Kita slalu kaji tarikh lahir kita dengan bintang2 omputeh, kan? Pe katakali nih kita kaji tarikh lahir kita dalam bulan Islam plak!!!
Rahsia Kelahiran Dalam Bulan IslamDi petik dari sebuah email...
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah
anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai
pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan
pengetahuan:
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun
begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam
pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah
mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa
menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru
maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang
baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak
tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua
orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu
selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan
betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika
tidak kehidupannya
menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan
dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu
hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.
Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk
mendapat hasil yang yang
memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia
sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau
sebaliknya. 0leh kerana dia tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
p/s: Nak tahu bulan berapa dilahirkan pergi sini...
" http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct
3 comments:
ermm, alyn lahir pada 19.11.1981 bulan omputeh...dlm bulan islam plak..21.Muharram.1402...
alhamdulillah..kalau makna pd bulan Muharram itu kena dgn alyn...
8)
muharram yer??heheh..azkam bulan jamadil akhir..:) harapla yg baik2 jer ada kat diri nih..:)
aza lahir 14 sept 1980.. bulan islam 4 zulkaedah 1400.. hehe..arap2 biar laa yg baik sifatnya ada pada aza..amin..
Post a Comment