28.8.03

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci
kepada seseorang wanita.

1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang
dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita
itu,penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta
tindak-tanduknya.

2. Cerewet

kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu
wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang
terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong
akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan
lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.

4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama
apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami
menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri
masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi
itu.

5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan
hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai
sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya
bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan mahramnya tanpa
menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu
mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita
perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar
awak........

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari
gaduh,cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak
boleh..macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab
perempuan bukan lawannya.

3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan
diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah

Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat
perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan
sebagainya.

6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat
dan seumpamanya.

8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri
sendiri

No comments: