2.6.08

MASA


Salams,

Pernahkah kita bertanya, knapa ek anak2 zaman dolu sentiasa igt parent diorang n sayang kat parent diorang sedangkn anak2 zaman skang nih klu bleh xnak jumpa mak bapak n xrisau langsung andai lama xjumpa mak bapk depa......???

munkin kenyataan tuh akan disangkal oleh sesetengah orang namun aku xkisah sbb ia kenyataan aku, apa yg aku nampak, apa yang aku lihat, apa yang aku alami....

Dari observation aku jawapan utk soalan tuh ialah masa. masa bersama anak2. masa seorang abang bersama adik2. masa kakak sulong bersama bonda n adik2nya..... masa memainkn peranan penting dlm menjana perasaaan kasih antara anak2 dan ibubapanya. andai dahulu zaman kita masih mempunyai nilai kekeluargaan yg maha tinggi sesebuah keluarga akan sentiasa bersama. perkongsian cerita, makan bersama, mengadakan aktiviti bersama n ssh senang bersama......

Namun "trend" masa kini yang sudah dcemari ngan budaya Karier/kerjaya idaman n mengejar gaji yg lebih tinggi ngan alasan utk membantu keluarga, kita telah korbankn masa yang semakin singkat hari kehari bersama keluarga kita yang mana akhirnya mbuatkn kita hanya mampu melimpahkn harta pada anak2, adik2 kita namun kita tidak langsung melimpahkn kasih sayang, bahu utk anak2 kita sandarkn.......

Munkin akan ada yg katakan aku hanya pandai bermain kata2. Namun aku sudahpn menerima natijahnya. kerana aku lebih banyk masa ngan kerjaya aku sebagai marine engineer n masa yg aku gunakan utk berlajar, boleh dikira ngan jari berapa hari dlm 24 tahun aku hidup nih bersama ngan adik2 aku........ n aku jga dapat rasakan betapa jauhnya adik2 aku dari diri aku ini....... kami tidak ada perkongsian cerita, masa diluangkan bersama cuma masing2 menggunakan diri masing masing utk kepentingan diri sendiri. mereka lebih sanggup berkongsi bersama kawan2 di rumah yang lebih jauh or berkongsi ngan sahabat di dunia internet dari pelusuk dunia kerana mereka lebih dpercayai dari abg mahupn ibunya.......

salah mereka?? aku xnampak dimana salah mereka. aku xpernah ada ketika mereka memerlukan aku. aku xpernah menyokong dikala mereka melakukan aktiviti sekolah n aku xpernah memahami apa minat mereka. so aku xkisah andai mereka lagi sanggup duduk rumah daripada mereka keluar bersama aku untuk sebarang aktiviti.....semuanya kerana masa aku bersama mereka.........

kini, setelah 24 tahun aku mengharungi kehidupan baru aku sedar betapa pentingnya masa utk aku bersama mereka. tmbah plak ngan pemergian bapak aku yg dah mati, n maku aku yg suka simpan sengsorang, aku paham knapa adik2 amat memerlukan aku dikala saat mereka cuba mncapai umur matang ini. aku dpandang mereka sebagai batu sandaran. namun apa yang mampu aku berikan pada mereka? aku telah mbazirkn bnyk masa utk bersama mereka. andai satu hari nanti kematian mengejar aku, aku tahu tidak akan ada rasa rindu pada mereka kerana itulah yg aku rasa ketika kematian bapak aku. aku tidak menangis mahupn berasa rindu kerana andai dikira 20 tahun aku hidup, bukan berapa hari yg dikira namun berapa jam dia bersama keluarga dalam hidup dia....... semuanya kerana dia lebih sayangkn krjaya dari keluarga. oh,hingga hari ini, baru nih aku tulis pasal kematian dia yerk?? xper aku xnak ada org simpati pada manusia yg aku xpernah ada rasa simpati.

Namun tanggungjawab tetap kena aku jalankan. masa, aku kena cari masa utk bersama keluarga aku n bila aku bina keluarga sendiri, aku xnak jauh dari isteri n anak2 aku. andai aku mati biarla aku mati dalam pelukan mereka n tangisan mereka.......amin.

No comments: