17.2.06

Artikelku utk Berita Harian

nih artikel dlm tulisan buruk yg aku hantar ke berita harian utk dsiarkn....da lama aku xbuat artikel n aku harap dapat dsiarkn sbb blog semata2 xmampu utk menyedarkn insan bergelar Manusia.media lain juga bleh mbantu. memandangkn aku biasa menulis cerpen cinta n urban,so bahasa juga agak kureng skit,tp sbb ada demand utk artikel dmasukkan ke dlm berita harian dr Mak Cu yg sporting,so klu kena rijek ngan ediotr berita harian yg anti penyebaran kebenaran nih,at least aku da cuba n sampaikn kat dlm blog nih....sorry xda gmbar utk dkongsi penghias edisi kali nih....akan kuganti ngan edisi jiwang nnt...:)

Assalamualaikum Cu n abg joe, (Cu Ab ngan Mak Cu Timah,dedua reporter kat NST,abg Joe is my Cousin)
nih dr mjalah millenium muslim ada isu nih,tp knapa xdsebarkn kat paper2 M'sia?pelik ar xramai org M'sia tahu isu dlaman nih n xpernah dsuarakn sedangkn ulama M'sia dhina sebegitu skali.....agama islam apatah lagi......mana hak bersuara rakyat terhadap agama sendiri.....Sarawak Tribute siap boleh siarkn kartun hina nabi,walaupn lepas tu dtutup,tp tujuan penyebaran penghinaan tuh telah tercapai. kanapa xda org yg menegakkan agama islam cam zaman Anuar dulu??knapa student kat Universiti skang nih cam xda beza ngan bebudak sekolah menengah......??? kat sini islam kemain kuat dperjuangkn termasuklah usaha mengharamkn isap rokok yg baru semalam kabinet diorang setuju nk jalankn.......tp M'sia???

knapa penghinaa camnih trus menerus dselindungkn?apa fungsi media utk menyampaikn maklumat?sekarang nih islam liberal airul dapati meluas dsebarkn dkalangan geng2 astora jabat n sister in islam smpai kat US skang lebih terkenal sbgai tanah islam Liberal........tp ajaran islam yg sbanar cam da layu dtelan zaman.xda anak2 muda bersemagat sperti Umar utk bersuara,tiada remaja yg sebijak Ali utk berhujah n tiada insan sejujur Abu Bakar utk mengakkan kebenaran. kerana sikap yg lemah camnih termasuk airul la makin lama
M'sia maju,tp agama terus mundur.

mungkin inilah kesan drpada usaha menegakkan bangsa sampai lupa menegakkn agama.Dulu masa penjajah kristian cuba menjajah tanah Islam Melayu (nama nih lagi sedap) diorang secara total gagal utk menjajah agama islam sbb MELAYU n ISLAM xdpt dpisahkn.namun mereka berjaya melemahkn sedikit kekuatan umat islam dengan menghalau n mbunuh ulama'2 yg cuba mperjuangkn agama islam dbantu oleh org islam sendiri (raja2 melayu yg gilakan harta). Negara kita terlalu mengejar duniawi,kemodenan hidup semata2 nak dapatkn pengiktirafan dmata dunia,tp lemah dlm mengejar kehidupan hakiki yg lebih utama utk dapat pengiktirafan dr yg Esa.

Dulu kita ada ABIM yg berani bersuara n menegakkan agama islam.tp sekarang Angkatan Belia tuh da xda fungsi,ahlinyapn bukn lagi belia tp bleh tukar jd Angkatan Tua @ ATIM....sedihnya bila isu nih dpantau dr jauh.dr dlam mmg susah utk melihat semua yg terjadi sbb terlalu indah kehidupan dM'sia,yg menjadi perbualan ialah UMNO n PAS......politik kosong yg xpernah mbawa pn agama islam ke tahap baru.usaha n dakwah makin sikit n lemah.
hanya nama islam kepada islam hadhari menjadi gubahan,tp hasilnya.....??? NIL!!

kat bawah nih ada artikel dr majalah tuh,cu ada minta artikel dr airulkn??nih ada serba skit harap dapat dsiarkn n dkongsi ngan rakyat M'sia spaya mereka sedar dr tidur yg leka. hidup ini bukan hanya mencari harta,tp mengisi jiwa.bukan hanya bangunan setinggi langit tp iman seluas alam. bukan nama dmata dunia tp tempat ddlam syurga....allahuallam bissawaf....:)

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.



Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Â Â Â Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Â Â Â Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti
agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3) Â Â Â Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Â Â Â Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah
dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Â Â Â Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Â Â Â Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Â Â Â Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Â Â Â Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Â Â Â Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Â Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Â Â Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam
bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Â Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)

Allahu ta`ala `alam.
6 Februari 2006

3 comments:

Lea Dzahir said...

Nauzubillahiminzalik..ya Allah..takutnyer baca memorandum tu az.. hish..mintak simpang malaikat 44 laa.. mudah2an kita dilindungiNya sentiasa.. dah laa az tengok tak patung berhala kat batu caves tu? besarnyer .. takut betul aza tau.. jgn laa ditimpa musibah di bumi kl nih.. tak pun biarlah runtuh patung tu dgn kuasaNya.. hmm.. aper nak jadi ngan Malaysia? -bingung-

Anonymous said...

itu lah..kita tgok keadaan skang nih..ulama'dah dipinggirkan..ini antara tanda2 besar akhir zaman yg membawa kepada hampirnya hari kiamat yg telah ditulis dlm Al-Quran lagi..Na'uzubillah..ambiklah ape yg terjadi kpd bala yg diturunkan di Acheh(tsunami) dan yg terbaru tanah runtuh yg melenyapkan sebuah kg. di Filipina..kita xtahu akibat dri ape musibah tu berlaku..namun ketahuilah..bala Allah akan turun xkira dimana yg Dia kehendaki dan pda sesiapa sahaja..akibat dri kecuaian dan kerakusan manusia yg semakin ketara dlm melakukan dosa..walaupun kita xmelakukannya namun klau tanpa melakukan apa2 seumpama kita merelakan apa yg terjadi..dan seolah2 kita sama turut bersubahat dlm melakukan kemungkaran itu..
p/s: peringatan ini tuk diriku dan sahabatku sekalin..

@zk@m said...

btul tuh sahabat2 semua....azkam yg lemah iman nihpn kekadang risau gak sbb iman nih xmampu nak melawan itu semua....azkam igt klu kat M'sia hidup akan lebih beriman,tp spanjang pengalaman azkam n pemerhatian, kat M'sia lagi truk keadaannya dr sini.....allah hualambissawaf...:(