25.4.03

Hati Lapang Hati Sempit

Apabila hati lapang, rumah yang sempit terasa lapang
Apabila hati sempit, rumah yang luas terasa sempit
Dada rohaniah kita kenalah jaga
Senang, susah dialah yang menentukan
Bila dada lapang, hidup yang susah terasa senang
Hidup payah, terasa mewah
Miskin terasa kaya bahkan bahagia

Apabila dada rohaniah sempit,
Di mana sahaja pergi terasa terhimpit
Tempat yang lapang terasa sempit
Kaya terasa miskin, ada terasa tiada
Makan rasa tidak sempurna
Padahal di hadapannya bermacam-macam jenis lauknya
Bila dada sempit dia tidak tahu apa yang hendak dicari
Seolah-olah mencari barang yang tiada dimilikinya
Dia tidak terasa memiliki apa-apa
Rasa tiada sepanjang masa, rasa kurang sahaja
Justeru itulah rasa tidak senang merobek hatinya
Macam ditimpa kanser di dada
yang tidak dilihat oleh mata
Hanya yang terasa sakitnya

puisi yg cukup membawa makna.....insyaallah.....

No comments: