24.12.03

Merry Keris mas....merry keris mas...hohohoho

salam hari natal utk semua yg menyambutnya.aku baru abis gayut ngan ketul n erna td.sajer jer tanya kabar ngan kawan2 aku.erna ada masalah nak luahkan persaan dia kat org yg dia suka, so aku bgla nasihat n ambik tau citer ketul skit2.jgn slah paham, aku takder paper yg tersirat dihati nih sbb mmg sekarang nih hati nih dah jd stok terminator dah..........ssh ooo nak masuk melainkan ada black war greymon........hahahahahahahah.....

td gak aku balas mail mahfuz. dia kata blog aku nih makin jiwang.....yer ker? entahla.aku citer apa yg ada dlm ati aku jer. apa yg dapat aku sampaikan aku sampaikan ajala, yg tak dapat sorryla...top secret!!!apa yg baik sapa yg baca ambikla, yg tak baik....pahamla sencored kay???

apa citer hari nih?aku ada beli novel baru. yg sedang proses pembacaan sekarang nih tajuk dier "dominasi tebrau"best gak pasal perjuangan kaum hawa dalam memartabatkan budaya malaysia dimata dunia. aku rekemenkan.lagipun novel nih menang pertandingan sastera.tak cayer? check at ur nearest bookstore. then aku beli novel penulis feveret aku ramlee awang murshid. citer baru dia.aku tak sure lagi mesej dia,tp ia berkaitan ngan cinta. yg aku ingtla ayat dia "aku akan teruskan hidup dengan cinta aku" som sort like that la............

kay satu rahsia yg aku nak cite kat blog.sejak akhir2 nih, aku tido dah tak lena n setiap kali aku pejam mata benda yg paling aku takut sure akan datang.aku banyak kali bermimpi mengenai saat2 pemergian aku.kelmarin aku mimpi aku kena campak ke laut. then semalam aku mimpi dalam dunia ni tinggal aku sorang jerdi tngah2 lautan.......aku tak sure mesej dia. maybe mimpi alaf baru tp andai benar masa utk aku dah sampai aku harap sangat sapa2 yg aku ada buat salah maafkan semua dosa aku. aku takkan jumpa doktor sbb aku tak suka senyuman di bibir aku dihapuskan dengan mendengar beberapa ayat dr seorang 2 doktor.biarla ia hilang bersama nafas aku.............yer, aku tak pernah citer kat sapa2 aku pernah masuk wad n menderita sakit selama 2 minggu tanpa diketahui apa penyakit aku. time tu makanan aku hanyalah morfin utk legakan aku n tidokan aku utk beberapa jam.itula kali pertama ngan kali terakhir mak akan menangis lihat penderitaan aku. well, benda dah lalu. aku still kena lalui hidup nih ngan semangat yg baru setiap hari. kal ho na ho.........hahahahahah....mahfuz baca mula la kutuk aku jiwangnih....lek mahfuz, aku bukan sorang yg suka simpan dalam ati. walaupun aku insan yg sentiasa bahagia, tp still tak dapat lari dr masalah.ia akan sentiasa datang n datang n continuosly datang kat aku.selama nih mmg aku banyak lari dr masalah smpai aku menyesal.n kawan aku blog nih ajala.oh itu masuk aku tmpat aku luahkan perasaan aku yg romantik nih........ kawan2 yg lain ramai......dulu aku selalu pikir, org yg paling banyak ketawa, gelak, sindir org semua nih tak pernah ada masalah ker yer? sekarang aku sedar.dlam menghadapi konflik identiti dalam usia remaja nih,aku dah try mcm2 watak, tp aku suka aku sekarang,dulu n selamanya......soalan yg aku tanya dulu aku jawab sendiri. org camtu la yg paling banyak masalah nyer.just sometime something got to be a secret.thats all.

N slalu nak tanggung masalah sorang2. cam aku cakap kat erna, what will happen next is what we doing right now.so, jgn buat silap. aku cuma dapat mbantu, tp yg buat n ambik keputusan hanya diri sendiri. maybe satu hari nnt aku akan jd hantu internet...hehehehe.....leks lawak jer..........oh yer, pada kawan2 aku, hentikan linangan air matamu.simpanlah ia utk menangis dihari bahagia mu..................esok maybe last aku akan bebel kat blog nih ntah2 malam nih......so, adiosa!!!!!

17.12.03

tobey menulis lagi......

salam semua.......aku lupa nak citer pengalaman aku yg best kat tempat benama dusun eco resort,janda baik, pahang.nama "janda" tu macam ada pompuan mantap jer kat sana kan? tp habukpun tarak.!! ni kalau enn tau dia mest i sukanyer sbb aku takder can nak mengatal.......

well,kat sana aktiviti aku yg utama ialah, nyanyi,main,makan tido.......itu jer....takda ceramah2 mbosankan smua tu, smuanyer nyanyi makan, main jer......4hari 3 malam buat aktiviti cam tu tp hasilnya mmg best......dr persengketaan antara batch n ego tinggi kiotang semua, semua jd sama je level dia......so, dr ada gap, kitorang jdi kawan yg saling menghormati.......mmg aku nasihatkan korang pergi ker camp tu.banyak aktiviti best yg penuh ngan muslihat yg mesti kita pikir sendri.......dia bg klu n then buat aktiviti, pastu cari makna tersiratnya........oh, fasilitator plak yg utama ada 2 org jer tau.sblm nih, kemain banyak abg2 n kakak2 fasy, tapi kesanyer adala 2 minggu paling lama. tp yg nih aku yakin yg akan dsemat dalam ati aku nih sbb banyak benda yg aku dapat dr ayahanda, staff usai n co cam pak daud, pak ucu, paktam yg banyak kenakan aku,staff shin n sataff makyin. mmg best takda tekanan apa yg diorang rancangkan!!!!...

well aku puji lkelebeh kang ta kbest gak. so sampai sinila dulu. ada rajin nanti ana tulisla lagi.....

15.12.03

Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada
kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam
keluarga:-

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.

2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.

3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang

5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.



WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.

2) Mengambil berat

3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan

4) Menenangkan pasangan.

5) Sangat romantis

6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan

2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.

3) Penasihat yang baik

4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga

5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu

6) Berwaspada selalu



WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan

2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu

3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia

4) Bijak mewujudkan suasana selesa.

5) Hati yang cepat berubah ubah

the day i'm signing on...

ok. lupanak citer aku unyer cite hangt terbaru.....aku punyer ETA (estimate time arrival) adalah paa 29 dec nih.aku akan check in kat hotel prescott in pada 26hb n naik office petang tu jugak. esoknya aku flight ke bintulu n then i will satay there for about 2 night b4 sign on my 1st ship.well kalau ikutkan kapal aku, Tenaga Dua tu bakal umelalui lautan pasifik menuju USA dan dijangkakan masa perjalanan pergi balik ialah 40 hari. itu saja laporan terkini, dr kandahar........

salam perkenalan

lama menyepi....bg yg mengenali diri ini, dia akan sedar mengapa dirir ini lama menyembunyikan diri dr realiti kehidupan.namuin, pagi ini aku telah digerakkan utk menulis mengenai sebuah filem yg buat aku terharu ...."Kal Ho Na Ho...."

sebuah kisah cinta versi hindustan yg bermaksud masihkah ada esok..........bermula dr sebuah keluarga yg porak peranda terdiri dr seorang nenek,ibu n tiga org anaknya.....suami nya telah mati membunuh diri.........

dalam keluarga yg porak perangda nih, si ibu slalu berdoa supaya ada malaikat yg dhantar supaya dapat membahagiakan mereka.....maka datanglah Aman,seorang jejaka dr india yg pada awal cerita datang ke sana tanpa ada tujuan dan menjadi jiran mereka.dia mula hadir dlm diri setiap ahli keluarga ini termasuk dlm diri ibu tunggal itu yg mengalami masalah kewangan.dia mula mengajar ahli keluarga tersebut utk tersenyum n ketawa dengan telatahnya.sehinggakan anak permepuan ibu tunggal tersebut jatuh cinta pada Aman.........

malangnya aman tidak menerima cinta tersebut n mangatakan yg dia telah berkahwin.bayangkan betapa sakit hati gadis tersebut krn hal yg br diketahuinya.namun, bila gadis tersebut keluar, Aman meluahkan pd ibunya betapa masa utknya bernafas makin pendek kerana mengidap penyakit jantung n tidak mahu melihat gadis yg dicintainya mengetahuinya. jd dia telah jd penghubung cinta kepada gadis tersebut dengan sahabat baiknya sehingga mereka berkahwin n semua masalah keluarga gadis tersebut dselesaikan............namun pada akhirnya hal yg cuba dirahsiakan dng wajah yg gembira n senyuman yg menawan diketahui...................Aman akhirnya mati di kelilingi oleh org yg dicintainya......

aku cukup sedih tengok citer nih bila dia ta kdapat org yg dicintainya n menyambungkan cintanya pada sahabat baiknya........antara ayat yg buat aku terharu ialah "i love u, i love u, i love u.......i will always love u till the end of my life n after my death......."bila aku tengok camtu, aku rasa ada skit kena tempias kat muka aku nih.....aku mmg bcita2 nak bantu org yg ssh terutama masalah keluarga sbb aku harap sangat sblm aku pergi, aku akan ada banyak saudara di dunia nih. tp macam aman, aku juga mengalami masalah cinta.(nih tengah nangis nih bila ingat citer td, so ayat aku emosional skit...)........apapun, aku rekomen korang semua....ada lagi org baca ker nih? utk menonoton citer yg aku rekomenkan ni. pastikan bawa tisu utk mengesat air mata..........