what a day.......many things happen n learned today n i hope onwards onboard ship. the highlight fortoday is what i learned is something usefull, n the most happenig today is the arrival of ALAM newest practical ship.......PERNAS PROPANE, not yet sure where she's register.....she's an old ship made around 70's an for more info, much older than AKADEMI 1 that we have now. actually, she's not like AKADEMI 1, a buck carrier ship.she's a gas ship n its cargo is spesel only for propane gas........ very dangerous n hazardours ship on close or open sea......... actually she's already gas free....*insyaallah*
the thing i learn is about burner used in boiler....something commen onboard gas ship. its use as a source of ignition to start fire in boiler. same as spark plug on car engine.........then i learn about glass gauge..... the thing used to detemine water lavel in boiler.... its hot when takken from the boiler...n expensive too because of the material used........ then, i learn how to start a generator.... very important thing onboard ship....... very complecated to remember all in one day n just one try...... its start with check the oil in tank n the air bottle, make sure the pressure btween 20 bar to 30 bar b4 starting the generator......then make sure the water condense inside the air bottle being discharge.... then open the sea water inlet *the centrifugal pump* n then go to the generator....... pump the fuel oil n start the engine.... alhamdullilah i still can remember the main of the process....... i still think i left something..... oh yes, sheck the lever of black oil *minyak itam...tak ingat english dier ar..* thats all i think........
well what a day......... starting tomorrow i'll be onleave untill sunday......maybe goin back home n see my missing freund...... so, wish me luck.....adios amigos sayonara...
30.4.03
Posted by @zk@m at 2:00:00 pm 0 comments
29.4.03
Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa, Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa ,
Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya …dan aku benci mendengarnya… Dari hawa untuk Hawa *utk renungan bukan hanya utk kaum hawa, tapi kaum adam juga*
>--------------------------------- adios amigos sayonara-------------------<
Posted by @zk@m at 1:33:00 pm 0 comments
27.4.03
KISAH CINTA
Al-kisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak.Ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama dengan aman da nsentosa.Namun pada suatu hari, badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tetiba bergelombang dan menimbulkan ombak yg sangat besar!!Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri........
CINTA amat bimbang kerana dia tak pandai berenang dan tidak memeliki perahu.Ia berdiri di tepi pantai utk memenminta bantua. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki CINTA.Tidak lama kemudian KEKAYAAN muncul sambil mengayuh perahu....
"KEKAYAAN! KEKAYAAN!! tolonglah aku!" pekik CINTA.
"Oh, maafkan aku, CINTA, perahuku akan tenggelam kalau aku membawa kau bersama kerana perahuku ini sudah penuh ku isikan dengan hartaku......."jawab KEKAYAAN.
CINTA amat sedih, namun kemudiaan kelihatan KEGEMBIRAAN melintas dihadapannya dengan perahu....
"KEKAYAAN! KEKAYAAN!, tolonglah aku!!" pekik CINTA lagi.Oleh kerana terlalu gembira kerana menjumpai perahu utk menyelamatkan diri sendiri, dia langsung tidak mendengar teriakan CINTA.Parasa air semakin meninggi dan CINTA semakin panik......kemudiaan lalulah pula KECANTIKAN.......
"KECANTIKAN,bawalah aku bersamamu!!"pekik CINTA
"wah, CINTA, kamu dah basah dan kotor.aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yg indah ini."sahut KECANTIKAN
kerana terlalu sedih CINTApun menangis terisak-isak..."apa kesalahanku? kenapa semua orang tak mempedulikanku?...." ketika itu lalulah KESEDIHAN.......
"oh,KESEDIHANbawalah aku bersamamu......"kata CINTA....
"Maaf, CINTA.aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian...."kata KESEDIHAN sambil trus mendayung perahunya.CINTA sudah mula putus asa dan air laut smakin naik dan hampir meneggelamkannya.CINTA trus berharap dirinya akan diselamatkan...."oh tuhan, tolonglah aku, apa akan jadi pada duni tanpa aku,tanpa CINTA??"
pada saat kritikal itu terdengar suara memenaggilnya, "CINTA!! mari cepat naik perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang mendayung ke arahnya. di saat air ingin meneggelamkannya, dia segera memanjat naik keperahu itu.....
setibanya di pulai berhampiran, si tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan pulau itu.pada ketika itulah baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan si tua itu. dia bertanya pada penduduk pulau itu, siapakah gerangan yg telah menyelamatkanya...
"oh,si tua tadi?Dia adalah 'WAKTU'" kata penduduk pulau itu....
"tapi kenapa dia menyelamatkan aku? aku tak kenal dia.Sedangkan kawan2 aku langsung tak mahu menolongku,"tanya CINTA lagi.
"sebab hanya WAKTUlah yg tahu bertapa berharaganya CINTA itu...."kata org itu. setelah itu fahamlahCINTA akan kepentingannya di dunia ini......
*sebuah kisah yg penuh dengan makna tersirat.ia telah disunting sendiri oleh aku, utk tatapan semua dari koleksi maskaret cinta......adios amigos sayonara.........
Posted by @zk@m at 5:20:00 am 0 comments
25.4.03
Hati Lapang Hati Sempit
Apabila hati lapang, rumah yang sempit terasa lapang
Apabila hati sempit, rumah yang luas terasa sempit
Dada rohaniah kita kenalah jaga
Senang, susah dialah yang menentukan
Bila dada lapang, hidup yang susah terasa senang
Hidup payah, terasa mewah
Miskin terasa kaya bahkan bahagia
Apabila dada rohaniah sempit,
Di mana sahaja pergi terasa terhimpit
Tempat yang lapang terasa sempit
Kaya terasa miskin, ada terasa tiada
Makan rasa tidak sempurna
Padahal di hadapannya bermacam-macam jenis lauknya
Bila dada sempit dia tidak tahu apa yang hendak dicari
Seolah-olah mencari barang yang tiada dimilikinya
Dia tidak terasa memiliki apa-apa
Rasa tiada sepanjang masa, rasa kurang sahaja
Justeru itulah rasa tidak senang merobek hatinya
Macam ditimpa kanser di dada
yang tidak dilihat oleh mata
Hanya yang terasa sakitnya
puisi yg cukup membawa makna.....insyaallah.....
Posted by @zk@m at 1:38:00 pm 0 comments
the visiter....
dah genap seminggu dah student yg di sponsor petronasa menetap kat sini utk module english diorang. ramai ar gak, seramai 180 org kalau aku tak silap kira. tapi yg tak bestnyer, sepanjang minggu nih server down plak. plik btul la aku bile aku rajin nak update blog n ongkos aku tengah ada nih, ada jer halangan nyer......tapi aku rasa ada hikmah nyer kot. agaknya allah nak halang aku dari mengarut benda2 yg lagho kat blog aku nih kot........
pasal visiter kitorang nih, ramai gurlz aku rasa....maybe mata nih asyik tengok yg gurlz jer kot. bukan nak cari awewkz, sajer jer, sbb jarang kat sini ada pompuan, skali datang ambik ko.... ramai gilerz..!!!! tuyg kena culture shock skit tu..... *jgn salah paham, aku tak pernah cakappun ngan diorang, malu la....* yang bestnyer, makin ramai ar geng nak aku ajak buat main petang2. skang bleh main mcm waktu petang dari bola sepak, copa, basket, volleypun main kekadang dlam satu hari tu......... memang rasa meriah gilerzz kat sini. kat sini aku jumpa ar gak ex-student SEMESTI dulu....... tapi tak ramai n semuanyer senior aku dulu time klat sekolah coz diorang nih intake matrik asalnya....so,walaupun first year sama ngan aku, tapi diorang dah tua maa....*sama jer boyz n gurlz...!!* oh lupa plak nak citerkan sapa yg aku jumpa..... aku jumpa buyong, tabib, ngan fauzi manan.......... semua dah nampak smart gilerz n diorang semua tak banyak brubahpun........cuma tabib ar skang budak2 u panggil diorang babe....cam nama pompuan plak!!!
apa agi eh?? oh best punyer crita...skang nih budak2 ECH kat sini dah mmenuhi surau kat hostel tu....... kira ada ar gak hidup cuma kitorang jer kat sini..... lagi best skang ukhuwah semakin erat n banyak benda kitoang dah buat sesama kat sini cam main sama2 pergi cafe sama......memang rasa best giler!!!!!!!!!..............
apa lagi erk? cam blank jer otak nih sbb dah jarang pikirkan kebesaran tuhan kot?? btul ker? bahaya ar kalau camnih....... tapi aku ada jumpa satu page yg buat mativasi cara islamiah skit, tapi tak slalu update yg tak best tu...so kalau nak tengok click ar sini<---....sampai sini ar dulu. esok taktau lagi sempat ker tak update blog sbb nak kuar pergi beli komik yg dirindui....... tapi insyaallah ahad aku nak update. rasa cam tak best jer biler segala persoalan dihati nih takda tempat nak diluahkan.....nasib baik ar idea blog nih datang dlm kepala aku.....alhamdullillah *btul ker aku eja tu haa...??* so, watch out more news from me......adios amigos sayonara.......assalamualaikum
Posted by @zk@m at 1:34:00 pm 0 comments
19.4.03
i miss my keybourd...
dah lama rasanya tak ngusik blog nih..... minggu nih sebenarnya takda la sesebuk minggu2 sebelumnya, cuma kaki nih ha yg malas giler nak jalan pergi Resouce Center nih update blog. biasa ar nafsu aku nih, kalau kat internet, update blog tu jadi sampingan plak.... tu yg susah tu!! mesti tangan nih nak pergi check mailla, usha website best la, masuk semesti.net la...banyak ar lagi!!
semalam aku baca blog bro rafique, n ari nih ingat pasnih nak baca bro iznan nyer plak.... rasa cam jeles jer ngan dier.... sampai kat u.s pun bleh lagi dier praktikkan karate dier. aku plak sampai abis skool jer. mmg aku nih keteguhan ati kureng ar.... tambah jeles lagi, dier bleh plak masuk tournament kat sana n dah blajar sampai meditation dah..... huh..... aku nih dah makin jauh ketinggalan banding ngan dier. meditation kali terakhir aku buat biler yer? ha.....last skali darjah nam waktu taekwon-do ngan master Wee aku.... pastu ,aku dah stop dah, n sejak tu aku dah makin malas n makin lembab nak train badan nih...... tapi time kat umah dulu best, satu family pergi training ngan bapak aku skali joinaku train n tambah aku respek kat bapak aku nih, dier bukan ada ego yg tinggi cam aku, time aku kecik dulu, semata nak bagi aku motivasi, dier sanggup train skali ngan budak2 sekolah rendah. kira kalau kat dalam dewan train tu, kalau tengok dari jauh,rasa cam pelikla sbb dier sorang jer badan besar!!! patu dier start dari bawah plak!! sama2 ngan aku daftarpun sama2....... tu yg buat master aku respek dier sampai skang..........
satu lagi yg aku sedar perubahan kat karya bro rafique nih, makin jiwang n makin banyak dia mention pasal "c" tu... hehehe... nak ajer aku korek rahsia nih dari dier. kalau aku tinggal dekat2 ngan umah dier senang skit..... yg susahnyer aku jauh ntah brapa ribu batu nautika dari sini ntah!!! tambah tak best kisah cinta dier nih penuh mistik.... bukan citer hantu ar.......tapi bagus gak kalau dah jumpa se penyeri hati tu...... bleh ar makan nasi minyak.....dah lama tak rasa nih...... harap la org yg dier akan jumpa nanti adalah seorang wanita solehah n mempunyai ciri2 sumaiyah.....*harap aku pun jumpa org yg punyai ciri2 sumaiyah gak...bahagia idup aku nih.....insyaallah.....*
o.k.....back to serius bisnes..... esok, beberapa ratus budak2 tajaan petronas akan datang buat english camp diorang kat ALAM nih.... kitorang yg jadi penuggu kat sini takkan terlibat secara 100% la.... tapi rasanya time dorang ada aktiviti cam voley ball JJ kata kitorang kena jadi setiausaha@penjaga garisan....nih yg tak best nih... takda can aku nak tunjuk skill n menekel awekz2 petronas nih...tapi ok gak dia buat camtu...terpelihara skit aku nih dari menggatal kat anak dara org bukan baikpun..... dah banyak kali kena saound ngan org...makpun dah saound, so, cukup ar kalau dah ada satu......... buat apa la nak tamak..... lagipun,aku takda masa nak layan diorang tu......... so, aku rasa aku akan cari kenalan baru ar *budak laki ar* , so nanti time aku ada can nak buat projek aku kelilingi malaysia sebelum belayar nih, bleh ar numpang rumah depa.... mana tau Allah nak bagi aku can buat dajwah kat keluarga2 yg memerlukan bimbingan ker........bleh aku tambah akaun akhirat aku........ doakan ajerla yer..... insayaallah...
aku rasa cam tak best jer jarang2 update blog nih..... info makin banyak, masa makin skit... problem btulla..... camana nih yerk?? aku harap aku dapat update slalu n berkongsi apa yg aku ada nih ngan semua yg baca walaupun takda pembaca, tapi yg penting aku puas buat benda nih sbb aku bleh expresskan apa yg aku rasa, n bleh ilangkan beban dalam hati nih.......... lepas nih kena usaha lebih lagi.....GANBATTE ne.............adios amigos sayonara
Posted by @zk@m at 3:04:00 am 0 comments
14.4.03
SEMESTI
hari cuti minggu lepas, aku habiskan masa aku dalam bas utk pergi dan balik ke sekolah tercinta..... mmg badan letih, tapi berbaloi ar gak sebab dapat jumpa adik2 aku sekaligus menikmati HKSBP sekali lagi.tambah best, aku jumpa sorang guy nih,thn nih form 5 muka sejibik cam aku......org kata ar, tapi aku rasa dier hensem lagi ar.perangai diercam aku n posisi dier mainpun cam aku gak...center !!! adakah ini secara kebetulan atau ini menandakan, zaman aku telah berakhir?.........
sedikit info pasal Hari Kecermelangan Sekolah Berasrama Penuh *HKSBP*, tahun nih game yg dieprtandingkan just basket ball. n our school just get the 4th place for guys n no pace at all for galz..... pada awalnya aku bangga ar sbb adik2 aku nih main ngan penuh semangat utk menaikkan nama sekolah. dah ar kita jadi tuan rumahkan......tapi yg enegecewakan aku bg boyz team, semangat diorang nih cuma setakat peringkat saringan n tak mampu nak go on peringkat semi final....bukan aku sorang jer yg kecewa, tapi couch aku dulu yg jd referee time diorang mainpun frust giler ngan sikap player SEMESTI!! b+lah aku nyer frust kat hati nih..... apa jadi? time semi final, memandangkan sikap kapten yg tak bleh nak serap tekanan strategi pihak lawan dan juga tekanan main dalam panak, dier bleh melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua n melakukan perkara yg sungguh memalukan!! ada ker patut tumbuk pihak lawan semata2 tak mampun nak lepas man on man guard ke atas dier...... dari situ nampak sangat betapa lemahnyer mantel player kita. kejadian tu mengengatkan aku time aku pergi ppm 2001 dulu.....kerana kapten aku down dulu, satu team down...n aku kecewa, kitorang bukan kalah sebab tak terrer, tapi kalah kepada semangat sukan, kalah pada diri sendiri. kenapa ar tak bleh nak kontrol diri nih?
aku berharap sangat yg pasukan bola baling tak akan melakukan kesilapan yg sama. aku harap adik2 aku akan ingat yg dalam apa pun jenis permainan, penggunaan otak adalah yg paling penting dan ketenangan dalam melakukan keputusan adalah fakto kemenangan......jgn kerana emosi, dan jgn kerana kita sorang, satu team habis hancur. aku bsyukur kat tuhan, time aku jadi kapten dulu, aku mampu utk bawak team n serap tekanan yg melanda.hanya tuhan jer tahu camana rasanyer biler pegang jawatan tu.... harap tahun nih pasukan Handball SEMESTI meneruskan kegemilangan sebagai pasukan yg digeruni.nih rasa cam nak mengimbas memori lampau nih.....ok ar, paperpun trimas kar semua abg2,kakak2 yg ajar aku camana nak main handball nih. trimas kat cikgu mokhtar sbb bkongsi ilmu n bagi peluang kat saya nak didik adik2 saya plak jadi sebuah pasukan.cikgu yassin ngan cikgu mokhtar nih banyak bantu dalam memotivasikan saya dan mengajar saya ilmu bidang nih dan camana nak control pihak lawan sblm dier kontrol team tu. diorang selalu tegur aku camana nak lead team tu biar cool slalu. time dulu, diorang nih sibuk skit, so diorang jarang ar dapat brada kat sisi team kitorang nih sbb team gurlz lebih memerlukan petunjuk.so biler time game, aku kena conduct budak n aku kena atur semua strategi. kekadang tu diornagk kena jadi referee, aku kena conduct team gurls n boys. namun ini semua bagi pengalaman kat aku nak ajar adik2 main....alhamdullilah, aku berjaya didik adik2 aku yg dari taktau paper skang dah jadi power mower main handball. sekarang tinggal diorang punyer langkah plak nak main pakai akal ker nak main pakai nafsu..... aku harap diorang akan meneruskan tradisi team yg dibawa oleh senior2 aku dulu....main ngan penuh kesenian. sentiasa mementingkan persmebahan yg cantik n penuh skill. bukan setakat main nak menang.... tapi nak main ngan utk menang ngan hasil seni permainan yg tinggi....*alamak, ni la akibat kempunan nak main handball kat sini tak bleh....so tinggal kenangan jer benda nih....janji ada kenangan btul tak?* biar org respek skit team semesti..!!!
ok, team gurlz plak nyer preview.... aku tak tengok banyak game diorang, 1 game jer. mmg tak bleh nak tahan sbb diorang main cam nak taknak jer...... kontrol kot??.... hehehe.... lantakla, tapi memang susah la diorang nak menang, sbb skill mmg nil..... dapat lak lawan ngan team power mower!!! actually diorang try n berjuang sampai habis tul tak? paperpun, pada player ,sorry ar kalau aku kutuk kekalahan korang yer..... bukan apa, nak bagi semangat kat korang semua utk nxt HKSBP... aku dah takda da time tu... so ganbatte kudasai!!!!!
aper lagi nak buat? oh, skool dah cantik, displin bbudak dah ok. cuma usaha usrah cam pikir harian dah tak nampak dah. tak tuala dihentiakan semesntara ker, tapi jgn la harapnya sbb benda camtu baik utk persediaan diorang nyer diri utk masa depan nanti tambah plak akhir zaman nih.......... ya allah, berikanlah hidayah mu pada sekolahku dan terangilah ia dengan cahaya hidayahmu,jgnlah kau biarkan mereka leka dengan kehidupan dunia yg fana........amin....
untill then, adios amigos sayonara........i love u all!!!
Posted by @zk@m at 1:56:00 pm 0 comments
8.4.03
assalamualaikum......
hari nih memang gak letih memandangkan aku ada workshop practice for all day long. masa rehat aku cuma masa solat yg tuhan bagi lima kali sehari tu jerla......ada hikmahnyer sebernarnya solat nih, bleh rehatkan badan yg letih bekerja sehari suntuk.....cakap pasal solat nih, aku syukurla hari nih lagi skali usaha dakwah aku menemui kejayaan.....aku memang berharap yg usaha aku sentiasa berjalan, tapi iman aku nih plak problem, jab turun,jap naik.....nasib la aku ada roomate yg selalu maintain.so bila aku lalai adala org yg jalankan usaha ke atas aku.semalam, kena fire ngan dier skali, trus sedar.....nasib ar ada dier, bleh gak aku nyer diri nih selalu terpelihara dari benda2 yg lagha nih...
ada tips yg aku belajar dari pengalaman aku time aku posa sunat smalam n hari nih.petua supaya tak malas menunaikan solat dan juga tak malas utk berpikir...... apa dier?hehehe.... jgn makan banyak!!! semalam aku makan skit punyer ikut nafsu, sampai kat cabin, trus rasa berat jer perut nih. rasa cam aish,sesia ker aku posa hari nih yer?.....nasib ada org bagi fire skit kat aku supaya ingat kat tuhan...harap dier selalu dipelihara oleh Allah......
aku dapat mail dari kawan baik aku, mahfuz......aku ucapkan tahniah kat dier dan syukur ke atas Allah kerana dier mendapat hidayah dari Allah. .....
"Aku x dpt nak gambarkan macam mana seronoknya bila dpt hentikan tbt tu.Benar kata org, hidayat Allah itu sungguh manis.Perasaan aku lbh gembira berbanding dgn waktu aku memperoleh kejayaan ddlm pelajaran. *MAHFUZ GUFFRI*
antara ayat dier yang membuatkan aku memanjatkan kesyukuran aku pada yg Esa...aku syukur sekarang nih dier bukan saja mengejar ilmu dunia, tapi ilmu akhirat *dedua tu ilmu akhirat ker?* sekarang dier dah rajin baca kitab suci Al Quran,dan bukan ayik ngan buku teks dier...Alhamdullilah......
sekarang nih budak2 kat ALAM semuanyer sibuk ngan exam, manakala kitorang yg budak ECH nih,kena la jadi penghuni setia kat sini sampai bulan Jun!!! tambah perit, kitorang kena ganti budak2 kat sini utk buat M.O.D, Ship duty, cleaning shift!!!! ada lagi teruk, kena pulak tu tak dapat balik cuti!!! cam defaulter ALAM la plak....inila nasib budak2 cam kitorang nih....aku harap adala hikmat di atas kejadian yg menimpa kitorang nih.... paperhalpun, aku kena layan gak semua nih....nih mungkin salah satu dugaan Allah ke atas aku yg maha lemah nih......... n aku akan atasinyer sebaik mungkin....insyaallah...
see ya all next time.....adios amigos sayonara...assalamualaikum w.b.t.......
Posted by @zk@m at 1:45:00 pm 0 comments
4.4.03
Maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu memahaminya.(Ali Imran:118)
alhamdullialah aku selamat sampai kat rumah n tambah syukur aku dapar sufr internet tanpa ada ganguan line yg kekadang blur aku dibuatnya. alhamdullilah aku dapat gak jumpa cousin2 aku yg rapat ntah ada masa ker tak nank jumpa lain kali sbb masa utk aku menjejak kat atas darat nih makin suntuk n aku kemungkinan nanti kena menjauhkan diri aku ngan org2 yg aku sayang semata2 nak mencari rezeki halal dan memenuhi hajat aku menjadi org yg berjaya........insyallah...
tadi aku dah masukkan blog add baru yg dapat rekemendation dari bro rafique.budak batch dier yg jadi presiden MPP kalau x silap aku la n seperti kata nan n rafique dier nih mmg agak karatz skit. bukan kutuk ar, tapi kalau ikut kata org putih, 'sound direct'...heheheheehe.......
the issues.....*HOT*
sekrang malaysia nih sedang menghadapui isu bar.....iaitu SARS *ingatan:bukan isu Sekolah Agama Rakyat tau!!* nih sejenih penyakit yg asal dari sejenis virus yg dihindapi kepada haiwan n merebak ke manusia.....ia melemahkan sistem paru2 tak silap aku kira cam menyukarkan kita bernafas ar. kat malaysia sekarang nih, org yg disyaki sudah menjejak sehingga 65 org n it's got a great ettention dari pihak kerajaan sbb penyakit nih dah merebak ker lebih 17 buah negara di dunia n paling hampir ngan malaysia ialah singapore, hong kong.......... so, ia bahaya coz senang jer bawak masuk. n jumlah kematian kat malaysai nih walaupun baru satu still bahaya sbb ia merebak dengan mudah......
asalnya virus nih kat china n bila rakyat china mengidapnya, para medik yg berniat ikhlas cuba nak tolong, tapi dari apa yg aku dapat tahu, sekrang nih, org yg ,mengubat penyakit nih adalah mereka yg menjadi mangsa dan for sure la pembawa. dah kalau doktor sendri kena camana la agakna nasib rakyat jelata yg memang jahil bab ilmu perubatan nih? sekrang nih masih belum ada ubat untuk penyakit nih selain dari pencegahan awal........
tadi waktu aku kuar jalan2 ngan cousin aku kat kl, aku dapat lihat rakyat malaysia nih dah start mengambil langkah ngan memakai filter mask utk menghalang virus SARS dari terus merebak....... namun, tahap mereka yg dijangkiti semakin merebak dengan pantas semlam 44 hari nih dah naik 65 org.........????
paperpun, biler aku bacak kat paper, banyak negara dah start ambik langkah utama nak cegah dari merebak. di singapura n sempadan malaysia-singapore, dah ada pihak mengawal tambah lafgi kat lapangan terbang chiang mai..... para medik dah redy nak periksa semua tourist n kuarantin mereka yg disyaki pembawa. kat malaysia plak, dah ada unit hanya utk menyetelkan benda nih.harap semua usaha yg dilakukan membawa hasil yg memberangsangkan.....insyaallah..............
sampai sini dulu.....ada komen sila2 la mana tahu bleh kongsi sesama kita..........assalamualaikum......adios amigos sayonara
Posted by @zk@m at 9:07:00 pm 0 comments
3.4.03
insyaallah aku akan mengarang esok, so wait me out. kalau line internet ok, n takda problem. skang nih ada prob ngan connection. so doakanla utk aku yerk?!! insyaallah esok ada isu utk di utarakan takpun diselatankan........adios amigos sayonara
Posted by @zk@m at 2:06:00 pm 0 comments