MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan...
tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
--------------------------------------------------------------------------------
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoakan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
16.2.06
thanks to kurzz...:)
Posted by @zk@m at 3:26:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
itulah tanda akhir zaman. Islam dikecam..pemerintah zalim, penyakit2 yg makin berleluasa.... masjid makin byk, makin cantik2 dan mahal2 tapi kosong... wallahualam...
btui tuh btui tuh!!! :)
sokong kata2 chika..huh.. Islam skang Islam liberal..susah nak faham umat Islam skang.. wallahualam.. arap masjid je lawa tp kosong..baik xyah bina masjid banyak2..biar ada satu masjid tp ramai jemaahnyer drp banyak masjid tp kosong je..
kan tanda2 kiamat tuh...akn "akan sampai satu masa masjid2 kan dbina indah tp tiada jemaah yg memeriahkannya...azkam sendiri ssh nak buat jemaah kat masjid..:(
Post a Comment