>Bismillahirrahmannirahim,
>
>"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah"
>(H.R. Muslim)
>
>Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga
>Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan
>Rahmat-Nya untuk cintanya kepada?Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
>
>Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia
>dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan
>berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi
>isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita
>semua. InsyaAllah.
>
>1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan
>bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah.
>Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh
>kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah.
>Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan
>rumahmu.
>
>Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan
>kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah,
>salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991;an berpaling dari suaminya,
>ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah....itu terjadi kerana perbuatan tanganku
>(kesalahanku)...."
>
>Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya:
>Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang
>tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah,
>menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.
>
>Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-
>olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik
>dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-
>olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan)
>lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan"
>QS. Al Hujurat: 11
>
>Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi
>mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid-
>masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya"
>HR.Muslim
>
>Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur
>(membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu)#60991;an pembantu masuk ke dalam rumah
>tanpa kepentingan yang mendesak.
>
>
>2. Berupaya mengenal dan memahami suami.
>
>Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah
>memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan
>catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada
>ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).
>
>
>3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
>
>Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya
>aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku
>perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya"
>HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany
>
>Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada
>Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah
>bersabda:
>" Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari
>dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia
>kembali"
>HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany
>
>Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau
>bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan
>baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan
>izin Allah).
>
>
>4. Bersikap qanaah (merasa cukup)
>
>Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik
>itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan
>suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku
>muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...
>
>Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu
>wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau
>wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa
>lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."
>
>
>5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan
>tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya
>dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya.Termasuk pengaturan yang baik
>adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia
>tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
>
>
>6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya,
>khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib
>bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa
>hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya
>selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
>
>
>7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan
>kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam
>dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul
>Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah
>meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup
>beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan
>terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan
>musibah yang dihadapi.
>
>Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006;ehingga menjadikan
>Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah
>bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan
>menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi,
>menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau
>menolong setiap upaya menegakkan kebenaran".
>HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim
>
>
>8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan
>keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau
>tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya,
>sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau
>engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan
>kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam
>menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya
>kepadamu.
>
>
>9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah
>tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu
>kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk
>dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi.
>Saudariku, simpanlah#61005;ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau
>nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan
>zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
>
>
>10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk
>kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan
>sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah
>melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan
>wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan
>suaminya melihatnya"
>HR. Bukhary dalam An-Nikah
>
>
>"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
>melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
>kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu
>maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
>suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...."
>Q.S. An Nissa 4.34
>
>
>----------------------------------------------------------------------
>"Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya
>siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi
>manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"
>Q.S. An Nuur 24:35
>
>"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya
>tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."
>
>Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian
>Istiqamahlah."
17.11.03
Posted by @zk@m at 2:10:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment