21.10.09

Membisu

Salam,

Sekian lama lagi aku membisu.... bukan kerana aku mengasingkan diri mahupn menyembunyikan diri seperti kura2 menyorokkan kepala....hehehe.....

dari pemerhatian aku, aku rasa kini aku melalui masa2 kekeliruan dalam dunia blogging.... kata omputih, mid life crisis.... kerana ada bnyk blog utk dihandle dan memerlukan perhatian aku, maka last2 semua aku xupdate....hahahahah

aku keliru apa nak di suarakan disini dan di blog kami. kebiasaannya aku hujahkan disini xkira apa isu yg cuba disampaikan.dari isu politik, cinta, persahabtan mahupn sukan...... kekadang tngan ini gatal utk mengupdate, namun dikala nafsu menaip ku ini membuak-buak, keyboard dan skrin jauh dari ku aptah lagi laluan internet.....

Namun, pagi ini aku nekad. utk kembali menulis. sekurang2nya utk pagi ini. terlalu lama menyepi dan berjauhan dari blog ini bukan bererti aku menjumpai cinta pada benda lain. cuma nya aku keliru apa yg ingin aku nyatakan disini..... setiaku padamu blog ku tetap utuh seperti utuhnya piramid giza di mesir......

bnyk suara2 hatiku terpaksa kupendamkan, dan akhirnya aku lupakan sahaja memandangkan aku tidak gemar untuk memaksa diri ini menyimpan perasaaan tidak enak yg mebuatkan hidupku tidak selesa. munkin itu jawapan utk soalan seorang teman "knapa asal jumpa ko jer happy jer ko?" hehehehe....... disebalik senyuman, ada kegusaran yg hanya Dia yg tahu, dan biarla Dia saja yg tahu.....hehehehe

Sukan:

miggu lepas, aku mendapat pingat pertama utk season ini.... hehehe... utk pertama kalinya pasukan NS boys memasuki petandingan akhir dalam pertandingan KL Open Handball Tournament..... dan kali pertama aku injurt di bahu aku utk sukan ini... namun, kerana kekurangan pemain, maka aku terpaksa (bukan dipaksa) utk bermain sehingga wisel penamat... yg membuatkan aku benar2 gembira adalah kemenangan kami kepada pasukan Malaysia All Star a.k.a HoISAN di peringkat seprauh akhir....hehehe... rezeki yg Dia hulurkan..... star pasukan kami pula telah di eksport ke pasukan pilhan lain, namun nampaknya mereka tidak dapat menjalinkan hubungan yg baik dengan pasukan baru....heheheh

kini aku dalam usaha untuk membina pasukan Bola keranjang pula bagi kawasan Nirwana memandangkan kawasan itu ada potensi n dari dbiarkan jadi kawasan penagih melepak (dan paling best polis cuma lalu jer n xbuat apa) baik aku mulakan pembangunan di sana bagi membantu anak2 muda ini mengisi masa lapang mereka sblm mereka memilih arah tuju mereka di masa depan..... mana tahu munkin aku berjaya mlahirkan pemain NBA???hahahaah

Politik:

banyak aku nak suarakan disini pasal politik, namun kekurangan ilmu n keterbatasan internet mematikan usaha aku....hahaha... namun aku suka untuk melawat ke blog tukar tiub untuk membaca info2 baru pandangan dari sudut berlainan yg ada disana...hehehe... aku rekemen kalian untuk ke sana....

Raya:

hanya seminggu raya ku tahun ini. namun usaha utk menghidupkan budaya ziarah menziarahi pada aku ada peningkatan berbanding tahun2 lepas di kampung halaman ku.... at least adik2 aku ada semangat utk beraya bersama2 n makan sedap (mmg sedap makanan tahun ni!!)....hahahah

namun, aku agak kecewa, budaya ini tidak dapat aku bawa ke rumah aku. ibu ku terlalu lama hidup di bandar n mencampuradukkan budaya, adat n agama pada pemerhatian aku. pada aku, diriku dan kebanyakkan org di malaysia juga begitu.... xpercaya? tgk budaya OPEN HAUS yg merata2 skang nih.... mmg baik layan semua org sekali gus, tp jika dilakukan di rumah sendri mmg baik, cam aku buat kat swimming pool n court tennis.... n klu kita tgk itu bukan ziarah umah, tp ziarah swimming pool...... so cmanala rezeki nak dibwa masuk kerana setiap insan yg menziarahi kita malaikat akan turunkan rezeki pada isi rumah itu...... alasan yg biasa kita dengar...... letih layan tetamu...hmmm......

malah, aku dapati rumah kawan2 mak aku pn mak aku xpergi ziarah. rela berjumpa begitu sahaja..... aku xtaula budaya nih datang dari mana.....cuma aku dapat rasa ia bukan la budaya yg ada dalam islam..... bukan aku nak buka pekung mak sendri, cuma aku lebih suka direct pada pemikiran aku. klu aku xsuka, aku cakap (dalam isu ini, bila aku xsuka aku simpan sorang jer sbb xnak mak kecik ati)........ klu aku salah, aku suka org tegur aku ngna hujah dan hadis yg waras. aku terima ngan hati yg berat namun aku lebih suka begitu dari aku terus keliru n salah..... aku sedia menerima kebenaran walaupn ia berat..hehehe

sampai sini jela dulu... aku letih menaip n nak pergi Club aku utk kerja...hahahah....

No comments: