27.2.03

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang
mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan
malaikat
dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran
adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat
satu
riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan
keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan
berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan
kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah
ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;
Munkar dan Nakir cuba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah
tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya
masuk
ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala
dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat" .

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau
tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak
itu
akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita
tahu
tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja
tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal
dan
maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu
memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan
apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali
memberi bantuan
kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan
Al-Quran
sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di
Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!
da mail that i received from a friend of mine.... nurdidi zainuddin, thanks alot for da words.... hopes Allah will always with u now n forever n hope that da Quran will always in ur hearth........

No comments: