasai juventus, tapi man u menang. tula agaknya beza antara pemain pro kot! kalau kat malaysia, ntah brapa gol dah depa lepas. tapi mutu permainan malaysia sedang meningkat dan harapnya dapatla satu hari nanti kita menguasai dunia dalam sukan nihkan.....ok la...times up n i got too go now..... wait more from me.....adios amigos sayonara

seharian kat atas akedemi satu.... ingat bley lepak kat sini ker ambik angin ker, tapi tup tup rupanyer ada assingment kena buat hari nih gak. kalau tak ntah biler bleh naik lagi Akedemi satu tu cari info pasal kapal lama..... nasib baik la en. izam baik bagi buat yang senang*secara berkumpulan, so sorang buat sikit2la...* aku ngan lokman buat upper level engine room...*opps.. team aku kena cari info utk engine room* takder susah sangat kalau bleh manage ngan baik pastu sorang buat skit2. siap cepat pastu kitorang pergi tiba ilmu plak kat en. usop, tanya pasal pengalaman dia kat kapal, pastu camana nak buat maintanace n tanya pasal komponen2 dalam kapal n caran nak overhaul (kira cam nak baikpulihla) n camana nak uruskan kapal.

alhamdullialahla solat aku terjaga kat sana. syukurla pada tuhan sentiasa menunjukkan aku jalan dan memeberi aku masa n peluan utk menyelesaikan solat aku.....Alhamdulliah.....

esok ada klas n mungkin ada homework. so aku tak tau lagi kalau aku dpat update blog aku nih slalu.dahla shahrir slalu suruh aku ajar dier buat blog! malas btulla nak ajau kalau aku sendri ada banyak kerja.so kalau tak ari nih atau esok, maybe aku kena kena lepas aku akan update pas aku balik dari ulu bendul... so, watch out for more strike from me.....adios amigos sayonara

18.2.03

.::a day in da workshop::.

pergh...!! penat sungguh hari nih terperap seharian dalam workshop ALAM nih. menyesal sebelum cuti dulu tak siapkan cepat2 projek "male n female" yang en. Izam bagi tu.takder la hari nih struggle gile2 nak nyiapkan besi keras tu! dahla cacat sbb salah ukuran time buat dulu, nasib la finishing touch aku ada skit seni dia, bleh ar gak bangga ngan hasil tu, tapi takbley lebih2 nanti dosa plak aku nih! paperpun hari ni cukup letih slepas seharian bergelumang ngan debu besi sampai badan nih habis bau besi buruk! busuk giler! esok plak kena naik kapal buruk ALAM yg dikenali ngan Akedemi Satu! ntah apa plak esok seharian atas kapal bergelumang ngan minyak plak kot!

tadi en. izam ada bgtau yang aku kena pergi camping ngan bebudak kelas lama aku EC17c pada 21 feb nih..... yang best nyer panjat gunung kat ulu bendul, nogoghi 9, tapi yang tak best nyer trip nih aku kena jadi chef masak utk depa! trip lain ngan budak2 dek baru bleh aku lead depa naik gunung! hikmahnyer *aku rasala...* dapat awek kot minggu nih!!* he he he.. mesti ramai yg jeles kat luar sana...* kitorang satu trip skali ngan budak2 UiTM lendu kat sana. tapi depa 150 org, kitorang 46 jer, so bleh ar gak cuci mataya yang dah bosan nengok muka jantan kat ALAM nih jer.... janganla setan buat hal ngan mengganggu iman aku nanti dahla... Ya allah, lindungilah hambamu dari sebarang bencana n gangguan dari syaitan n tetapkanlah hati dan imanku dalam merempuhi dugaan hidup ini... aaaaminnnnn.....

oh, ECH 02 nyer budak*klass aku* dah siapkan blog... aku buat ngan izmee... main payah nak pilih template, skali ambik cam rafique nyerla.. simple but perfek! lagipun,bukan nak buat gempak manapun. dapat kongsi ilmu n info masing2 di samping mengisi masa terluang dan meluahkna perasaan.... paperpun check la kat BLoG2C tu. clickjer bukan tak biasa yer tak? tak banyak lagila, yang penting ada usah disamping dapat mengeratkan silaturrahim di dunia nyata n siber yang org kat infiniti nih........ catch out more my article in da blog k!!..... adios amigos sayonara....

