30.5.03

kat sini aku ngan secara terbuka nak mintak maaf kat saudari aini hayati sbb buat dier marah coz kelancaran tangan nih utk membuat kenyataan tebuka pasal dier......sebenarnya, die bukan saja lawa, tapi makin kurus *dulu aku cakap dier makin berisi* n utk pembetulan aku, rupanya dier skang dah turun 3kg sejak kuar dari sekolah......harap saudari aini hayati memaafkan silap saya yg tak pandai jagi hati kawan nih........... selamat bercuti utk semua student yg bercuti..........

Assalamualaikum w.b.t to all the bloggerz...... lama utk kali ker brapa ntah aku tak usik keybourd n update the blog.... harapla aku buat blog nih bukan panas2 tahi ayam jer..........insyaallah......

sepanjang stusy week nih aku rasa utk kali pertama masa aku banyak dihabiskan menghadap buku demi menjamin masa depan yg lebih cerah....biasa ar beb, final exam, kena la skali skala struggel *btul ker aku eja tu?* skit....... jeles gak tengok bdk lain study aku melongo jer buat bodoh, baik buat pandai skali skala, nampak cam ada harapn skit.......... p/s:memang aku nih pemalas

sepanjang minggu nih gak masa break aku diisi ngan mbaca blog org lain cam bro iznan, rafique, din, sis nicknacks,syah-baiti, liyana,bal etc.....banyak ar lagi aku ras blog yg aku surf urk isi masa break aku pas berperah otak ngan isi buku, cari ilmu sampingan gak kat internet nih skejap *tapi tak sempat nak update blog pun....* best jugak baca blog org lain, yg paling best biler baca tuan punyer blog nih layan jiwang........

aku rasa dah macam2 citer cinta aku baca; dari kisah kat komik, kisah kwn2, kisah mak ngan abah n banyak lagi kisah ada kat dalam pala hotak aku nih.latest nyer yg aku tau? rasanya kisah nicknacks kot........malas nak citer, tapi mmg best utk dijadikan rujukan n mintak pendapat.......so kat sini aku nak kongsi satu citer yg pada aku mmg best sbb jarang berlaku, kisah benar n dapat kebenaran utk disiarkan kat khalayak blogger.............

kisahnyer pasal B*bukan nama sebenar*, seorang sis yg aku kenal yg sudi klongsi kisah n ilmu cinta ngan aku..... dia jenis jual mahal *biasa la org lawa2 mesti nak yg terbaik dlm hidup dier*, suka giler chatting kat internet......sampai suatu hati, dier chat ngan sorang mamat nih, mamat nih cakap dier jatuh cinta kat B walhal tak pernah jumpa n ntah knapa dier bleh tangkap cintan ngan B nih....B plak pas lama kena ayat ngan dia nih, pun mula jatuh cinta gak cam nangka masak.....*hehe..* but they both never see each othe until now.....*weirdkan??*.....so, satu hari, B citer la kat aku pasal balakz dier nih n camana dier pilih.....n dier mmg taknak jumpapun laki nih sbb dia nyer prinsip mmg camtu....plus, dier cakap dier akan tunjuk kat laki nih prangai buruk dier.

B: kalau dier ikhlas ngan B, dia mesti akan menerima B seadanya.....B taknak dier kata pas kawin nanti B nih hipokrit!! waktu bercinta buat baik jer.........
@ku: apa yg buat B suka kat dier?
B: sikap dier yg tek pernah mengalah n dier gak understanding for now........

nak dpendekkan cerita, pas habis blajar, balakz dier jumpa family kot, sbb pastu lost kontek ngan aku kejap....but then, bila ada balik connection aku dapat tahu satu malam yg calon dier nih kena tolak ngan family n dier mmg tengah frust giler but aku bsyukur yg dia dapat menerima kenyataan tu.....alhamdullilah.....

then skali lg bila kami chat kat fon, rupanya adalah jemputan kawin dari nyer ngan calon yg sudah diterima....n bertambah menarik this one also is her frenz from the cyberworld,a lecturer n still young!!! amazing huh?? *for me laa...* nak tau bile tarikh dier? 6/62004.....awlnya aku dpt undangan khas ni....... tak sangka gak cepat tul yg patah tu tumbuh balik, yg hilang kembali berbibit...... kira bagusla kalau camtu, aku tumpang gembira kat dier n aku harap kali nih sampai ke anak cucula hendaknya B sekeluarga.....insyaallah....

sorry tau kalau susanan bahasa kureng skit......dah lama tak buat ayat jiwang rasa lain skit bila nak buat balik bagi citer nih lebih menarik......

23.5.03

hope for komenz...???

asslamamualaikum.... hari nih kpala skit pening. antara banyak hari aku pikir benda berat kat sini. antaras soalan yg membebani kotak pikir aku nih, camana rasullulah pimpin org 2 bawahan dier....camana rasullulah s.a.w didik org kafir??? knapa aku pikir kat camtu? sebab nyer, skang nih aku rasa cam terasing jer kat ALAM nih sbb antara semua kat dlam kelas, aku punyer mindset la yg paling lain skali mengenai camana nak layan budak2 junior nih.......diorang semua nak cari silap junior2 nih then nak bagi HELL@punisment party!!!kira cam nak jemur diorang tengah panas *baru dengar tadi*, bagi pumping banyak2,suruh buat mcm2 la yg menyakitkan n menyakitkan hati *aku ras camtu sbb aku pernah rasa n aku taknak org lain rasa* so, diorangk ata nih nak didik junior2 nih, jgn bawak masalah.kira nak ubah diorangla....*tapi aku kena truk2 tak pernah brubahpun prangai cam diorang apsal??* kira diorang taknak budak2 junior nih tak respek kat senior la apa la *common thing semua tu* so aku kat sini dlam masas singkat sbb curi2 guna pakai internet petronas nih nak mintak komenz n jawab soalan mengenai kekeliruan kat dalam kepala hotak aku nih...ingat malam ni nak buat sunat kot nak minta petunjuk kat Dia..........so, harap la bro rafique,iznan, nicknack ker kawan2 kat luar sana yg baca blog nih ker bg skit@ banyak tolong la bagi aku petunjuk sbb yg aku tau kalau dah sampai tahap cam aku nih, kena balik ker basic, so, aku nak mintak ar tolong kat semua sahabat2 di luar sana.....insyaallah.......wsslam

19.5.03

Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya:
“ Sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalai.”

Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Tuhan ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. la sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Tuhan.

Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekelian alam. Bukan sahaja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan cipta itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.

Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama sahaja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan mahu memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia mahu memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.

Manusia sebenarnya boleh melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka dia akan nampak balak dan kayu-kayan yang boleh dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.

Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang boleh ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan.

Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah sahaja yang dia nampak iaitu tanah dan batu-batan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.

Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan.

Hati mereka buta kerana jiwa mereka mati. jiwa mereka sudah tidak boleh berfungsi.lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi setakat tahu sahaja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan.

Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.

Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan Yang, tulin yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Selepas hidayah barulah datang ilmu. Selepas ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah boleh beramal.

Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan nampak apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segalagalanya akan mudah difaham.

17.5.03

siang slamam aku pergi usha kolej mara banting...... tempat najmi, aini, dini, mahirah, nicknacks ngan nuril izzah *kakak najmi* study. tu jer yg aku kenal kot.ntah ar.....aku ambik masa lebih kurang 3 jam la gak nak pergi sana.secara jujurnya la, tempat tu panas , n ulu ar gak. rasa cam semestipun ada gak, tapi student dier, mak oiii....... semua kaki study beb...rasa cam langit ngan bumi jer jarak aku ngan diorang tu...........susah btul nak nampak suasana semua org study camtu kat tempat aku blajar.... terpikir gak aku, bdk alam nih semua pandai2 ker? tapi tak logik la kan.....kbanyakan dari kotoragn nih yg kena rejek uni, so mmg tak dalam senarai budak2 bijak ar. tapi tak ada plak situasi camtu berlaku kat tempat aku.....*bleh aku bawak kat sana nih *

kat sana aku jumpa kwan2 lama yg aku rindui.......najmi, aini, mahirah n dini....... rindu giler nak kutuk diorang nih.....hehehehe.... najmi skang hilang skit macho dier sbb dier simpan misai tu, kes malas nak shavela nih......... so tak brapa cute la. tapi still ada saham lagi nak tacle awek tu........ dier cakap line clear lagi, so aku pecaya jer la..........takkan nak prasangka buruk plak kan? aini plak, banyak ar ga brubah banding ngan skool dulu. makin ayu la plak........ badan pun takda la skeping cam dulu dah. brisi skit *itu apa aku nampak la...* agaknya skang nih dah ramai dah pakwe dier nih...... *dier cakap camtu, aku percaya aja la* , then hardini, dia makin tinggi, still cam dulu n peramah pun cam dulu gak n brubah pakwe kot..... hheheee...kantoi ngan aku la plak.... abis la ko dinie....nasib badan......bertuah btul pakwe ko yer..........sapa pakwe dier? nak bagtau ker? ok ar , klu dier, budak semesti gak, batch aku gak n kalau ikut dinie, dier prefek paling HENSEM skali kat skool tu *aku rasa najmi lg hensem per* apa nak dikatakan.....cintakan buta...............so, aku accept ajerla. aini nyer pakwe aku tak tau, dier taknak tunjuk kot.....tak taula sbb apa *ramai sangat kot????*....heheheh.... ok, mahirah plak, suara dier maintai kartun lagi.......lain pun sama gak, pergi mana2 bawak dierpunyer buku....n still risau biler tengok org lain study, dier tak puas hati......mahirah yg aku kenal la......cuma tak nerd cam dulu laa kot..........

paper hal pun, best la dpt gak jumpa kawan2 lama. nak mengtal tak ada can.....*malu kat najmi kot*hehehehe......... trimas banyak2 kat korang semua sbb layan aku ngan baik.....blanaja aku makan kuey tiaw tu...... hehehe...alhamdullilah....... trimas ar gak dengar aku sakat korang semua....*dah lama tak sakat korang tau* n yg paling banyak kena ngan aku sapa yer? aini kot....hehehehe...tapi aku kena balik ngan diorag biler diorang buka balik citer, tu yg lomah eden nih.....dapat plak aku, najmi, dini, aini satu klass form 1 sampai form 3...banyak ar mmory nak dikongsi bersama........mahirah plak, aku dah stop sakat dier ngan munzir..... malas la, kang dier mrajuk ngan aku kang, tak ker naya aku dibuatnya?? paperhalpun...aku doakan koran semua bahagia la hendaknya........ insyaallah aku balas budi baik korang satu hari nanti...............*sorry bebanyak kat diorang semua sbb takut nanti kau terlebih bahasa, ada yg terasa dalam jiwa tu..........*

kali nih aku nak tulis pendek2 la plak. kena sound maa..... .apsal aku tulis pepanjang...... so, aku kena la ambik kritikan tu sbagai satu yg mbina......insyaallah aku akan buat yg terbaik n cuba buat karyg yg lebih ringkas, berilmu n padat ngan mesej....pendek skali le......... sampai sini dulu.... adios amigos sayonara....

dah lama aku tak sentuh keyboard nih.bukan aku taknak update, tapi memandangkan aku sibuk ngan persiapan graduation day senior2 aku n jugak heri penyerahan kapal baru kepada ALAM, so aku tak ada masa nak updatte blog sebab semua blaku sepanjang dua minggu lepas.dari persiapan dan jugak hari yg dikaakan bersejarah itu. tambah parah lakgi, sepanajang dua minggu nih, resourcce center aku tu plak tak buka malam *aku biasa update mlm sbb ada banyak masa terluang* so bertambah frustla aku......then aku kena pindah bilek plak. so kena start dari basic la....... dari kemas habuk, sampai la mop balik lantai bilek tu..... 3 hari ambik masa sbb nak hilang kan bau entah apa dalam bilek tu dari bdk2 yg pakai sblm kami tu.... .*tuhan aja yg tau baunya...*

then, aku balik, ikut plak mak pergi genting.ada offer bilek! sapa nak tolak kan............ so aku enjoy la satu malam kat sana, main game apa semua n menghabiskan duit poket yg aku save sekian lama *cam biasa la..* dah puas main kitorang balik la.....sbnarnya parent aku nak buat cam family vacation jer, kira ok ar camtu. ada masa aku nak main ngan adik2 aku disamping didik diorang ngan caman anak uruskan masa utk enjoy n solat, bkn enjoy sampai lupa benda solat tu...........

8.5.03

baca ar kisah kat bawah ni. aku dapat dari someone spesel nih......banyak pengajarannyer.......

Hati Ibarat Rumah
Ada 3 macam rumah, Pertama Rumah raja, di dlmnya ada simpanannya,
tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah hamba, di dlmnya ada
simpanan, tabungan & perhiasan yg tidak spt yg dimiliki seorang
raja. Dan ketiga adalah Rumah kosong, tidak ada isinya.

Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya?

Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yg kosong, tentu suatu
hal yg tidak masuk akal, karena rumah kosong tidak ada barang yg
bisa dicurinya.

Karena itulah dikatakan kpd Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada
org2 Yahudi mengklaim bahwa di dlm solat, mereka 'tidak pernah
terganggu', Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yg bisa dikerjakan
oleh syetan dlm rumah yg sudah rusak?"

Bila jawaban anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal
tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, karena tentunya
rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentara, sehingga pencuri tidak
bisa mendekatinya.

Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para
penjaga dan tentara senantiasa siap siaga di sekitar raja?

Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal
memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya
(rumah) dengan hati, karena inilah yang dimaksudkannya.

Hati yang kosong dari kebajikan, yaitu hati orang-orang kafir dan
munafik, adalah rumah setan, yang telah menjadikannya sebagai
benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah
rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada
didalamnya hanyalah peninggalan setan, simpanannya dan gangguannya?
(rumah ketiga).

Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala
dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam
penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Syetan mana yang berani
memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa
yang akan dicurinya? (rumah pertama).

Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah,
mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya,
Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu
dan tabiat tidak baik. Hati ini ada diantara dua hal. Kadang
hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada
Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syetan, hawa
nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua)
Hati semacam inilah yang dicari oleh syetan dan diinginkannya. Dan
Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya. "Dan
kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha
bijaksana." (Ali Imran:126)

Syetan tidak bisa mengganggunya kecuali dengan senjata yg
dimilikinya, yg dgnnya ia masuk dlm hati. Di dalam hati seperti ini
syetan mendapati senjata2nya yg berupa syahwat, syubhat, khayalan2
dan angan2 dusta yang berada di dalam hati.

Saat memasukinya, syetan mendapati senjata-senjata tersebut dan
mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang
hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan
tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia
akan mampu mengalahkan syetan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari
Allah semata.

benda nih ambik kat blog iznan.........buat renungan aku yg sentiasa merenung nih.....: )

lagipun, baca blog nicknacks nampak dier letak benda nih, ras cam best plak idea nih....oh yer, slamat becoming hari l@hiR NICKNACKS.... semoga allah akan sentiasa mencucuri rahmat dan nikmatNya keatas mu...........insyallah........

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


6.5.03

TAHNIAH ! ! ! ! !

hari nih aku rasa cukup bahagia.jarang aku gembira cam nih sampai lompat2 n berpeluh......hehehe....usaha dan titik peluh aku menampakkan hasil pada siang tadi. tak sia2 aku mendidik adik2 aku yg tersayang kat sekolah tu dalam sukan bola baling selama tiga tahun aku berusaha utk membentuk sebuah pasukan yg low profile, tapi hasilnya mmg gempakz..... hari nih aku rasa bangga sangat sbb sekurangnyer aku tak sia2kan masa aku kat sekolah hanya pada satu perkara n aku juga berjaya mbuktikan aku nih salah seorang "scary talent searcher"......... bila kenang balik, camana aku ambik budak2 form 1 masa tu perkenalkan sukan bola baling nih. semuanya kecik2 jer masa tu. ramai ar gak yg main mula2, tapi banyak yg tak berminat sbb ntah ar, aku nyer cara yg suka kutuk org kot time tu memang pedih pun *sampai budak pompuan ada yg nangis kena kutuk ngan aku, skang dah jadi star !!!* then sbb nak buat team pelapis time tu n aku plak presiden club yg hanya ada aku sorang jer laki, *senior aku yg laki semua dah kuar, tinggal aku sorang. team aku time tu plak aku pilih dari games yg berlainan ikut fungsi yg aku nak pakai *aku kena ar cari bakat baru sbb aku mmg berharap gilerz yg aku dapat melahirkan pemain bermutu tinggi......

then cari punyer cari, rupanya budak2 nih lebih minat main game lain cam bola sepak. kena ar plak pujuk ngan ayat yg insyaallah manis n aku janji kat diorang yg diorang ada can pergi jauh dalam sukan nih dr sukan yg diorang ceburi. alhamdullilah, tuhan bukak hati diorang tu n bagi aku can jadi couch utk diorg *aku dah start jadi couch time aku buat team aku lagi, tapi time tu masih merangkak lagi n still blajar dari senior2 aku n couch aku yg ada time tu, cikgu mokhtar n cikgu yasin*n alhamdullilah ar gak aku tengok org yg aku pilih mmg berbakat n menepati ciri2 pilihan aku. badan kecik, nampak cam budak belasahan jer *mmg time tu ramai yg kutuk aku poyo buat benda nih n tak yakin pun ngan kemampuan aku, so kena buktikan ar, mana bleh mengalah sblm ada hasil*

aku ingat lagi, time tu, yg menjadi base player kewek,paan, qisti,k.a,.....etc for boyz n lina,eja, sapa lagi yerk? *sorry tak ingat* for gurlz. aku ajar dua2 team skali n mcm2 taktik aku ajar dari biasa ke luar biasa. mmg nampak cam bodoh, tapi its fun........ spirit tu ada kat situ n hubungan aku ngan diorang makin rapat n alhamdullilah aku rasa cam adik aku ada kat situ *time tu adik aku jauh di t'ganu n jumpa sthn skali jer* .........alhamdulliah ar gak, pas 2@3 tahun berlalu, siang tadi aku dapat call, dua2 team laki n pompuan memang besar final peringkat daerah!!!! banganya aku. aku faham diorang merungut kat aku bola sekolah bagi satu jer nak buat train sbb frust ngan game lain thn nih sumua kalah....alhamdullilah, game handball nih mengekalkan tradisi yg team aku tinggalkan n hari nih aku rasa cam best sangat sbb berjaya didik diorang n dapat ucapan trimas dari anak murid aku. hehehe... aku harap tak masuk riak lagi nih....cuma kat sini tempat aku luahkan segala dihati...... kewk, paan, antara nama yg disebut utk boys, lagipun diorang memang besar!!! alhamdullilah......harlina, berjaya bawak team dia n score 7 dari 9 gol pasukan waktu final, its mean 80% accuracy ada. seperti yg dijangkakan. n tahniah kat keeper yg baru berlatih 2 minggu dan takut bola, time final bolos dua jer *syukurlah pada tuhan yg memberi kekuatan n keberanian...* kat boyz, tahniah ar gak berjaya naikkan nama semesti ngan serba kekurangan n kekalkan imej buruk aku bawak dari dulu, seminggu sblm game baru semua turun main...... yg penting trust ur teamate.....kewek,paan, qisti, K.A da keeper *semua anak murid ar nih.....tahniah sbb menang. ingat ar yg target kita tu, palng kurang 7 orang kena wakil negeri perak tau!! boyz n gurls.......... insyaallah...

alamak, panjang aku melalut.nanti sambung balik ar, kalau aku ingat ar. *nih akibat over gembira...selamt hari guru kat aku yg jauh di perantauan.......adios amigos sayonara......assalamualaikum....

2.5.03

salam jumaat.......

dah lama rasanya aku tak pergi buat solat jumaat kat masjid assyakirin,klcc tu. masjid feveret aku kat malaysia nih sbb khutbah dier bukan dari teks, tapi dari hati khatib yg memberinya.........hari nih cam biasa sblm masuk watu,ada tazkirah dari sorang ustaz UIA. best gak sbb citer pasal siratolmustaqim..........atau kata lain jalan, ada jalan yg betul n ada jalan yg tak btul....

so, menurut ustaz nih...kalau niat kita btul, apa yg kita buat tu btul, maka "jalan" yg akan kita laluipun btul....info lagi, perjalanan siratolmustaqim tu mengambil masa selama 15000 tahun dari pangkal ker syurga n its a long way to go.....jarak neraka kat bawahnyer pkak selama 70 tahun jer....... n setiap makhluk yg melalui titian ini, akan ada suara dari neraka bertanya...."siapakah yg melalui siratolmustaqim...." bila dijawab si polan bin si polan........ jika ada kaitan ketika hidupnya dengan penghuni neraka itu, akan bersuaralah ia (contoh),"dia bapaku, dahulu dia memang alim n selalu menunaikan solat jemaah, tapi dia tidak menjalanan ke atas usaha ke atas aku dan membiarkan aku hidup dalam kesesatan....."maka akan diberinyala pahala si polan kepada anaknya....jika ramai saudara mara yg memerlukan pahalanya.....akhirnya dia juga akan dicampak ke neraka jahanam yg boleh membesar itu. Ada satu kidah yg menyentuh perasaan aku....pasal khalifah umar aziz..satu malam, ketika dia membaca quran, sampai satu ayat yg berbunyi *lebih kurang*....akan ditunjukkan mereka siratulmustaqim keada pemimpin yg tidak amanh ke atas tugasnya....sampai kat ayat tu, umar aziz tak dapat menyabung bacaannya n dia opun menangis kerana merasakan ayat itu ditujukan kepadanya........ sampai begitu skali n ia memang buat hatiku berasa sungguh sebak..................ya allah, berikanlah aku petunjuk n permudakanlah perjalananku melalui siratolmustaqimmu.........