14.3.06

Siapa Bilang Gadis Melayu xMenawan??

Kebiasaan bg kaum lelaki utk mencari gadis cantik menjadi teman hidupnya.kebiasaan org lelaki mencari yg paling cantik n jelita dmatanya menjadi pasangannya.....namun,adakah hanya kecantikn wajah sudah memadai???kali nih utk kaum adam,aku berbicara tips2 utk mencari calon isteri ....... aku dedicatekn nih utk sahabat aku Syed Farid yg akan bertunang bersama gadis pilihanya tahun nih...:) aku plak ntah bila...siapa????

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana
Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat
Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini
menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu,
perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang
wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada
gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita
yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah
gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa
inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya.
Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak
meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis
yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak
boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki
yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu
sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa
dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih
memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih
beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan
lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita,
melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat
Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.


Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis
dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini
menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya
bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu
bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata
yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik,
sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada
akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh
teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin
memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
-----------------------------------------------
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini
sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya
'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu,
dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi
baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan
bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah
semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan
anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada
tara. (Bidalan ltali).


Lakukan Risikan Secara Rahsia
-----------------------------------------
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna
bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk
mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama
keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul
bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh
mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis
itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar
pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai
sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini
tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap
lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan
'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan
tingkahlakunya di depan mata.


Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
-----------------------------------------------
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu
menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar
rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.
Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada
unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan
perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan
dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh
sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. -
Bidalan Cina



Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga---------------------------------------------------------
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar
sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi
gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah
amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta
semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja
makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
--------------------------------------------------
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting
kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa
anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa
mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani
kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. -
Bidalan Jerman



Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan-----------------------------------------------------
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu
berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari
membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis
yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar
dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat
lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan
menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
--------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak
perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat
bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran
cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi
wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input
tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan
berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan



Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
-------------------------------------------------
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas
pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding
gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama
saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan
identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan
akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh
menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. -
Bidalan Serbia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
--------------------------------------------------------------------
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana
kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah
letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka
dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi
sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama---------------------------------
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera
kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya
ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat
serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh,
semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan
agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata
itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan itali



Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
--------------------------------------------------------
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la
merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita
ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan
dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang
telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya
melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan
bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia
sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila
mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis
jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa
patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta
bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta
berbanding suami.- Bidalan Jerman



Elakkan Dari Terlalu Cemburu----------------------------------------
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi
idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan
cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk
memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia
menjaga kehormatannya serta taat pada agama.


Layan Dia Dengan Baik
--------------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa
anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda
kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau
selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa
mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda
seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia
akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.-
Bidatan Tamil


Bertanggungjawab
--------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu
menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi
wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah
yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si
gadis.

No comments: