9.2.06

tips suami isteri

hari nih setelah sekian lama mendiamkn diri,aku usha blog senior aku yg baru kawin n cam biasa blog dia bukan berisi warkah karut utk tontonan semata2,tp ilmu utk dkongsi bersama....aku tumpang gembira dengan kebahagiaannya wlaupn mereka suami isteri tinggal berjauhan kerana aral tempat pekerjaan......isterinya d KL n dia d Bintulu....jauh nya mata memandang,namun hati mereka bersatu kebahagiaan.....so, tips yg aku dapat nih aku nak kongsikn bersama sahabat2 semua,yg bujang mahupn yg da berkahwin,insyaallah banyak baik dr buruknya......

Alhamdulillah dan subhanallah atas nikmat ini. Perkahwinan mmg suatu nikmat yg besar dari Allah swt. Tak dpt aku gmbarkan perasaan, kenikmatan dan ketenangan yg didapati melalui perkahwinan.Banyak yg ingin diperkatakan sbg mungkin "information/knowledge/experience sharing" dlm usaha nak mencapai ke gerbang perkahwinan tu sbb aku dah serba sedikit melaluinya.

Cuma, yg aku rasa wajar aku nukilkan sbg satu peringatan buat diriku dan juga teman2, ada beberapa point yg patut aku rekodkan yg insha Allah akan memberi sedikit insight dan dorongan utk menghadapi cabaran2 dlm usaha ke gerbang perkahwinan:

1. Bila kita korban sesuatu utk mendapatkan keredhaan Allah, Allah pasti dan pasti akan membuka jalan utk kita... Allahu akhbar, aku dan isteri sentiasa teringat ttg mcm mana Allah memudahkan dan mesyusun atur perkahwinan kami walaupun pd awalnya nampak terlalu sukar. Penting skali kena cek dan betulkan niat sentiasa. Bergantunglah pd Allah, bulat kan hati dan mengaku kedhaifan kita, insha Allah Allah pasti mendengar dan akan mengqabulkan hasrat hati kita.

2. Syaitan tak suka org nak kawin. Dia akan timbulkan mcm2 was-was dan masalah, dari sekecil2nya hingga ke benda2 yg remeh temeh utk kita batalkan niat dan usaha utk berkahwin. You will go through it. Yg penting jgn back-up. Syaitan suka bila kita tak kawin sbb we are more prone to do maksiat.

Aku rasa ini point besar yg paling aku & isteri akan ingat. Alhamdulillah, perkahwinan kami berjalan lancar, dipermudahkan dan dipermurahkan rezeki, tanpa membebankan dan menyusahkan ibubapa dan keluarga. Majlis budget utk 800 org, 1200 org dtg dan makanan cukup alhamdulillah. musim hujan tapi di hari majlis tak hujan.. alhamdulillah.. kedatangan kwn2 lama, saudara mara yg lama tak jumpa dan tetamu2 yg tak disangka amat mgembirakan... sblum kahwin selalu doa agar majlis kami dipermudahkan dan akan menjadi asbab utk mnyatukan keluarga kami, dan menymbung tali siraturrahim yg telah lama longgar atau terputus.. aku harap begitulah yg telah terjadi...amin..

Buat isteriku Rahimah, Allah telah mkabulkan doa kita ini. sama2 kita bersyukur pdNya atas nikmat ini dan atas segala kemudahan yg telah diberikanNya. Ini baru permulaan pd satu perjalanan yg masih jauh dan penuh dgn liku. teruslah kita kekal berharap pdNya. spt yg kita selalu katakan "kita buat perancangan tapi perancangan Allah yg terbaik".

Ujian Allah takkan putus buat hamba2Nya. Kini, aku dan isteri terpaksa berjauhan walaupun telah diikat dgn perkahwinan. Aku di Bintulu, dia di KL. Walaupun org skrg kata biasaklah tu trend skrg "weekend husband" etc. Tapi aku amat tidak menyukainya. Aku cuma dpt balik KL pun sebulan sekali. Dlm Petronas, bukan mudah nak dpt transfer mcm keje kerajaan. Tapi, takpelah, usaha, doa dan berharap.. Allah maha mengetahui... Buat masa ni, bersabar je la sayang...pasti ada bnyk hikmahnya...

Lagipun, bila dah lama tak jumpa, bila jumpa balik mcm baru jatuh cinta... : )


ini sahaja drku buat masa ini...adiosa!!!

3 comments:

Noushy Syah said...

yehahhh...yang baik kita bole jadikan tauladan dan ambil iktibarkan abg azkam...

Anonymous said...

yep azkam..bila berjauhan lagi rindu-rinduan kan..tpi jgn lelama sgt hehe..takut nanti macam2 fitnah dunia yg hadir lak..tambahan plak hidup sebagai suami isteri kan...ermm..kwn azkam tuh dier nyer wife xdpt ikut sekali ker husband dier kesana?..maybe baru lagi kot so susah nak tranfer keja ker sana kan..semoga kedua2nya tabah menghadapi cabaran...=)

@zk@m said...

mmg diorg baru kawinpn kurzz...cabaran suami isteri tuh....azkam paham gak pasal long distance love nih....klu xkawin pn rindu yg amat ....ni plak da jadi suami isteri.....doakn mereka sentiasa bahagia..:)