10.6.09

Last Week

Salam,

hujung minggu yang lalu, aku dan keluarga pulang sempena mengingati peninggalan arwah nenekda tercinta. Biasanya orang akan membuat tahlil arwah ek?? heheh, tp kali nih adik beradik mak aku tukar ngan membuat tazkirah bg dengan topik berkaitan....... alhamdullillah aku selesa dengan cara ini. malah ustaz yang dijemput juga memberikan isi tazkirah yang berisi. hanya merunkaikan satu hadis, namun isinya amat dalam dan isunya amat tepat......

so, mari recap ngan ilmu yang aku dapat ini semoga dapat aku sedarkan sesetengah insan......

ramai org xsedar (termasuk aku), apa yang Rasullullah saw cakap, semuanya betul n terjadi. sapa yang pernah pergi tanah arab mesti tahu yang sana xpernah ada babi, there are no pigs there, but how the heck does Prophet know that its HARAM to eat pigs....???? thats why he is the only one and always says the truth.....

hadis yang dikongsikan malam itu mengenai pesan Nabi Allah itu mengenai the end of the world..... yang umat akhir zaman akan dijangkiti dengan penyakit2 umat terdahulu......

ok, apa penyakit umat terdahulu?? haaaa... ini yang kita nak tahu nih....(ngan lorat watak jahat dalam citer los dan faun)...heheheh

antaranya ialah pemutusan sillaturrahim sesama saudara. so ustaz nih berkongsi satu cerita benar yang terjadi dihadapan beliau. mengenai adik beradik yang duduk berjauhan, ketika parent mereka hidup, tanah keluarga diuruskan oleh si abang jer, so bila parent dia meninggal si abang membahagikan tanah nih tanpa ikut cara2 islam.maka adik2 nih marah n putuskan hubungan mereka n memberi semua tanah kat abg tuh.......

maka ada adik nih, punyala dendam ngan abangnya melakukan hajat n minta abgnya mati. maka satu hari tuh abangnya jatuh dan lumpuh separuh badan nya......dipendekkan cerita adik nih jumpala ustaz dan minta jumpa abang dia. ketika berjumpa abangnya menangis bila melihat adiknya pulang melawat dan merayu untuk jumpa adiknya kumpul adik beradik dan dibahagikan tanah tuh........... tangisan itu xberakhir di situ, bila pulang bersama ustaz dia menangis2 pada ustaz dan berkata, " dosa abang saya da selesai, tp macamana ngan dosa saya ustaz?"

" klu kira dosa kamu, mmgla banyak, tmbah lg kamu tinggal kat KL tuh"

"bukan ustaz, dosa saya pada abang yang mendoakan dia jadi camtuh....."

"astargfirullah......"

aku hentikan dulu cerita tuh untuk kita nilai sendri penyakit rohani yang meruncing nih diantara kita.........


then penyakit lain ialah kita terlampau BZ untuk berseronok dan dunia...... kisah nih buat hati aku terharu.....

ada pasangan muda nih, ada anak sorang. si suami terlampau bz ngan hal dunia n xda masa untuk bersama anak yang satu. yang mencurahkan kasih ialah si ibu hinggal ajalnya sampai, maka ibu itu meninggal pada usia muda......

maka si ayah mengmbil alih tugas isterinya pula....... namun, apa yang menyedihkan ialah si anak xnak langsung makan suapan si ayah n memangil-manggil ibunya....... hati si ayah begitu susah kerana lepas berbagai cara si anak xnak juga mengambil suapan ayahnya sampai ayahnya tanya cmana nak bagi si anak makan???

maka si anak pinta untuk makan berdekatan ngan maknya...... bawalah si ayah ke kubur ibunya dan akhirnya terbukalah mulut si anak untuk makan suapan ayahnya........ menangisla si ayah penuh penyesalan kerana mengabaikan keluarganya selama ini.......... penyesalan xsudah yg munkin terjadi pada kita jika lalai....

ada lagi, tp ini yang dapat aku igt........pesanan, ini bukan hadis penuh, tp yang dapat aku igt. maaf andai ada salah dan silap......adiosa!!!

2 comments:

Sis Lin said...

silap dn salah x pe..tp yg penting ingatan tajam Azkam tu....

cheetah said...

syg,nape gmbr tu x penuh?hehehe