15.1.06

kesedihanku.....

kali nih aku nak kongsi satu talk dr Leed yg telah dtranslatekn utk aku,so aku nak kongsikn ngan sahabat2 semua....munkin sbb aku lemah,aku mebaca nih ngan air mata yg bertakung...tp ia telah menguatkn azam aku utk meneruskn perjalanan aku menghulurkn bantuan ke negara2 islam(aku pernah citer nak pergi achehkn?tu kira 1st step aku kot...klu xmampu,iku nak buat kat dlm negara jer).lihat sendiri penderitaan saudara2ku,rasa sendiri tangisan ibu yg kehilangan anak,anak yg kehilangan parent n mencari punca utk dbetulkn supaya xberlaku pd aku mahupn keluarga aku.....apa yg merisaukn aku dmasa depan??keadaan anak2 aku andai aku gagal membentuk akidah mereka......aku takut sikap mudah terpengaruh n lemah iman aku nih dwarisi,aku takut mereka xcukup kuat utk menahan gelodak dunia yg semakin pupus tatasusilanya ini.......n utk pertama kalinya aku buat dlm blog nih,aku insist sahabat2 semua baca n bgtau org lain utk baca sbb klu kita generasi baru xbertindak utk bersatu,mengubah dunia nih,sukar utk generasi akan dtg terdiri dr anak2 cucu2 kita akan dpt bertahan lama........

"sesungguhnya sahabatku ingatlah bahawa ALLAH akan menggantikan sesuatu kaum itu dgn kaum yg lebih baik yang dapat membawa dan mempertahankan kalimah lailaha ill ALLAH.buktinya sudah allah berikan seperti saudara kt di bosnia , ambon,dll lagi adakah kt mau tergolong dari golongan ini . semoga kt menjadi golongan yg dijanjikn oleh ALLAH sbg golongan yg menggantikan golongan terdahulu."

Assalamua'laikum warahmatullah,WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG TERKANDUNG DIDALAM UCAPAN YANGDITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN, ADAKAHMALAYSIAMENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, NajeebRahman dimajlis "Charity Lunch For Maluku"di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan PelajarMalaysia University of Leeds (Saudara Taufikdan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak panjang tapi sangatmenyentuh hati.

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini. Sejahtera keatasRasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka,sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir. Baru-baru ini pembunuhandan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku diMaluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang mengerikan, mayatkanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuhberamai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet.

Laporan bergambar yang dilakukan oleh dari Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila difikirkan boleh menitiskan airmata kita. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi seseorang.Saudara- saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau bala yang serupa pernah berlakudi Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman"cuci bersih" ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Begitu juga diKosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci berseh",dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupayauntuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja. Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.

Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota mereka. Ceritanya sama,berulang-ulang kali. Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam dimerata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, ataupun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini SEBABMUSABAB YANG SEBENARNYA? Dari pengalaman say a sebagai Sukarelawan Perubatandi Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur-kubur orang-orangIslam yang dibunuh ditanam beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yangsedang reput dan busuk, keluarga-keluarga terutamanya kanak-kanak yangdalam ketakutan, rumah-rumah danmasjid-masjid yang telah hancur musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat tamparannya. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluargaitu, Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua mereka adalah imam,begitu juga dengan datuk Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baikhati.Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang, kami telah berbualmengenai bala dan tragedi yang telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang fasih berbahasaInggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid puak KristianSerbs.Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu sembahyang, tidaktahu membaca Quran, telah lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua sahaja yang masih kemasjid.Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur orang-orang alim (saints)yang dianggap keramat dan memasang lilin (seperti Kristian melakukannyadidalam gereja). Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah"keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalahkepercayaan mereka yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries" atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.Di bandarSuhareka, satu lagi bandar di mana pembunuhan secara massacre keatas orangIslam telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan Subuh untuk memanggil orangmengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percayaada dikalangan ummah kita yang sama menaruh perasaan benci mendengar azan,atau mereka akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan solat. Ada yanglangsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki,perempuan,kanak-kanak dan orang-orang tua ) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat.Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjataAK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid.Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai kemasjid hanya ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan medic kami yangbersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorangpemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah Quran untuk dibakarbuat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan.Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan apibuat memanaskan rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di Kosova,kami lihat kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walaupun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara-saudari Islam kita diKosova, tetapi untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibardi Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar,telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku.

Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang diamanahkan oleh orang tua itu.Navahi juga memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan disana. Turkey, bukannya negaraIslam,walau pun menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman,bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara.Ini merupakan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masa kini. Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan dan tidak boleh dicampur. Golongan sekularTurkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan"tercemar"oleh ajaran Islam (seolah-olah politik itu suci dan Islam itukotor). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid danrumah-rumah sahaja, dan dilarang digunakan di Parlimen, mahkamah dansebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba,hanya sesuai bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup digurun dan menunggang unta.

Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagimasyarakat bertamadun serba moden masa kini, iaitu di zaman kereta,komputer dan internet, pro-ke bebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri dianggap oleh puak sekularTurkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dandengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepadamereka bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT). TIDAK KAH SEMUAINI SAMA DENGAN KEADAAN KITA? Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudungmenutup aurat. Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islama dalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkapmengerjakan solat dikenakan'court marshal' (adalah suatu kesalahan mengikutperaturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).

Saya menerima e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut,Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya keraian (party) diapartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak danberzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggotapangkat bawahan untuk membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, laluseorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambilmencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini".

Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telahmelihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu.Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut kedalam laut. Yang berlakusebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalamAl-Quran. Wallahu 'alam.Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentarselagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solatfajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetapdi dalam qariah."Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidupEropah kafir. Zina, arak begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimananmereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan yang memilih hidupdalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka,tetapi suatu iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semuaSEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut.Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran (terjemahan): yang bermaksud "Janganlah kamu jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telahmengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih."(Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan): yang bermaksud"Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kamitenggelamkan mereka semuanya (di laut)". (Surah Az Zukhruf Ayat 55)Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidakakan mungkir janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabarAllah SWT?

Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita ataumengadakan dugaan bagi kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.Baladari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT bolehturunkan bala itu sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi danbanjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran.Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, mahapengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap wujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Misalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, telahmelakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati secara biasa bukan matisyahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Wallahu 'alam.

Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka danmungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buatselama-lamanya. Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua?

Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percayakepada akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan keakhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka adalah saudara- saudari Islam kita.Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan zaman ke zaman.

KITA PERLU: Kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. Memohon keampunanAllah SWT. bersatu dibawah panji dan kalima h 'Lailaahaillallah' dan bukandibawah panji masing-masing. Berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM danPERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya.Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapiia sebenarnya mudah, Insya Allah. semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalami ilmu agama kita,dan berdoa memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan hentikanbertelingkah antara sesama sendiri mengenai perkara-perkara yang remeh.Kita boleh mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan dan lain-lainbala keatas diri kita dan keluarga kita. Allah SWT telah berfirman bahawaDia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidakterlebih dahulu dengan sendiri berusaha untuk mengubahkannya.Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolonganseperti yang dijanjikanNya. Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatanKosova, tempat asal Imam Ismail. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pulakesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak KristianSerbs telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan.Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di OpoyaPENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaatianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yangmeminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yangdimusnahkan oleh bom puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak.Pelanggannya datang dari kawasan lain. Bandingkanlah perbezaan Opoya denganbandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan ituberada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs.

Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa billah", tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar. Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada Allah SWT.Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.....

"Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat. Ya Allah,perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat MuhammadSAW untuk bersatu, dan lindungikami dari pertelingkahan sesama sendiri. YaAllah, kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamakhaloba. Ya Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimanasaja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah YaAllah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama EngkauYa Allah, dan mati didalam iman. Ya Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang maha berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.Ya Allah, kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salamkepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam". Wabillaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-haduallaailaahailla anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu'alaaMuhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi wasahbihi wassalam". Wassalamualaikumwarahmatullah wabarakatuh!

CATITAN PENTING:Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membacakesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yangboleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dantanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah punberlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasaseolah-olah mengalakkannya
2) Zina dikalangan orang Melayu sudah berleluasa
3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramaiorang Islam minum arak - lihatlah di Bangsar.
4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut shahadah. Janganterperanjat.
5) Rasuah berleluasa. Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjangsekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosniadan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh denganrambang untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku.

Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatusekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi, banjirbesar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempabumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat bolehberlaku esok lusa. sama ada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah keatas Malaysia adalah pilihan kita sendiri.

Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana AllahSWT. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat." Apa yang diharapkan supaya kita dapatmemanjangkankan perkara ini kepada rakan-rakan kita dan kita mendapatpengajaran dan kesedaran dari peristiwa-peristiwa yang telah terangkankantadi. Insyaallah kita berharap kita mendapat taufik dan hidayah dari AllahS.W.T.

sedih aku baca nih sbb ada gak benda2 yg tersenarai aku pernah buat.....ya Allah ampunlah dosa aku.....adiosa.....:((

2 comments:

mama tasya said...

aduh..panjang lebarnya post adik ni..sampai naik kero mata akak membacanya..neway akak da der button link tau..u update k

activ8ions said...

sob2, memamg sedih membacanya. ma hairs standing memikirkan keadaan msia skang nih. hmmm..i totally aggreed, the fact yang sekarang nih ramai generasi baru tidak ambil pusing kepentingan amalan agama. cuma islam pada nama. anjuran dan seruan kepada diri sendiri juga.

astaghfirullah'al azim.