1.12.05

Kerjaya n Keluarga...

assalamualaikum semua.....ari nih mata aku terlepas pandang pada bulletin dr makcik mengenai wanita yg mengutamakn kerjaya dr keluarga......sebelm nih rajin aku mengutarakn pasal cintakn??kali nih aku kembangkn lagi kreativiti aku pada institusi kekeluargaan......

munkin pada ramai org pandang remeh pada isu nih,tp bila da kena pada batang hidung sendri,sudah pasti ia akan jd masalh isu yg akan dperdebatkn d parlimen...bukan kita xtahu perlimen kita,isu yg dbincangkn kadang xrelevenpn n bukan prioritipn......

aku??hohoh....klu aku ada isteri yg berkerjaya pada aku ia bukan 1 masalh ngan syarat sblm aku balik kerja dia da ada kat umah....muhehehe.....mestila sbb nak ada org menjemput aku dgerbang pintu ngan senyuman.......

sebuah kisah yg aku igt2 lupa, Rasullulah saw pernah menyatakn pada Aishah r.a pasal seorang isteri yg djamin syurga n pernyataan itu buat Aisyah menjadi cemburu n tanda tanya apa yg buat wanita ni djamin syurga......

esoknya Aisyah pergi ke rumahnya n minta utk masuk ke rumah namun dengan hormat dia menyatakn tidak boleh krn tiada izin dr suaminya n minta aisyah ra hadir lagi keesokn harinya.....esokn harinya aisyah ra hadir bersama anak2nya namun lagi skali dtolak ngan hormat krn suami wanita ini hanya bernarkn aisyah ra seorang sahaja masuk.......hari ke 3 aisyah ra hadir n djemput masuk oleh wanita ini ngan hormat......

dlm sibuk menanti,aisyah ra memerhati perlakuan wanita ini,dia mengambil masa utk bercantik, mbuat air n siapkn rotan dpintu umah.....bila dtanya wanita nih jawab, (lebih kuran ar) " sy nak menjemput suami sy pulang.sy mahu dia melihat sy sntiasa cantik n hilang penat berkerja bila melihat sy.rotan itu ialah utk dia menghukum sy andai layanan sy tidka memuaskan hatinya ...."

balik kepada isu aku,kisah tu utk renungan n akupn igt2 lupa jer,namun still ada msgnya lagi...:) skang ada lagi ker isteri yg baik mcm tu....???

so, pasal wanita berjerjaya nih, ada beberapa fakta bleh dibuat renungan...:

5 SEBAB ISTERI BEKERJA
Tambah pendapatan keluarga
Tuntutan kehidupan yang semakin meningkat
Mempunyai tahap pendidikan tinggi
Ingin miliki kewangan sendiri
Tidak mahu bergantung sepenuhnya pada kewangan suami

KAJI SELIDIK KERJAYA VS KELUARGA


i-Kon turut mengadakan kaji selidik membabitkan 50 responden bagi merumuskan pandangan peribadi mengenai kehidupan moden, yang mana suami isteri bersama-sama berkerja.

Kaji selidik ini membabitkan pelbagai kelompok masyarakat pelbagai latar belakang jawatan, berusia antara 20 tahun dan 35 tahun. Bentuk soalan yang diketengahkan turut menjurus kepada situasi normal kehidupan seharian membabitkan golongan yang masih bujang dan juga berumah tangga.

Pelbagai bentuk jawapan yang diterima dan antara jawapan responden yang masih bujang mengenai kehidupan berkeluarga ialah tidak mahu terikat dan lebih suka dengan kehidupan sekarang - bebas!

Manakala, responden yang sudah mendirikan rumah tangga pula menyatakan aktiviti masa lapang mereka terbatas bila berumahtangga dan tidak bebas sebagaimana ketika zaman bujang. Apapun alasannya, perlulah ada toleransi dan saling memahami tanggungjawab masingmasing bila sudah berumahtangga. Ini penting bagi memastikan keharmonian rumah tangga akan kekal hingga ke akhir hayat.

Kewujudan pusat asuhan kanak-kanak serta khidmat pembantu rumah rakyat, terutama di kalangan warga asing memberi jalan mudah untuk suami isteri keluar mencari nafkah.

Paling penting, sudahkah anda bersedia untuk ‘meninggalkan’ segala kebebasan yang anda kecapi hari ini untuk menempuhi bahtera berumahtangga? Nampak mudah tetapi bukan mudah seperti anda main pondok-pondok di zaman kanak-kanak! Ikuti hasil jawapan kajian yang dijalankan:

Responden bujang

3 alasan paling popular mengapa masih membujang.

- Belum bertemu calon sesuai
- Suka dengan kehidupan sekarang
- Tidak mahu komitmen


Komitmen bersama pasangan membataskan urusan kerjaya.
Tidak boleh berhibur bersama teman pada waktu malam.

11 orang responden belum mempunyai kekasih.
6 orang responden berasa kesunyian.
2 orang responden tertekan kerana belum berumahtangga.
22 orang responden tidak menganggap faktor usia menghalang mereka untuk kekal bujang.
20 orang responden bahagia dengan kehidupan mereka hari ini.
17 orang responden pernah kecewa dalam perhubungan sebelum ini.
7 orang responden takut untuk berumahtangga kerana perlu pikul banyak tanggungjawab.

3 jawapan mengenai kerjaya dan rumah tangga


Kerjaya penting untuk meneruskan kehidupan, manakala rumah tangga adalah pelengkap kehidupan dunia.

Saling memerlukan antara satu sama lain.

Kerjaya sebagai sumber rezeki, rumah tangga pula adalah tuntutan agama.

Responden Berkahwin

3 orang responden mengatakan berkahwin mengganggu perkembangan kerjaya mereka.

6 orang responden masih bebas untuk melakukan aktiviti luar bersama rakan biarpun sudah berumahtangga.

11 orang responden tidak sukar untuk membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.

6 orang responden rindu dengan kehidupan ketika masih bujang.

7 perkara bermakna kehidupan berumah tangga (jawapan popular)

- Kewangan lebih stabil.
- Rasa kehidupan lebih sempurna.
- Lebih bertanggungjawab.
- Kehidupan lebih bermakna.
- Lebih mengenali hati budi masing-masing.
- Ada tempat mengadu.
- Lebih gembira selepas berkahwin
.

3 perkara berbangkit dalam kehidupan berumahtangga (jawapan popular)

- Berjaga waktu malam apabila anak menangis.
- Aktiviti luar terbatas.
- Terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.

2 jawapan mengenai kerjaya dan rumah tangga (jawapan popular)

- Perancangan yang baik mampu mengeratkan ikatan perkahwinan.
- Perlu membahagi masa dan jadual untuk mengimbangi kerjaya dan rumah tangga.

pada penapat akula antara kerjaya n keluarga,aku pilih keluarga.mmg benar kita perlukan kerjaya utk teruskn hidup dlm era globalisasi n inflasi nih....namun perngalaman akula,dlm perjlnn aku,ssh skali aku nampak kluarga yg hidup ngan erat bila parent berkerjaya......xkisah ar lelaki ke pompuan ker......

pilih kerjaya,xkan bawak kita kemana kerana ia duniawi.cukupla sekadar kita melakukn kerja ngan ikhlas n bersyukur ngan apa yg kita dapat.n pendapat mengenai keluarga menghalang perkembangan kerjaya,ia amat2 la aku xstuju.....klu xreti hargai keluarga,mmgla jdkn keluarga sebagai alasan.......berkeluarga,beanak bini sbnarnya rezeki dr Dia....aku mengembara ke bnyk tempat n aku menumpang ke bnyk rumah dr banglo2 besar hingga rumah2 kayu buatan tangan......keluarga yg bahagia yg ada nur ddlmnya bukan hasil dr kerjaya yg gah mahupun duit yg banyak.....namun ia adalah dr betapa mereka bersyukur pada rezeki yg dcurahkn.........

aku???aku bahagia masa aku masih tinggal drumah kos rendah yg tunggu masa nak tuntuh.aku bahagia masa abah hanya mampu beli keta 2nd hand n mak cuma seorang kerani.aku bahagia.malah aku masih boleh igt lagi perbualan aku bersama mak ngan abah time masih kecik dulu.masih terismpan memori aku sama2 duduk atas lantai n makan masakan mak..."airul syg sgt mak ngan abah" tu antara percakapan aku dlantai meja dapur makan nasi bersama mak ngan abah.....masa tu fauzul adikku masih blum lahir.......

munkin kata org ada anak rezeki murah n itulah yg berlaku pada keluargaku.rezeki abah murah n kami pindah ke rumah yg lebih selesa.namun sejak makin hari,masing2 sibuk n ada kalanya xda masa drumah n yg manjaga adik2 ialah driku.yg marah adik buat bukan2pn aku gak......namun ketika d kemaman,semuanya masih syukur alhamdullillah......masih ada hari kami sekeluarga berkumpul n bergotong royong skalipn mak ngan abah da masa dpejabat......

aku menyedari perubahan yg ketara sejak perpindahan kami ke KL.dsini adik2 aku xdpt belajar dr ckgu yg terbaik spt aku yg dhantar ke sekolah terbaik.ia buat aku sdih bila dapat tahu guru2 d sekolah adik2 aku xmengajar n melambatkn proses pembelajaran adik2 aku....namun apakn daya aku,hanya seorang budak.......yg buat aku kecewa abah da mula busy ngan kerja.dulu aku dididik utk baca quran,semayang jemaah n selalu endapat teguran stiap kali aku malas utk belajar.......

namun sejak berpindah,adik2 aku tidak mendapat tunjuk ajar,ilmu yg tdurunkn trus dr hati ibu bapa.mak sibuk ngan geng mami jarum, abah sibuk kerja.solat adik2 aku xterurus.aku plak tiada drumah (blaja kat SEMESTI).......klu dulu tiap2 malam abah akan panggil solat jemaah maghrib n then aku ngan fauzul akan blajar ngaji quran.tp adik2 aku dbiarkn bermain n dpentingkn buat homework dr didikn agama.jika dulu abah akan makan sama2 ngan mak semeja,namun kini kami 4 beradik aja makan bersama,masing2 busy.......

pernah aku bertanya knapa ddikan yg aku dapat xsama ngan adik2 aku.knapa mereka xdirotan kerana tinggalkn solat?jawapan abah mengecewakn aku,dulu lain skang lain........aku menangis mendengar jawapan itu di telefon......xsangka didikan agama abah juga mengikut arus zaman...........

sampai sini la dulu coretan sedih aku nih.....college nih da nak tutup...muhehehe...jaga dri sahabt2 semua,ada masa kita bincangkn lagi k??? di bawah nih ada lagu yg cambest dr adibah noor...sapa2 g baik hati nak tolong poskn pd aku bleh2 mmg nyiru tapak tangan aku tadahkn....:

Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa

adiosa...!!!

4 comments:

Noushy Syah said...

wah...bravo azkam...satu entry yg panjang lebar tapi penuh bermakna..instituisi kekulargaan sekarang adalah mengikut arus zaman....kepentingan duniawi adlah sama penting dengan akhirat, kalau xtakkan kata2 tuntutlah ilmu sampai kenegara China dulu tukan...jadi sebagai maknusia yg punyai fikiran kurniaan tuhan kita harus pandai menilai waktu 24jam yg ada agar seimbang dalam membuat antara tuntutan duniawi dan akhirat....suatu entry semasa yang sgt bererti utk renungan bersama..lurve it azkam......just a short komen, iaitu mmg benar ade yg sanggup membawa guru tuition anak2 utk belajar hal2 persekolahan namun xsanggup untuk membawa atau takut2 utk mengeluarkan sedikit wang untuk pembelajaran akhirat...bila ditanya ada yg berkata alaaaa kat sekolah dah belajar..cukuplah tu....emmmmm

@zk@m said...

btul tuh btul tuh..... trimas kat makcik sbb bagi idea utk topik nih....sajer nak kembangkn ilmu ddada...:)

Anonymous said...

pembetulan..."rumah nah tuntuh" ke "runtuh"..hehehe ;p

bukankah biler seseorang itu samaada wanita/lelaki sudah bersedia utk mendirikan rumahtangga, mereka sudah bersedia dari segala segi...dan bukankah, seandainye setelah berumahtangga itu isteri bekerja, boleh menambahkan serta meringankan beban seorang suami..bergantunglah pada situasikan..

"Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang,kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau" - Saidina Umar Al-Khattab.

Wallahualam 8)

@zk@m said...

btul btul tu sepet pasal didikan anak2....tp didikn agamankn da diajar oleh islam.
"andai anak itu tidak bersolat pada umur 7,maka rotanla ia..."

didikan duniawi mmg berlainan mengikut zaman.tp didikn agama yg sudah temaktub tips2 dia yg kita mmmg da tau tu,knapa xdiamalkn....??? kn memudahkn lagi perancangan keluarga...??

isteri/suami bekerja eh...???bleh2 pada azkam xsalahpn,tp klu boleh biarla xmengabaikn tanggungjawab cam menyambut suami dr kerja....:)