17.2.03

meine ein day....

first day in ALAM make me feel so excited! actually i can't tuned it easyly when after two week i went for my mid semester holiday. it's seem starnge when i step out from the bus n feel like the whole world are waitinf for me!!! hehe...

ayat yang aku buang masa jer pikir kat sini. smalam sebenarnyer hari first aku kat ALAM nih n barang aku banyak yang kene kemas sbb balik dulu aku lambak jer baju biar izmee settlekan jer *dia budak baik...* sbb aku malas nak bawak baju bebanyak basuh kat rumah.. kalau tetinggal tak ker naya jer!!! paperpun hari nih kelas aku dah start dah n subjek first aku kat sini ialah electrical principal und engineering science *di ajar oleh mr. Jamhari n mr. Lau* well, utk faundation program nih budak ech kena blajar 4 subjek jer but quite tough bcoz the subjek must be learn in 4 month! sebenarnya yg masuk peksa cuma 2 subjek *12 subjek yang aku cakap rupanyer semester depan.* tapi yang dua subjek nih kena belajar bebulan-bulan maknanyer ada banyak la topiknyer btul tak?
anyway, my last exam result didn't publish yet. n i'm still waiting it in suspend! janganla kena sack time2 camnih! dahla malu, susah nak blaja pulak tu........ nasib hari nih takda homework. blela aku slalu isi blog nih sambil melepaskan tensen blajar kat blog nih.... (*-*)

shahrir oun dah buat blog dier dah, so aku kena la letak link dier walaupun dier baru blajar, tapi ada kemahuan, semua ble jalan btul tak? akupunyer design blog sulupun buruk giler, tapi blajar la sikit2.kalau banding ngan shahrir, dia lagi untung sbb ada org ajar! alamak, skang, izmee munap pun buat pulak! dahla dua2 duduk sebelah aku, maknanyer link aku kan bertambah n makin banyak la org aku nak kutuk.... *harap aku jaga tangan nih* aku ucapa kan good luck kat dioarang dari sini jugak walaupun aku tengah ajar depa sambil update blog sendiri.he he he , doakan aku dalam usaha berkongsi ilmu nih yer!!! ya allah, lembutkanlah hati hambamu utk berkongsi ilmu di dada dan janganlah ko jadikan aku antara mereka2 yang sombong ilmu n mati dalam kekufuran....... adios amigos sayonara

15.2.03

tinggal lagi 12 jam jer aku nak bertolak meninggalkan tanah kelahiran aku nih dan menuju ke tanah yg menjadi medan sejarah tanah melayu.... n tanah yg menaikkan nama hang tuah.... melaka. tak lama lagi aku akan memulakan bali pembelajaran aku kat ALAM ngan part 2 induction program nih...... bdebarnyer menantikan result peksa exam ari tu. harapla Dia menguatkan smangat aku dalam menghadapi hari yg mendatang.......

tadi best btula.... aku jumpa ngan org2 yg aku rindukan slepas lama berlaku perpisahan......aku kuar ngan shahrir, pastu jumpa munzir, pitat ngan awek dier, pastu astroid ngan lan gigi then jumpa plak ngan my best fren dee..*i miss u sooo much!* biler jumpa pitat apa lagi, blanja makanla... hehehe.... mestila kat burger king! tempat yg banyak memori ngan bebudak batch aku * nilah reunion aku ngan budak2 sblm masuk ipt, ngan budak yg nak pegi russia, ngan pitat buat tusyen utk aku.....* pastu astroid datang n kitors borak punyer borak sampai petang. tapi ada gak jumpa bad ngan awin kuar dating.... bad dah gemuk, sama ar ngan awin.... hahahah bleh ar gelakkan diorg plak......
"korang pergi uitm tu bercinta n menggemukkan badan ker blajar?" kata aku dalam hati....n trus gelak.. malas ar nak kaco org tngah sambut valentine day..... bior la, bukan kaco akupun........
biler da nak balik jumpa plak dee, tapi tak ble lama pun ngan dier, dierk kuar ngan budak sekolah dier, so malas ar kaco. ntah bilerla ada masa aku nak kuar ngan dier mintak blanja makan n all that sort of thing?..... pastu biler astroid ngan lan gigi nak balik, ingat nka balik gak lepas ambik bag ngan beli tiket kat puduraya. tapi rezki takder mungkin sebab melambatkan solat hari nih kot..... yer ar,pas solat jer trus hujan turun. nasib la kawan munzir &skang kwn aku gak* abadi *nih budak smap kajang.... jr kumpulan nasyid saujana...* ada. bawak pajero tuh! so, adala transport. tapi jem punyer pasal tak bley la nak ambik bag baci. n kitorang pergi smayang, makan n borak sampai kul 10 malam kat ampang hilir........

jap tadi sms kwn2 aku n aku dapat briter yg agak merisaukan dari salah sorg dari depa, mak erna *kwn uitm* masuk wad pulak sbb nak bersalin...ya Allah, permudahkanlah hambamu dalam menjalankan tanggunjawab n selamatkan lah ibu erna dan anak nyer supaya keluarga mereka yg bahagia sentiasa bahagia............aminnnn...... haraplah deduanyer slamat kembali ke pangkuan keluarga...... adios amigos sayonara......

14.2.03

"coklat"

siang tadi kuar pegi tower record.... cari kaset best.... ada banyak giler kaset baru yg best giler nasib baik aku tak jadi giler.... ada match box baru, pearl jam baru.... soundtrack soalnya siapa pun dah ada dah....so aku pun cari la mana yg berkenan n aku bekenan banyak plak sedangkan keadaan kewangan aku skang nih brada di tahap inflasi taksifar memandangkan banyak di gunakan utk menyelesaikan masalah yg dibawa oleh george soros.... dah stat dah ngarut.... ok so, aku jumpa ar kaset yg aku dengar best, coklat, alam n bonnie men..... so aku tolak tepi bonnie n aku dengar album alam n coklat *band dari indon maa..* then pikir punyer pikir, mutu punyer pasal, aku try dulu coklat sebab musik dier yg lebih menarik minat aku dari alam n bahasa yg menarik... aku tak brapa minat bahasa omputih sbb aku lebih minat pada musik, so lirik dia kalau senag paham lagi snang.....

abit about this band..... band baru dari indonesia.... n terdiri dari 4 pemuda pemudi.... kaikan, ronie, edwin,ervin.... diorang nih cam sheila on 7 n padila....tapi musik tak sama....so aku beli ar..... alam plak band m'sia n menggabungkan rentak asal m'sia ngan rentak tekno jazz..... best ar gak, so aku ingat nak beli la esok.....

ahad aku balik naik bas ngan baci, malas plak rasanya sbb banyak keje kat sana but i got too face it n wait for my result... hioe got pass it with out warning....*3.oo n above..* hish makin hari makin berdebar la plak aku nih..... nih yg lemah nih........ya Allah, bantulah hambamu yg lemah iman ini menghadapi hidup ini... darimu aku datang maka darimu aku kembali.... tunujukkanlah aku jalan yg benar yg dapat aku ikut supaya mendapat restumu...... amin! fuh sana fuh sini.... harapla makbul........ korangpun doa la skali....... ok ar dah ngantuk, kang nak hantar fauzul pegi balik sekolah dier, n siap barang nak balik alam nih....... so prepare for my work from ALAM... adios amigos sayonara....

assalamualaikum......crite sedih....

smalam tak sempat nak update blog nih sbb balik kampung kat sg. lampam, perak.. ada berita tak bestla hari raya hari tu... nenek aku sakit dier datang balik n badan dier panas giler... terjadi pada hari raya plak tu. knapala allah mengujinyer sebegini berat? dier bukan ada buat apa sangatpun, dahla banyak ajar aku pasal solat, bagi nasihat mengenai kehidupan..... dan banyak ajar org ilmu agama... agaknya org yang bayak ilmu agama nih akan sentiasa diuji oleh Dia supaya iman sentiasa terjagaker?.. apa2 pun aku cukup sedih melihat keadaan nenek n buatkan aku mengingati saat besama tuhan dan mengingatkan aku mengenai kematian....biler buka blog iznan, ada plak pasal mati n dier plak ttulis pasal wan zulkarami yg menemui ajalnyer kerana kemalangan... ntah biler la giliran aku menemuiNya yer......ya Allah, bantulah hambamu ini dan biaralah aku menemui Mu dalam keadaan tenang n tanpa kesakitan....*slalu doa camtu sbb takutkan kesakitan mati...* paperpun trimas abang iznan bagi ingatan kematian tu.... banyak ilmu dapat masuk blog org nih rupanyer yer slain dari baca aktiviti dirang kat sana......

oh baru check kat Gbook aku n dapat sign baru dari abang rafique.... nak tau aku buat apa skang.... hehe.... ingat dah lupa dah kat kiter nih. sbb slalu jumpa waktu klass karate jer, tak tau plak dier sambung sampai kat sana.... memang respek giler ah... harapla dier menang tournament next week...... good lux bro!!! oh yer skang study @kerje sebagai kadet kat akedemi laut malaysia*ALAM*.....melaka. maybe pindah ker terengganu kot bulan jun nih.... petronas dah beli ALAM nih n all engine department kena tukar ker INSTEP, batu rakit kuala t'ganu......... best ker tak penhijarahan nih yer..... kalau ikutkan kenela bhijrah mencari port yg lebih baik n mencari pengalamn hidup... takkan nak duduk stempat jer dak?........

tak lama lagi kene balik ALAM, so kene readykan baju n barang nak bawak sana krn cuti pasnih bulan jun plak... dngar citer nih cuti perpindahan... itupun dua minggu jer, kira syuurla ada cuti dari tak dapat cuti langsung btul tak? paperpun pray for my study yah? i hope to do my best in study n live.... ada kata2 best aku terbacakat satu kertas ari tuh..... make the biggest result at smallest of time given...... lebih kurang arr..... ok ar for now..... fart!!!...adios amigos sayonara....

12.2.03

newme blog
comel tak design baru nih? nampak girlish banyak... *nak kat skit, tapi cam hipokrit plak!* paperpun taktaula apasal da tangan very gatal on changhing da template... lantakla, bkan kaco idup org lainpun.... so, every body hapy... kalau ada yang tak bahagia, its their fault....
just check my Gbook.....already been open for 23 time but just one entry i got.... what hapening here? well anybody out there, plz giveme some commenz.... it will help me in seaching more ide for this blog improve the content. or maybe i can link ur site.... come guy n gal.. its a free world n we live in peace.... peace to all........

hari yang sangat2 letih!! bangun awal n pegi smayang...bla bla bla.... tumbangkan lembu.......then tadi petang ada function plak semena hari raya qurban nih, kira utk mengubat frust memasing yg tak dapat balik kampungla... kira ok gak walaupun antara kawan2 mak jer..... so ada ar can ngan anak kawan2 mak aku yang pada aku sombong giler..*agaknyer depa kata aku yang sombong gak kot* actually, aku tak ada masa nak cari kawan kat sini sbb aku bukan slalu ada kat umah. nihla paling lama aku ada akat umah kot. kalau tak bejalan jerla aku jawabnyer....... hish kalau masa camtu aku buat usaha dakwah kan elok? itula iman tak kuat n buat benda x pikir dulu, dah berlalu baru nak menyesal......

tadi aku kuar ngan kawan baik aku, aish ngan sorg kawan yang baru aku kenal, farid nama dier. hikhik..... kawan2 aku semua hensem2!! kitorang tak pegi manapun, just naik kete aish ngan pegi ambik supper kat restoran hemediah.....aku makan kuew tiau tak best!!...... kat situ aku jumpa plak ngan kawan lama aku, lokman hakim.... ha..... kantoi ngan aku sebab kuar ngan awek!! akhirnya..... !!! tapi yang best nyer awek dier telah memalukan diri sendri dan org yang nampak tu ialah aku ngan aish!! *gelak sakanla aku.... * sapa suruh blagak ayu sangat sampai tak ingat mana jalan nak pegi sampai langgar org kat depan.nasib org pompuan, kalau laki@jantan......hehe hehehe......*19sx* anyway, lokman , nice aweks n quite qiut! jaga ar leklok ok......

ok nak tau komen aku pasal citer bosan g aku tngok ari nih n buat aku mbuang masa yg panjang?CINTA 200 ELA...... cam hampeh! tak tau la caman plakon hebat cam wardina, raja azura n man bai tu ble tertarik ngan filem yg tak laku nih. dahla jln citer dier tak ada nilai komersial, publisiti er lebih sampai bangkrup suami raja azmi tu semata nak buat filem cheap flik nih? sampai ngatuk aku!! nasib la tahan jer *taknak la bagi komen tapi stakat tengok skerat jalan jer* dahla lakonan rashid sidek tu cam kayu.... baik bagi org lain la.........tapi tadi aku tengk 1st half international friendly BRAZIL vs CHINA...... memang best with lots of high class football game. china lak buat banyak cross cantik n pluang yang merbahaya but lack of killer instinct biler depan gol. defend china ok la... its prove that asia team start growing n the erope n latin team should beware for the dragon to awaken.......

okla, thatas all for today.... wait for me next time.... adios amigos sayonara......

11.2.03

.:::SeL@m@t h@ri RaY@ eiDil-@dhA:::...

ok.... hari nih malan raya qurban. apala khabar abang2 n kakak aku yang berada jauh menimba ilmu tu braya yer? walaupun tak brapa best krana jauh dari family, tapi bleh gak cari pengalaman yer tak?anyway if u can survivve this one big day, than u can survie by urself for all year long!!*its my own oppinion* yer ar apa taknyer.... bayangkanla waktu orang lain berbahagia ngan family masing2 tambah plak kalau jenis cam family man cam abang rafique :-), mesti ar rindu gilerkan kat family yang nun jauh di sana......!
biler cakap pasal orang lain main best lagikan? aku nih tak lama lagi ntah brapa kali jer dapat balik jumpa family braya sesama kalau sibuk ngan kerje? kalau keje kat darat, bole lar lari...... dah kalau keje kat laut? gile nak terjun kapal in the middle of nowhere!!! i'm not that insane.... lagi baik biar mak aku sedih aku brada jauh tapi dekat dihati dari mak aku sedih sebab ppisahan yang kekal......alamak ayat sedih malam raya la plak.......

oh... ada brita best dari aku utk aku. for the 1st time in my life, i got a valentine card from this lady....very kiut n lovely card. thanks to her for it. i save it n make it one of my beloved belonging? who is the lucky gal? well i do no who is the lucky one, is it me who get a very lovely person who love me very much *include my mother too* or her who get me.... i do no what so special about me. but what i know she's very kiut n healhty!.... well, the time is far enough for me thinking too muck of this *but it cannot be forgotten* i donno the future as much as Him *allah* but there r still much space for me to improve........i hope she don't hope too much from a sosial n eye-gal person like me.... well, i'm not a complete person n still for a the person that can make me said, "u complete me!" .....adios amigos sayonara....


*now the radio is taqbir......... let hope for the peace of the world n rahmah from Allah always within us

10.2.03

assalamualaikum.... ok, i got my first klien today nama sharry. kira ok la gak sbb aku buat nih utk kepuasan sendiri sebenarnya. not bad for a first timer like me!

ok.... hari nih aku cukup best sbb sekian lama menghilang keyakinan aku utk kembali memegang barang kat dapur krana takut tak sedap semua benda yang aku sentuh tu datang balik.setelah bebulan duduk alam makan hasil tangan org, hari nih aku berbuka mask sendri, buat air sendri *mocca tu!!*so breakfast aku ari nih ialah kurma, telur yang dmasak ngan kasih sayang, kicap cap kipas udang dan juga nasi....... apa yang spesel nyer? ntahla tapi aku rasa spesel sangat sbb aku masak n masakan aku hari nih bukan utk aku saja, tapi aku buat utk adik2, n nenek aku gak *aku tak tau plak mak sempat rasa ker tak* bahan2 nyer adalah dua biji telur, satu biji bawang besar, garam secubit, ladasulah brempahkan bawang putih n kasih sayang yang melimpah ruah! ok, cam biasa aku asalnyer tngah blur time nak masak tu sbb periuk mak aku nih ada lagi minyak mak aku pakai goreng ayam utk adik aku lunch lpas bali sekolah. so ntah camana aku nampak telur yang ada omege 3 tu, trus aku pikir masak telur jer la!
so, aku trus capai bawang paling cantik n aku bersihkan n potong kan biar jadi comel lote. pastu ambikan mangkuk masukkan cebisan kecil bawang yang aku potong tu, n masukan isi dua biji telur.masuk kan cubitan geram garam pasir n lada sulah berempah bawang putih sesedap ras kedalam mangkuk tu,n kacau sehingga sebati. ok, sbum tu aku buang mingak lebihan yang mak aku pakai n aku kutip balik serdak ayam yang ada tu campur ngan minyak n panaskan sampai kuar bau wangi! pastu aku masukkan telur tu n masak stail separa kukusla. tutup priuk tu biar haba dapat memasak telur sampai sebati. pastikan api tu kecil. dah siap aku angkat dan biarkan suam baru makan n ajak adik aku makan. mula2 diorang nih blagak skit, tapi sbb bau yang best *mak akupun ckap yang bau telur nih paling best* diorang try. yang buat aku rasa best tu, adik aku as'ad yang paling crewet bab makan nih, siap mintak aku masak lain n makan sampai pnuh prut dier. slalu dier tibai sepinggan jer, tapi ntah apsal ari nih dier kata aku masak sedap dia tibai dua stengah! banayak tu. pastu btambah ras seolah aku diberikan penghormatan yang tinggi, mak aku suruh aku masakan utk nenek aku!! bukan senang oh nak dapat pluan masak camnih........*yes aku terrer masak..... masih bbisa cam dulu YES!!*

tadi tengok citer yang romantik klaka kat tv3.... n i hate u so.... menarik ar pasal org yang bergaduh last2 jatuh cinter antara satu sama lain. pikir balik best gak kalau jadi camtuh... maksud aku hidaup cam dalam filem, pastu ada ending yang hapi! mesti ar bestkan? sapa taknak?.....papapun, hadapilah realiti hidup. jgn la asyik hidup ngan angan2 tapi biarla hidup ngan kenangan..........

ops..... slamat bqurban semua di raya qurban nih! caman bleh lupa pasal bende penting nih.buat sunat wukuf je lebih.nasib la skali lagi aku trsedar dar lamunan. lagipun memang sunah nabi wish slamat raya kat org nih *kata sorg ustaz smayang jumaat ari 2* apa lagi sunah hari raya yer? oh yer, antaranyer menahan lapar dpagi raya sbb nak isi prut ngan daging qurban di hari yang mulia nih, pastu diawalkan solat raya aidil adha sbb tak ada sbb nak dlambatkan cam raya aidilfitri sbb nak bg can org bayar zakat, so disunutkan mlambatkn skit sunat aidiladha. apa lagi yer? oh pasal takbirpun ada beza skitla, tapi aku tak ingat dahla. gomen!! paperpun semua umat islam.......... SLAMAT HARI RAYA!!!!....adios amigos sayonara.......

. Maksud firman Allah: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yamg banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (At Taubah:25)
a'uzubillah.......ayat nih baru jer tadi kuar tetiba jer appear kat desktop laptop nih.bila aku baca balik ia mnengingatkan aku pada kejadian yang hangat sedang melanda dunia.... terrorisme.... bila nak berakhir agaknyer? kalau bush baca nih agak2 naik tak bulu roma dier? tapi rasa nyer dier mestigelakan org yang ingatkan dier mengenai bende nihkan? apapun, kebenaran tak pernah dikecewakan oleh Dia! masalahnyer skang, macam isu kat iraq tukan, aku pun tak tau mana yang benar, mana yang tak benar. dari seorang kawan jemaah aku kat surau polo nih, dier ada crite mengenai perjanjian yang dimetrai antara ex-presiden u.s dulu iaitu bapaknya geoge w. bush tu telah dikhianati oleh saddam nih. menurut dier yang menceritakan pada jemaah bulan ramadhan dulu, *ni crite mana yang aku ingat lagi dan yang aku paham n dngar....* asalnyer saddam nih ada buat perjanjian ngan bapak bush nih mengenai perjanjian damai waktu perang teluk dulu tapi dier kene bunuh semua askar diern ngan bim kimia. dier stuju, so dier bunuh la askar dier tu, tapi dier simpan best army dier underground! tambah kawan nih lagi, tempat yang dier letupkan ngan bom kimia tu adalah kampung halaman dier! n family dier jugak mati kat situ. kalau nak tambah fakta, skang nih bahan mentah dari iraq dah tak laku n dkhuatiri bahaya *terutama kurma!* tu sbb barang mentah diorang murah jer. kesan dier jangka masa panjang tau!
astaghfirullah.....so skang nih nak balas bush nak balas dendam balik la nga ngan saddam slain nak minyak kat situ tapi tk brani nak buat cecepat takut saddam ada senjata nuklear. so dier pakai org PBB pergi survey. kalau takda, cakap ada na buat dunia sokong dier serang iraq. ada banyak lagi dier crite tapi aku tak brapa ingat.

sebernarnyer bsosial nih ada banyak kebaikan dier jugak kan? banyak rahsia ko akan dapat, n ko kenela pandai2 menapis yang mana btul yang mana tak.ngan bersosial kita dapt blajar sesuatu cam camana nak idup biler susah ngan keadaan camana, kat mana..... so, biler ada org dah biasa tu dier buat senang, takyah ar pikir panjang sangat. follow ur gurula!!!

sejak aku start buat bende nih nampak cam best gak. patutla! harapla aku tak hangat2 taik ayam jer...... nampak sangat aku nih tak kosisten kang kalau buat bende skerat jalan jer! mungkin nanti ada rest la kat blog nih biler aku naik kapal kot, but thats pikir kemudianla. now is now, future will come later............adios amigos sayonara.......

9.2.03

slamat pagi para blogerzz...... ntah apa aku ngarut. akhirnya aku dapat gak mulakan puasa sunat ari nih. kan elok kalau aku konsisten puasa sunat cam kat sekolah dulu.blajarpun senang,idup tak bnyak kene pikir, pikirkan tuhan tu sebenarnya lagi ringan *nih pendapat akula* dari pikirkan dunia ntah apa2 ntah nih. tapi apakan daya nafsu aku nih bukan nyer lemah cam iman aku, lagi kuat dari iman aku adala! tu yang buat aku tak bleh nak kosisten cam dulu lagi puasa sunat. kira best la ari nih dapat buat.

smalam aku kuar ngan sorang arab nih, aku dngar la dier pnyer rintihan hati yg penuh dengan kekeliruan namun dihantui dengan egoisme yang hanya tuhan jer tahu tingginye. sebagai org yang menjadi tempat kawan2 aku luahkan prasaan sejak dari seklah rendah sampai la terbawak2 sikap pendengar setia tu kat ALAM, so dngor ajerla......dier citer kat aku yang dier skang nih keliru ngan budaya barat yang sentiasa dipenuhi ngan dosa n noda, arak dan pergaulan bebas, dengan budaya timur yang dipenuhi ngan tatasusila n budi bicara.menurutnyer, nampak best budaya barat, tapi bapak dier dah didik dier ngan budaya timur, namun dier sendiri benci ngan kaum arab dier *mentang2 dier bukan pure arab* tapi dalam hal nih, takbleh la salahkan dier sbb kaum arab nih tak suka ngan orang yang tak original darah dier. so, kat situ aku bljar satu budaya arab yang mbuatkan aku bsyukur aku bkn rg arab n mbuatkan aku mbatalkan niat bbinikan org arab nih.
1. orang arab nih amatla suka kawin sesama keluarga mereka jer. kira ngan sepupu2 mereka!! kira bilerla nak berkembang keluarga kaum diorang.patutla diorang nyer keturunan makin lama makin sempit pmikiran sampai ble blaku mcm2 kes yang tak masuk akal dan bgitu mudah dimainkan ngan kaum yahudi!! hish dunia nih dah nak dkat kiamat, kenala trima semua nih!
2. ok, aku dapat tahu gak yang kalau kawin ngan orang arab nih, cam kawin ngan org pmpuan nogri 9la. semua yang org laki kena buat bg duit kat istri dia.even dah clashpun kene bagi gak. kira keje bini nih slain jaga anak n suami cam masak semua tu basicla, ialah pergi shopping n habiskan harta suami yang diberi. tu sbb kalau tengok kat malaysia nih, banyak org arab mlancong.
3. diorang nyer budaya jiran dah jauh dari sunnah nabi. sentiasa menceritakan kebaikan masing2, dan menunjukkan kekeyaan masing2.kebaikan dier satu jer, diorang takkan brenti cari duit slagi tak kiok kot?!
4 org pompuan arab nihpun satu, jenis yang btul2 solehah yang dkehendaki oleh krajaan dier sbnarnyer tak sampai 10% kot?? tau antara sbb dier suka mlancong? supaya diorang bleh buka jubah yang mebaluti tubuh n aurat diorang tu, so diorang akan lebih banyak pluang utk pkai baju yang ketat2....... well see it by ur eyes...... even the arabs tell its true!!
banyak lagi sbnarnyer, tapi takut makin barat badan aku nih ngumpat kang. lagipun banyang la yang si dia nih meluahkan prasaan kat aku dari lpas asar sampailaa.....maghrib!! brapa jam tu? ble buat novel, bukan blog dah! biler dier dah ok tau apa dier buat? mngatal...... kene plak tarbiah dier, nasib dngar. agaknyer dah brapa lam dier tak smayang??

assalamualaikum.... letih btula.... .kali nih yg kali ker empat dah baru la bleh nak publish kat blog aku.... susah gak jadi org baru nih kan? tapi nih la nama cabaran dan dari sini la aku kene blajar *harapnyer la* nak tau apa aku blajar time2 camnih? bawak2 besabar..........bawak banyak beristghfar.......harap la allah buat dugaan nih ada hikmahnyer camana Kau jaga kedua seniorku itu *iznan und rafique*

ok nih nak buat ucapan bribu lemon trimas kat kedua siniorku ketika di sekolah dulu *sek. men.sains teluk intan @semesri* iaitu saudara iznan n rafique *respek ar korang sampai skang* diorang la yang bagi aku main idea nak buat bende alah yang pada asalnyer aku ingat kacang jer, tapi rupanyer, sampai kering la tekak aku nahan marah sebab tak dapat publish lepas tulis pepangjang! kalau yang nih tak jadi gak aku pegi tido la dulu! dah rilek skit baru aku sambung balik! anyway korang dah bagi aku satu sinar baru dalam pemikiran aku yang mula lembab dan malap krana kmalasan pemikiran aku nih. trimas lagi. ops... tak leh lupa nih best bud aku, baci yang mengenalkan aku ngan blog iznan ngan rafique........ oh baci nih mewarisi darah pemimpin kat sekolah aku..... rafique, ketua umum *aku waktu form2* baci@shahrir shaid nih lak ketua umum time aku jadik form5!! dier memang best. ada banyak citer aku ngan dier nih..... ngan rafiquepun. tapi leklu..... nih utk ucapan khas..... aku akan cuba iktu jejak langkah korang *cam pemburu plak*

ok.... oh yeah!..... dah abis hajat di hati... skang masuk isu... apa yerk? pasal dunia? artis? sukan? movie? buku?..... lain kali lah.......hahahaha :lol...... kang tulis pepangjang kang nyesaljer kalau takleh publish, nih web baru, cam kete barula..... bg dier slow2..... jgn masuk trus gear 4! mampusla enjin tu. btul ker apa aku ngarut nih? lantakla janji aku bahagia!! ok la semua frenz und muslimin muslimah....... kalau ada yang bacala... kalau takda org lain, aku sorang jer yang baca blog aku kan? ah dah stat dah nak bebel lagi pastu fart kat sini? stop kat sini dulu......adios amigos sayonara........

ok..... testing.... testing!! publish la wei!!!