10.12.05

puitisku SUAMI ISTERI

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum @ bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI.


Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang
punya cita-cita menjadi solehah
..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya


Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhati-hatilah meluruskannya

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t
kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali
Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.


Wahai ISTERI,
Pernikahan atau perkahwinan

membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia
Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu
adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur
singgahsananya
ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya

Seandainya suami bengis lagi lancang,
sabarlah memperingatkannya

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan
kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t.
kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..

Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu
sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha
menjadi SOLEHAH
Amin

wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya


SUAMI dan ISTERI ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

ADIOsA!!

No comments: