31.3.03

lama menyepi....

Alhamdullilah..... itu firstly aku nak ucapkan kat dalam blog nih. aku akui yg aku dah lebih seminggu tak jenguk blog n membuatkan ramai *actually takda la ramai sangat...* yg bertanya mengenai berita baru aku kat dunia realiti nih *nih remasuk skali bro rafique.....* paperpun, bukan niat aku sengaja buat ramai org tertanya2, tapi memandangkan minggu sudah aku menghadapi saat kritikal utk menghadapi dua assesment yg aku ingat payah n asingment yg banyak membuatkan aku memerah otak dan merajinkan diri utk menyiapkan semua urusan tu....kira first thing firstla......

banyak yg aku nak citer kalau bleh sbb banyak kejadian yg berlaku sepanjang seminggu aku tak update blog nih....tapi aku nak citer yg paling best ajer memandangkan pada aku,minggu nih merupakan minggu yg paling best sepanjang pengalaman aku hidup kat dunia yg fana nih sehingga hari nihla..... apa yg bestnyer? hehehe....... bukan benda tak baik tau.......ikuti kisah kat bawah..... *-*

telebih dahulu aku mengucapkan berjuta kesyukuran ke hadrat ilahi dan juga berjuta trimas kat bro rafique yg membuatkan hati aku tegerak utk menjalankan usaha ke atas Allah. dalam seminggu yg lepas, atas nasihat yg aku dapat kat blog bro rafique, *"dalam usaha dakwah, cara yang paling baik adalah melalui teladan dan tunjuk ajar,"lebih kurang ar...* so, aku nak kuar cam dier modal takda n blum cukup sedia, so aku buat kat budak2 yg berhampiran ngan aku ajela memandangkan camnih lagi praktikal pada aku..... so, pad maghrib tu, budak bilik aku ntah camana kasih sayang Allah melimpah kat kitorang, hampir semua menunaikan solat jemaah n pada maghrib tu aku ras cukup best sbb ia menandakan perpaduan umat islam..... alhamdullilah skali lagi sbb usaha aku yg selalu pass bahu izmee tiap kali aku nak solat menjadi ikutan dan akihrnya hampir satu bilik menunaikan jemaah maghrib.... yg lagi best, roomate aku yg selalu menunaikan solat melalui waktu pejabat akhirnya mula kembali menunaikan solat ikut waktu islam..........

masuk waktu isyak, agaknya doa aku makbul, Allah gerakkan aku utk pergi bilik sebelah supaya mengajak Man n Aizat utk join aku solat jemaah kat bilik aku *patut kat surau, tapi slow2..insyallah.....* n bertambah terharu aku bila aku selesai membaca doa utk kami n juga saudara kami yg tak berdosa yg menghadapi perang, aku toleh belakang Aizat mengeluarkan air mata keinsafan *aku harap sangat ia air mata keinsafan n tanda dirinya sentiasa diberi hidayah olehNya...* n bila aku selesai bersalam, utk sekian lama aku menitiskan air mata redha dan syukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku peluang utk menunaikan wasiat nabi Muhammad s.a.w..........Alhamdullilah............*lama gak aku layan blues, tapi aku tahu air mata tu tak sia2...*

then sepanajang minggu aku ajak man n aizar utk join n akupun kena ar tunjuk teladan, baru dia selalu tertarik utk berjemaah....sampai waktu kitorang kat kapalpun dia nak berjemaah n tak tinggal semayang yg dah lama dier tinggal tu...Alhamdullillah..........

n bertambah aku ras syok bila hari nih, Man akhirnya nak ikut gak aku ngan abang *nama dier dalam ic memang abang, org serawak yg selalu sound aku pasal perangai aku n akhlak aku....* pergi solat kat surau......... ya Allah, aku bersyukur tehadap hidayah yg kau berikan ke atas aku n sahabat2ku..........* harap pasnih makin ramai org aku dapat ajak utk menuju ke jalanMu ya Allah.........

insayallah kalau ada org ingatkan aku, esok aku nak citer pasal kawan aku Norazman nih...... aku takleh nak salahkan dier aja mengenai kelalaiannya..........insayallah....till then, adios amigos sayonara

22.3.03

da weekend in ALAM

dah lama aku tak sambut weekend kat alam.rasanya nih la first time aku weekend kat alam dalam tahun nih. dan nak dekat habis semester dahpun..........rasa cam bosan plak biler hari cuti cam nih kat sini takda aktiviti yg best aku nak buat. nak bersukanpun, time tghari camnih, rasanya cam org bobh ar plak. takda kerje aku. tapi homework yg banyak nih, baru buat sedikit jer.kenapa la aku cam malas jer biler buat homework time cuti nih? bertambah malas biler buat assingment utk ship paticular.........dapat lak next wekk aku telah diblurkan sama ada ada modular klass for a week atau klass cam biasa....... kalau ada klass cam biasa jawabnya truk ar aku kena study malam esok utk assessment electrical senin nih.....hih teruknye la aku nih!!! knapa ar malas sangat nak blaja...??

best btul baca blog rafique ari nih.....dier dah nak dekat ngan tarikh nak kuar tabligh..... aku ntah bila turn aku ntah..rasanya tak payah kuar kat ALAM nih, kat sini aja dah cukup kot....roomate sendri nih aku tak dapat nak ubah, caman aku nak ubah yg kat luar tu?tapi yg bestnyer aku pikir dier nih, dalam org sibuk buat rebel utk anti war, kat us tu, dier mampu lagi pergi chicago utk buat usaha nih....aku terpikir gak, biler la plak nak sampai turn aku agaknya utk kuar buat usaha baik n dalam masa yg sama muhasabah n baiki diri nih gak....iman aku tak cukup kuat lagi kot.......paperpun, bro, jgnar lupa doakan diriku ini.......biarlah sinatr hidayah sentiasa menyinari hidupku......insyaallah...

semakin hari semakin dekat aku ngan penghujung blaja. walaupun aku ada lagi 6 bulan sblm blayar, tapi rasa cam sekejap jer. lagi 3 minggu budak kat ALAM nih clear, balik cuti selama 2 weeks, while me n all the ECH cadets r still hear haunting this place like ghost!! hope that the petronas sponsored student from UTP will come here n we can be frenz......at least it not just the face of 22 of us we see everyday around us!!! oh they came here for their english camp n i think i must talk in english with themn to be frenz *should i??* paperpun, final aku makin hari makin dekat *actually final at 1st of june* n aku masih blum start study lagi utk final nih..... kawan2 aku semua dah start, manakala budak2 kat U luar tu dah ready nak cuti dahpun......well, this is the chalenge i ask for, so, get ready for it by hook or by crook.....

makin banyak blog yg aku surf tadi, n average membincangkan mengenai perang teluk kat iraq yg meletustu, aku pun tak tau apa nak buat. yg aku tau sekang aku cuma mampu berdoa pada ya Esa utk Dia menunjukkan yg haq.....n jatuhkan yg batil.... tapi memang org tak suka perangpun, buat buang masa jer nanti, sbb benda nih akan merebak, tu yg malas tu, yg takbestnyer, kalau takda org mati atau kerugian aset, bleh ar considerkan.....nih ada org mati, tu yg buat sedih tengok nyer........ya aa, mana tau org tu ada pertalian darah yg jauh ngan kiter kan.........tak ke sedih......

esok resource center nih tutup, so kpd pembaca2 sorry ar kalau blog nih ada banyak kekurangan, tapi kalau ada sapa nak bg idea utk aku supaya dapat aku baiki blog nih, sila ar sound direct kat aku nyer mail ker, Gbook ker........ dah lama ar plak rasa nyer org tak isi Gbook aku tu.......biar ar, yg penting aku happy ngan apa aku ada n what i do.....adios amigos sayonara..

20.3.03

.:: HappY BirthDay to m3 ::.

alhamdullillah, dapat juga aku hidup sampai ari nih dan menyambut hri kelahiran aku yg ke-19...syukur ker hadrat illahi ke atas nikmat nyawa yg diberikan...namun aku kena sedar yg aku bukan menjauhi kematian, tapi semakin hampir kepadaNya.....agaknya aku masih bernafas hingga kini adalah kerana peluan yg diberikanNya kepadaku utk membetulkan mana2 yg tak betul...... itu kasih sayang Dia pada hambanya.......... trimas diucapkan kat kawan2 aku yg ingat tarikh lahir aku dan kepada kawan2 yg sudi memberikan aku hadiah....... untuk tahun nih, aku rasas kali pertama aku dapat hadiah yg sungguh mahal.....parent bagi aku handphone, kawan ada yg bagi wish tapi apa yg best nyer ada bagi aku set eksklusif barangan laki......trimas bebanyak kat takkotakakko.......

namun,hari nih bukan hari yg patut aku bergembira dengan kelahiran aku kerana pada harinih,Us sudahpun memulakan peperangan dengan iraq dan mula menunjukkan taringnya....... ini ker yg patut aku gembira? apa yg buat aku sedih, sekutu US semakin bertambah n terbaru, 20 buah negara yg berhampiran dengan iraq sudahpun membuka laluan udara utk US dan juga menjadi tempat pangkalan tentera marin US. laut merah bukan lagi tempat yg selamat kerana kapal2 perang US sudah memenuhi perairan....... malah tambah teruk Bahgdad sudahpun di bom siang tadi *waktu malaysia*............. apa yang sempat aku peroleh, tentera britain kini sedang bersiap sedia di sempadan, malah sokongan rakyat britain bukannya semakin berkurang, tapi bertambah....media2 semasa di sana sudah memulakan kempen menyokong kerajaan utk menyerang iraq n blair juga hampir memenangi hati ahli dewan parlimen disana...... ...... adakah ini berkaitan dengan mimpi rasullullah yg aku pernah kemukakan atau adakaitan degan tanda2 kiamat yg pernah diceritakan bro iznan? apa ia ada kaitan dengan kisah kematiaan cucu Nabi Muhammad s.a.w?....... apakah ini tanda2 yg imam mahadi *mahdi* akan muncul tidak lama lagi? bagaimana sahabat kita disana hendak memerangi musuh2 mereka yg datang dari seluruh penjuru? apa yg Saddam hussein dapat lakukan? adakah dia mampu memimpin askar dan rakyat nya sekaligus menjadi wira di negara nya setelah selesai nyer perang teluk dulu? banyak persoalan yg menjadi tanda tanya kepada aku namun aku tak tahu bagaimana atau siapa yg mempu menjawabnya....... aku juga bertanya, tiadakah negara2 islam yg mehulurkan bantuan selain bantuan perubatan? kenapa tiada yg mahu tampil kehadapan utk membantu? kenapa pemimpin2 islam hanya mampu utk mengutuk tindakan US tapi tiada tindakan susulan? kenapa? oh, takut negara sendiri kena serang? takut rakyat sendiri teraniaya? apa ingat tuhan nih dah takda ker nak bantu kita? kalau kita tak bantu org, caman org nak bantu kita? camana tuhan nak tolong? setakat mengutuk org, akupun boleh........ tapi mana bantuan ketenteraan? apa guna PBB punya kuasa veto? russia tu, ada ker patut "dia menyesal kerana peperangan yg berlaku, harap tak banyak kematian terjadi.." *dipetik dari TV3* apa guna cakap tapi tak buat? waktu nihla kita akan dapat lihat camana sebenarnya sifat pemimpin2 utama dunia nih bertindak......adakah stakat berkata n tengok atau bertindak...........

aku harap Allah akan memeberi bantuan kepada yg haq..... tunjukkanlah yg haq dan jatuhkanlah yg batil.....amin....... !!!

18.3.03

the bad hairday
aku tak tahu mana silapnya semalam.....pasukan yg aku pimpin sehingga menuju ke quater akhirnya tumpas di saat akhir.... yg mengecewakan aku adalah diri aku sendiri yg hilang fungsi sebagai kapten sekaligus gagal utk memberikan motivasi kepada pasukan aku yg berusaha....... malah kerana kesilapan benteng pertahanan yg mana aku salah seorang di posisi itu punca utama gol kemenanagan dicipta..... kerana terlalu ghairah nak menjaring, aku gagal kekang penyerang pasukan lawan....... aku tak tahu nak disalahkan siapa apabila pasukan aku kalah, namun yg pasti aku kena tanggung kesalahan ini kerana aku yg memimpin mereka...malah strategi perlawanan pasukan juga disusun oleh aku..... agaknya tuah yg tak memihak kepada pasukan aku n Allah nak uji aku kot camana aku handle problem nih......budak2 dalam team aku dahpun salahkan aku, agaknya betullah kata diorang yg aku lah punca kekalahan kali nih.....so, aku ambil keputusan nak muhasabah diri balik mana silapnya, kenapa aku boleh hilang fungsi sebagai kapten dan hilang kosentrasi waktu lawan semalam tapi bukan waktu lawan sebelum2 nih....... aku harap Allah akan bagi aku petunjuk dan menguatkan iman aku supaya dapat aku menerima kekalahan ini........*aku sebenarnya bukan yg mudah kalah* tapi pada pendapat aku, mungkin Allah nak tunjukkan yg kalau usaha ala kadar, kejayaan takkan tiba begitu saja......tak aku nafikan bahawa pasukan aku di anggotai mereka yg dipandang ringan oleh org lain, namun kami tidak berusaha nak buktikan kebolehan kami melalui latihan, cuma tahu masuk padang n try our best...... namun aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat semua ahli team aku yg berusaha keras nak bagi aku emas kejohanan nih sebagai birthday present aku.........aku juga mengucapkan kesyukuran kepada yg Esa kerana bagi aku peluang utk memimpin mereka sehingga menuju ke quater final....alhamdullillah......

tapi yg tak bestnyer, time semi final, first team kitorang kena blasah ngan team yg menang ngan team aku nih sampai 4-2!! jab jab, skang nih sapa yg terer nih? ....*mula la nih nak bongkak nih, padahal quaterpun tak lepas* tapi aku ingat nak pegi muhasabah balik ar diri nih atas apa yg berlaku kat aku sepanjang minggu nih...... dah lama giler rasanya aku tak menangis bila menghadap Dia... agaknya aku dah lupa rasanya bila menjadi hamba pada nya sampai solat aku pn semakin hari semakin lambat...... tadi baru kena tegur ngan roomate *abang khairul* sbb aku slalu lambat semayang sampai masuk bab dosa org melewat2kan semayang nih....... ya Allah, kuatkanlah imanku.....ternagilah hatiku dengan cahaya hidayahmu n bimbinglah aku menjadi hambamu yg soleh........ya allah, letakkanlah aku diantara org2 yg beriman..... biarlah aku dikelilingi oleh mereka yg berilmu n jauhkanlah aku dari maksiat dan mereka2 yg menjadikan maksiat sebagai cara hidup....... berikanlah aku kekuatan utk mengembangkan syiarmu ya allah......amin.....

paperhalpun aku ada assesament hari khamis nih n i'm not study yet....Aaargggghhhhhh!!!!!! ya allah bantulah aku dalam perlajaranku................bila la aku nak paksa diri nih nak study nih???!!!!!!!

15.3.03

banyak nak citer pagi2 nih. namun kerana kemalasan nak citer pasal modular aku yg mencabar, aku nak ciet dulu pasal aktiviti aku spenajang minggu nih n satu citer yg memalukan namun buat aku tergelak besar biler memikikannya.....hari selasa ari tu adalah tarikh dimana aku dikelnali sekelian lecturer kat ALAM..... petang tu, aku baru pulang dari modular n aku yg gatalnih daftarkan diri nak masuk pertandingan renang dalam cara freestyle....... maka bila tiba giliran aku, semua org bersorak, yer ar..... aku nih badan sikitnyer besar, masuk bertanding....so au buat ar lawak sebelum start berlumba ngan gaya2 straching yg klakar. so biler bunyi jer wisel akupun start kayuh konon nak menang ar ngan tak pakai google, pastu siap tutup mata lagi ..... tau2jer biler aku bukak mata, tu dia... dinding depan aku!!!! so nak coverpunyer pasal, akupun try ar pusing balik sambil angkat tangan cam menang...... tapi tuhan ajerla tahu camana malunyer aku nih..... ni la akibatnya kalau kiter tak pakai google n tak tutup auratkot.......... habis kena gelak satu ALAM...... apakah hikmatnyer kejadian nih yer?ingat balik kelakar giler..... agak nyer nihla org melayu kata, "berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian" dan kira aku nih meneruskan budaya melayu ar kot.... berenang-berenang ke tepian???

ok habis buka pekung di dada..... sekang masuk plak sesion action thrill...... setelah sekian lama aku tak usik stick hokey, kini aku dahpun bina satu team utk inter divesyen street hockey kat alam nih utk mencabar divisyen lain n menjadi pencium pertama CEO thropy kat alam nih..... sekarang aku punyer team adalah penentu utk mendapat kejayaan tu.... so, hari khamis tu, aku main first game ngan kawan2 aku n aku juga game last utk peringkat kumpulan n penentu utk masuk suku akhir.... alhamdullilah, akudan kawan2 kat dalam team aku yg dah dibina sejak permulaan piala CEO nih berjaya mesuk suku akhir n alhamdullilah aku jugak dapat masuk dalam list scorer.... namun aku frust sbb dalam game last aku lepas 5 peluang depan pintu goal......*agaknya allah taknak aku jadi bongkak kalau aku score semua lima gaol tu kot??* aku ucapkankan trimas kat semua teamate aku n tonggak kali nih adalah semua n dalam quater nanti, team aku akan bertemu team yg menjadi 1st choice... kalau kitorang dapat menang yg nih, insyallah dapat masuk n mendapat johan... namun, semua kejayaaan pasti diiringi ngan doa dan usaha yg teak terkira banyaknya.... kalau aku nak jadikan team yg mempunyai perwatakan juara, usaha kami di quater nih kenala labih banyak dari team lawan... insyallah kami akan mengharunginya sekiranya doa aku dimakbulkan Dia.......aku harap rakan2 juga akan memberikan aku sokonga penuh bukan hanya utk aku, namun semua ahli team aku yg berusaha dalam mencapai kejayaan ini......doakan kami.......

sampai sini dulu, aku nak kena update blog ech02 plak pasal seminggu yg dipenuhi ngan modular courses n insiden2 lawak sepanjang kursus nih...... sampai jumpa lagi kepada semua blogger.....adios amigos sayonara....

aku rasa semenjak dua menjak nih, iman aku makin jatuh melampaui tahap kritikal.....aku semakin risau bila rutin hidup aku makin sibuk n salah aku kerana gagal utk meranang ngan bijak...... malah aku sedar yg aku sudah mula melewatkan solat.... malah aku juga makin jarang baca kitab quran yg sepatutnya dijadikan amalan seharian aku..... tambah teruk lagi, aku gagal nak sempurnakan puasa aku pada 10 muharram hari tu..... sekrat jalan jer....... usah citerla pasal amalan bacaan yassin aku n solat jemaah..... ya allah, ampunkanlah dosa aku, kau kuatkanlah imanku dan perliharalah aku supaya aku sentiasa berada di landasan mu.... jgn lah kau membiarkan aku tanpa bimbingan n hidayag darimu..... ya allah, kau la tempat aku mengadu n meminta, berikanlah aku petunjuk supaya aku kembali menjaga solat ku kembali n tidak meringan-ringankan arahanmu......kau perliharakan juga mataku supaya menjauhi melihat perkara maksiat, telingaku dari mendengar perkara umpat n fitnah, mulutku supaya tidak meluahkan perkara2 lagha... ya allah kau lah tempat aku berharap.........amin......

aku baru habis modular courses yg aku kena join selama seminggu utk mendapat kelayakan asas utk menaiki kapal... insyallah kalau takda aral, aku akan buat praktikal hujung tahun nih n aku harap dapat menyiapkan assingment aku sepanjang aku kat atas kapal dan aku harap dapat gain pengalaman yg secukupnya kat atas sana... insyallah...

salam semua..... semenjak dua menjak nih, aku sukar nak update blog aku nih..... asyik rajin membaca bro rafique ngan nan jer utk isi diri aku ngan ilmu sebanyak mungkin. habis jer baca blog depa, check mail aku, tau2 masa aku dah banyak terpakai kat library ngan baca mail n blog org lain sampai takda masa aku luangkan utk blog aku sendiri. hari jumaat ari tu ada aku buat update, tapi server down time aku nak publish plak, so....kena la bersabarjer ngan dugaan tuhan nih.....

namun dalam masa nih, aku dapati yg banyak nilai2 murni blog aku nih dah hilang. tujuan sebenar aku bina blog nih seolah tercemar ngan arya aku yg semakin teruk sejak dua minggu nih. trimas kar kawan2 yg mail aku dan ingatkan aku mengenai jgn prasangka buruk n mengumpat.... aku rasa selama dua minggu nih, aku isi blog aku ngan prasangka buruk aku kat org yg aku jumpa cam isu anak dara org yg buat masiat n yg berpakaian ketat..... trimas gak kat nicknacks yg ingatkan aku supaya jaga mata aku yg jahat nih.........so, aku kena start balik dari mula la jawabnya.......insyallah....

12.3.03

sekarang aku sibuk ngan assessment n aku punyer modulor courses....so, aku mungkin agak jarang usik keyboard nih utk update blog.....n aku akan cuba mencari info baru n juga carita baru utk dikarangkan...sekarang aku dala usaha menyelesaikan satu kisah cinta yg aku kumpul dari pengalaman aku..... mungkin aku akan kongsi ngan semua kisah hari valentine ygf menyedihkan... namun, memandangkan aku sibuk n idea taknak datang, so aku berharap dapat sokongan dari rakan2 n ibubapa...*opss... awek, nanti dulu, blum tiba masa lagi maaaa*
sampai sini ar dulu.. insyaallah aku akan tulis lagi panjang pasnih n berkongsi ilmu yg aku ada ngan semua.. insyallah.....

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w

aku dapat citer nih dari email aku kat yahoo..... so, kalau ada papa pendapat, bagi ar.... memandangkan ia sangat menarik, aku harap dapat berkongsi sama ngan semua org..... renungkanlah......
Pembunuhan besar-besaran sudah kerapkali berlaku di bumi Iraq. Sejak zaman Umaiyah lagi beribu-ribu jiwa telah terkorban. Peristiwa
paling pahit sekali ialah pembunuhan Saidina Husain r.a. bersama ahli di kelurga di Karbala. Kemudian diikuti dengan pembunuhan Imam Zaid biin Ali dan penyokong-penyokongnya. Yang paling ramai sekali ialah pembunuhan kaum muslimin ditangan kaum Tartar.
Bumi Iraq berkocak lagi. Operasi 'desert' storm pimpinan Amerika masih lagi belum pulih kesannya. Kini, peperangan yang
lebih hebat menunggu saat bermulanya.

Menurut pengkaji politik seperti Chandra Muzafar, punca sebenar kesungguhan Amerika menguasai Iraq ialah faktor
petrolium dan air. Khazanah petrolium Iraq menduduki tempat kedua selepas Saudi Arabia. Air pula keperluan asasi penduduk Yahudi, anak emas Amerika. Israel perlukan bekalan air yang mencukupi dari Iraq. Kuasa melobi Yahudi di Amerika sudah diketahui umum. Bahkan kaum Yahudi yang minoriti itulah yang menguasai kongres dan kerajaan Amerika. Kegilaan Bush berkait rapat dengan peranan kuasa Yahudi dibelakangnya.

Dalam sepotong hadith riwayat Imam Muslim yang bermaksud:
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga ditemui sebukit emas di Furat. Orang berbunuh-bunuhan untuk mendapatkannya, sehingga
dikalangan seratus orang, seramai 99 orang mati terbunuh"

Ulama menjelaskan bahawa angka-angka yang disebut dalam hadith di atas menunjukkan banyaknya terjadi pembunuhan. Emas
yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah emas hitam atau petrolium. Ada hadith-hadith yang lain yang menunjukan khazanah Allah itu bukan emas dan bukan perak. Hadith itu mebnguatakan lagi bahawa bahan galian itu adalah petrolium.

Imam Thabrani meriwayat dalam 'al Ausat' daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a. bersabda yang bermaksud:
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga keluarnya bahan-bahan galian yang begitu banyak yang akan diusahakan oleh orang yang paling hina"

Kita sudah ketahui bahawa emas dan perak sudah terdapat sejak dahulu lagi. Jelaslah bahawa petroliumlah bahan galian yang dimaksud.
Dan bahan yang menjadi punca peperangan itu diusahakan oleh orang-orang Amerika; manusia yang paling bongkak dan kufur
sekali di atas muka bumi hari ini.

Kebongkakan Amerika dalam isu Iraq telah mencetuskan protes diseluruh dunia. Berjuta manusia melahirkan kebencian kepada sikap
Amerika. Khabarnya. berjuta-juta manusia di Rom telah keluar untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Amerika. Saya
berdoa semoga perasaan tidak puas hati itu akan mencetus penduduk Rom untuk mengenal Islam. Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa dua buah kota akan ditawan Islam. Pertama Constantinople, dan kedua Rom. Constatinople telah ditawan oleh seorang pemuda Muhammad al Fatih (23 tahun) dan ditukar dengan nama Istambul. Kini giliran Rom pula untuk ditawani oleh Islam. Dr Yusuf Qardhawi meramalkan Rom akan ditawan melalui ilmu dan kajian

10.3.03

tadi baca blog bro rafique..... lama btul tak baca, banyak aku tak tahu. jeles ar plak dia pergi keluar buat baik seminggu tu... ntah biler la allah nak buka hati aku biar join bende camtu.... pastu baca pasal calon suami adik broder nan.... jgn lupa ajak tau kalau dah tiber masanyer seru tu sampai......pastu baca plak pasal dier nyer biodata masa kecik dulu... tak sangkla btulla dier camtu... hehehe biler baca balik lawak giler baca pasal pengalaman dier masa mula2 bercinta dulu..... memang lawaks giler.....tapi yg best nyer waktu dier baligh tu sama plak ngan aku.... kira aku nih sama standard ngan dier ar eh? tapi perangai aku cam budak2 lagi.. dah adik semua budak... tebawa2 la kat mana aku pergi.... tapi best gak nampak comel skit... hehehe.....

mungkin satu hari nanti aku akan citer pasal aku pulak kot. tapi aku rasa bile sampai serula nanti......

o.k, citer pasal pengalaman kat ulu bendul..... kali nih lagi letih dari yg dulu... memang kata org makin hari, hidup nih makin mencabar.. aku kat sana bukan saja memanjat gunung, tap i aku juga kena plak bertugas sebagai tukang masak kat sana... memang letih giler ..... tambah tak best, sentri aku buat sorang tiap2 malam. budak lain ntah apa dier buat ntah... reti tido n komplen jer...... tapi yg aku pelik tu, aku yg semalaman tak tido, buat sentri, pastu awal2 pagi lagi aku dah kena pergi dapur memasak utk budak camping... *ingat nak tido, en.izam dah suruh masak, buat ajer la..* sampai no.4 kat puncak gunung angsi..... yg bertambah ajaibnyer, aku berjalan jer, tapi budak2 lain berlari la apala... aku ingat aku yg antara paling last sampai.... rupa2nya budak alam yg ke4 jejak kaki kat sana... masa yg aku catatkan plak mengejutkan.... 1 jam 50 minit..... tak sangka plak aku gitu best skali.....
pastu, biler turun gunung, aku berkenalan ngan sorang kakak dari UTM nama dier fardia... *sedap nama tu maknanyer kalau tak silap cahaya penyuluh* final year in science computer... ramah n best ar gak borak ngan dier walaupun cuma satu sesi suaikenal yg ringkas jer..... harap sis sekarang berusaha utk final year nih n selamat berkenalan........

kat camp site, aku jumpa ngan satu pasngan best yg kalau aku citer memalukan kaum adam...... ada satu couple tu, laki kuar date ngan mak nyah.... satu lagi benda buruk yg aku nampak, kali nih bukan anak dara org tapi anak teruna org yg nak jadi anak dara!! astargfirullah......nicknacks.... nih doa awak kot.... kali nih nampak benda sonsang plak..... nak buat camana.. sekurang nyer aku nampak ar gak benda nih.... agaknya Allah nak ingat kan aku supaya jaga diri kot........esoknya tu semua cam biasa jer...... balik bertolak kul 4 ptg..... tak dapat awek sbb tak dapat seru lagi.... ntah biler ntah nak jumpa pengarang jantung nih... waktu naik ada gak pikir, camana kalau aku dapat putri bunian... tapi aku doala simpang la malaikat 44... susah hidup aku kalau memantu ngan org bunian..... harap dapat yg sederhana n semupuna dahla..*harap dapat cam yg bro rafique tulis kat blog dier tu..... insyallah...* ok ar, masa dah abis..... sampai sini jer sempat insyallah aku akan slalu jenguk blog aku nih... kepada rakan... harap dapat bagi idea utk aku menghasilkan nilai seni yg lebih bermutu lagi yg dapat buat entertain n dakwah.....adios

ingat hari nih nak cerita pasal pengalaman kedua aku kat ulu bendul, tapi memandangkan kejadian yg berlaku semalam sehingga membantutkan aku punyer masa tidur,so kali nih aku nak sentuh mengenai institusi kepimpinan kat ALAM nih yg namanya yg selama nih dibanggakan akhirnya tercalar...... salah seorang cadet capten (kira cam pengawas time sekolah dulu) telah kantoi mencuri... bukan dia menjadi isu di sini.... namun adalah sikap kepimpinan yg ada dalam diri seorang pemimpin yg sepatutnya di pelihara, tapi tercemar jua. aganya nilah buktinya manusia akhir zaman nih makin hari semakin serba kekurangan dan hilang nilai2 norma kehidupan..... paperpun, aku tak faham kenapa mesti pemimpin mesti pergi kursus kepimpinan? kalau utk orgenizer, nih utk cari pemimpin, tapi kenapa hantarkan org yg sudah menjadi pemimpin mesti pergi kursus kepimpinan? kenapa mesti cara kepimpinan mesti ditetapkan? bukankah asas dia sama..... amanah, jujur, adil, bertimbangrasa, bijak n nilai2 murni yg lain. kenapa mesti cara kepimpinan seseorang mesti diselaraskan dengan cara yg sama? kenapa tak ada kebebasan utk mereka yg boleh memimpin memilih sendiri cara kepimpinan mereka? kenapa nak buat semua org mesti mempunyai kepimpinan cam dr. mahathir jer? kenapa tak bleh ker memipin cam hitler ker, saddam hussein ker....... bukan aku kata buat jahat cam hitler..... buat baik, cuma cara kepimpinan nyer ada macam2.... takpun terus kepada rasullulah kan senang btul tak!!! kenapa nak semua selaras..... ?? menyusahkan hidup jer biler tak ada veriasi........ cuma belik ke zaman khlifah n zaman rasullulah.... kan ada macam2 cara kepimpinan n nabi tak menghalangpun cara2 mereka... cuma ada silap ditegur..... nak ingatkan lagi ker?..... umar al khatab, abu bakar, ali r.a, usman dan banyak lagi pemimpin agung di keliling ralullulah yg menjadi waris nya setelah kewafatannya...... apa guna kursus kepimpinan? yg diperlukan sebenarnya ialah kursus motivasi utk pemimpin......

ok, back into my brain in my world.... malas nak tulis panjang2 nanti boring sbb isu berat nih sebenarnya membosankan otak aku utk pikir sbb ia buat kita letih dan tak nyenyak tido. baik aku citer pasal aku balik.... memandangkan isu kepimpinan, teringin gak aku cerita pasal stail kepimpinan aku yg membuatkan aku masih belajar sampai sekarang, n sedar diri aku masih belum sedia menjadi pemimpin utk sesuatu komuniti....... ok, aku dah melalui banyak era kepimpinan sejak aku mula memasuki alam sekolah...... tapi aku mula berfikir sejak aku menjejakkan kaki ker semesti di mana ada macam2 cara kepimpinan yg dapat aku lihat, rasa n balajar..... waktu aku form 1... aku nyer ketua umum*k.u* seorang yg jauh dari org bawahannyer... cuma rapat ngan golongan pengaws n batch dier jer.... pastu biler aku masuk form 2 banyak berubah.... k.u aku seorang yg prihatin dan sangat sensitif ngan masalah pelajar...... dier antara org yg paling dihormati oleh guru2 kat semesti.. nama dier pun sedap, rafique adiputra..... ok, back on track.... waktu aku form 3, aku nyer k.u org nyer lemah lembut skit, n aku tak rapat sangat ngan dier. org nyer nampak o.k tapi aku takda komen pasal dier sbb tak rapat, namun dier tak banyak impak kat sekolah aku....... thne in form 4 meine k.u is so soft..... malas giler aku tengok dier... aku tau dier seorang yg berkepimpinan, namun pada aku dier terlalu lembut n selalu berat seblah... terutamanya time batch aku gaduh ngan batch dier..... buang masa jer aku rasa ada pemimpin cam dier * kat alam nih pun aku ada nampak camtu gak, biler ingat balik menyampah rasa* pastu yg paling kool aku rasa k.u aku masa aku form 5...... dia shahrir baci.. perangai dier fleks giler, biler patut matang, dier matang , biler main, dier main..... amalan ngantuhan dier jaga n aku tahu dier cuba nak buat terbaik ngan rapat ngan org bawahannya.... ok! enough about athers, they all now are memory.... cara aku pulak, aku tak suka ada kelebihan tak kira ar dari segi fasiliti ker apa ker.... pada aku semua sama, sama2 susah, sama2 senang! tak ada yg lebih... n we all r frenz... aku pulak suka kutuk org bagi dier rasa tercabar n berusaha nak kalahkan aku *tapi kat sini stail aku tak sesuai sangat * tapi aku hargai junior2 aku yg beri kata2 semgat kat aku sbb kata diorang, "abang akhyar, *tu diorang pangil aku dulu * kalau abang tak kutuk saya dulu, ntah jadi ker tak saya terer main bola baling camnih.... trima kasih bebanyak...." antara penghargaan yg aku dapat dari budak bola baling yg aku latih.... i miss u all..... bukan niat aku nak jatuh kan diorang, cuma aku harap diorang akan bangkit dari kata2 aku yg kadang2 melampau..... *pelikkan cara aku memimpin... its me in my own stail.... azkam...... well sampai sini dulu.... aku nak check blog bro rafique n iznan plak kalau ada masa......adios amigos sayonara...

6.3.03

da camping 2
hehe.... aku akan pergi lagi sekali camping n aku kali nih akan cuba menjejaki puncak angsi *actually, kalau baca kat bawah aku dah citer, nih utk budak2 yg suka baca skit2 jer pasal aku..., so kalau nak tahu intro utk camping nih baca sampai abis latest updated blog aku nih kat bawah.... utk yg nih hanyalah ucapan biasa, ...adios amigos sayonara..... ja oyasuminasai *harap btul aku eja...*

politik und politikus
satu benda yg buat aku sangat terkejut dan marah n buat aku blur bila memikirkannya..... hal nih bukan aja aku dengar sekali dua, tapi berkali tiga n empat dah. bukan dari sepasang dua maklumat, namun dari maklumat org yg dari bahagian bawah sampai bahagian atas managemet alam nih.... ALAM yg kini menjadi tempat aku berteduh n mencari ilmu setelah berakhirnya zaman persekolahan aku rupa2nya dah menjadi bahan mainan politik di malaysia.pada mulanya aku ingat politik nih sekadar dlaman jer memandangkan aku sedar mengenai kurang persefahaman antara insturctor,lecturer n da management that now r over react in here..... but then what i know it getting worse!! something that makes me hate so much to da politic! ada ker patut ALAM nih dijadikan mainan pihak politik antara ahli politik malaysia. kalau tak silap aku, ia bermula dari isu SAR *sekolah agama rakyat* yg mana para pelajarnya dijadikan bahan mainan n bahan perbandingan hasil antara SAR n Sekolah kerajaan.... aku tahu aku n sear yg aku dari sekolah kerajaan dan aku bersyukur dulu aku bukan bahan eksperimen pihak tertentu utk dijadikan bahan politik (atau memang jadi bahan eksperimen, namun masih dalam pemantauan kot!) namun apa yg buatkn hati aku sakit, telinga aku pedih mata aku berair ngan kemarahan nih bila pendidikan dijadikan satu isu politik n mangsanyer bukannya sahaja dari org politik yg menjadi penghalang antara pihak, namun golongan mangsa majoritinya adalah mereka yg masih dalam mencari identiti diri dan ilmu utk masa depan mereka.... malah mereka adalah golongan yg masih melalui fasa mematangkan diri dan masih menilai antara benar dan salah. kenapa golongan ini yg menjadi mangsa? kenapa harus pendidikan dipolitikkan? malah aku kat ALAM nihpun jadi mangsa bila kejap kena tukar, pastu takyah, semata2 taknak bagi kerajaan terengganu mendapat tanah kat tanah diorang sendiri..... sanggup pindahkan ALAM kat sana.... pastu, bila pilihan raya dah konferm hujung tahun nih, pepindahan dilambatkan.. aku tak tau la mana silapnya alam nih!! dahla alam nih managment dier slow n not steady *nih pendapat yg aku dapat dari kebanyakan instructor kat sini n spy2 aku yg bawak cerita... dah dicari kabenarannya walaupun masih lagi blur......*

namun, pergolakan kat dalam alam nih semakin hari semakin hangat. seolah ada yg kurang antara department.... yg menjadi mangsa sapa lagi kalau bukan ....kitorang...!!! kesiannya lah..... oh nampaknya kali nih isu aku gak berat utk diketengahkan n sepatutnya ia menjadi isu dalaman, namun memandangkan bakat aku dalam mencari rahsia n terikut prangai reporter pakcik n makcik n cousin, so benda yg camnih tak harus aku biarkan.... kalaulah aku ada kuasa n kudrat, nak aja aku ubah semuanya n kembalikan semuanya dalam keadaan normal n membina satu suasana yg harmoni kat alam nih, namun agaknya seru dari Illahi tu tak sampai lagi kat aku kot! namun aku percaya ada hikmahnya aku merasai semua nih... agaknya satu hari nanti bila aku nyer turn nak jadi cam diornag Allah taknak aku buat kesilapan yg sama plak kot. slama nih pun aku memang memimpin ngan stail, be ur self, learn from ur past, n never look down ur lower rank, but help them to be better than u!..*nih kira perasan ker?*

oh dah habis beremosi ngan isu berat lupa nak bagitau mengenai kesibukan aku sepanjang cuti nih. aku akan utk kali kedua menjejaki ker ulu bendul, namun kali nih bukan sebagai tukang masak *kalau ada org mintak tolong n aku bleh tolong, insyallah aku buat skit kot*namun aku akan cuba menakluki gunung angsi n buktikan kat budak2 yg selalu memandang rendah aku, yg aku nih bukan selemah yg disangka, kalau puncak kinabalu aku bleh sampai ngan susah payah, insyaallah aku akan dapat menakluki puncak angsi.... *ya allah, kau berilah aku kekuatan berilah aku keimana supaya aku berjaya capai apa yg aklu inginkan n tidak terpesong akidahku dengan anasir2 buruk di sana.....amin* namun yg tak best skit, aku kena jadi ketua kumpulan plak. n itu membuat kan aku resah sebab aku tahu caman rasanya menjadi pemimpin n aku harap Dia akan membantu aku n diri aku yg jarang bersedia nih selalu tersedia... insyallah.......

5.3.03

hari kedua tahun baru islam... n apa yg aku nampak tak ada langsung benda yg dilakukan utk meraikanya.smalam aku pergi kuar kat masjid tanah beli skit peralatan harap adala sambutan kat mana2 utk maal hijrah... hampeh takda! camnih ker yg dikatakan negara islam? tambah parah nanah yg sedia ada nih, bila aku beli baran, pastu aku wishla, slamat tahun baru..... bleh plak tak tahu yg ari tu ari yg penting dalam kalender islam? hari dimana penghijahan rasullulah s.a.w ke madinah yg dulu dikenali yathrib*kalau aku tak silapla .... dah tua, cepat btul lupa!!* yg tambah tenat penyakit sakit ati aku nih, yg islam, aku kena plak terangkan yg hari tu awal muharram, n yg kaum cina*bukan islamla* bleh ingat yg ari tu maal hijrah? apa nak jadi nih? satu lagi ker petanda nak kiamat yg allah bagi aku nampak depan kepala aku nih? kenapala aku yg jahat sejahat manusia nih bleh sakit hti memikirkan benda camnih? dahlah tu, siap ada yg dating lagi tu... memang tak reti hormat langsungla hari baik bulan baik nih... mahu ajer aku sepak masuk sungai diorang yg berpelukan tu... yg pakai baju ketat *nih dah jadi cam uniform kat budak pompuan sini* nak ajer aku tari tepi semak, pastu aku biarkan dier tukar baju yg sopan skit kat situ .... tapi biarla aku belui dulu baju baru bagi kat dier.. apakan daya duit poket takda.. setakat cukup diri sendiri jer. so, simpan dalam hati jerlah sampai menanah. kalau yg pakai tu yg tak melampua nak gak aku tengok, nih, dahla rupa tu buruk, *ya allah maafkan aku ngumpat...... ini harap dapt dijadikan pengajaran utk pembaca...amin*badan gemuk, pastu ketat sampai nampak bahagian dada tu yg aku sakit mata tu... dapat plak setan banyak n iman nih memang lemah.... kenapa la aku diuji sampai sebgini skali? haraplah pasnih iman aku kuat banyak supaya dijauhkan ngan benda2 kotor camnih... kalau kat belah u.s ker memang aku bleh trima, diorang tu agama lain n kalau ada dosa mintak ampun kat paderi jer yg kononyer paderi tu takder dosa..... tapi nih masalah nya anak malaysia yg beragam islam n bermaruah n terkenal ngan budi bahasa plak.... memang tensen aku yg sedia tensen ngan masalah alam nih.... ya allah, bagilah aku petunjuk, kuatkan lah imanaku dan jauhkan lah aku dari maksiat...berlah aku kekuatan utk menegakkan kan syiar mu... ya allah.. kau tempat aku berlindung, tempat aku memohon, tempat aku mengadu..... masukkanlah aku ke dalam syurgamu dan jauhkan lah aku dari nerakamu.... kau bantulah umat muhammad s.a.w yg sudah jauh dari jalan mu.. berilah mereka petunjuk dan kuatknalah iman mereka supaya mereka kembali ke jalan nurmu dan dapat mengecapi syurgamu juga menghembuskan nafasa akhir dalam iman.... amin......

nak tulis lagi nih, tapi tak cupkup plak masa kat center yg dah nak tutp nih.... susah btulla skang memandangkan ada homework... insyallah aku akan selalu update blog nih ngan idea2 baru yg cambest lagi.... adios amigos sayonara

3.3.03

..::salam tahun baru, salam semua, salam maal hijrah::..
aku tak tau apa nak azam bagi tahun baru nih, tahun baru masihi januari dulu pun aku tak menaruh azam memandangkan pada aku, aku nak buat semua yg aku boleh buat, kira cam azam masa pendek la.. malas la nak azam takut nanti tak mampu nak pegang kata hati nih kang frust kang, takker naya.... namun aku ucapkan semua umat islam selamat awal muharram.... harap kita semua dapat berhijrah menuju ke arah diri yg lebih baik. harap penghijraahan kita kali ini adalah penghijrahan yg membawa kita setapak mendekati tuhan.... insyaallah....

dah lama tak check guest book, tup2 dapat tau yg kak nano *i used to call her like that once* datang melawat sebagai pelawat kat blog aku nih. trimas kerana sudi melawat ke sini.. ntah dier buat apa kat sana skang... dahla dulu slalu kena fire ngan mulut laser aku yg takder insuran A.I.A nih...... sorry bebanyak terhadap dosa2 yg lalu yer nano..... sekarang badan kak nano sihat cam dulu lagi tak? kalau maintain mesti comel giler .... hahahahaha..... jgn marah! dan pasal nak tulis pasal isu semasa tu,susah skitlah... eden nih bukan taknak, takut jadi isu berat, skali ada mana2 pembaca yg pro politik n heavy isues, jadi gaduh plak, tapi kalau isu dunia, pasal yg betul2 menarik perhatian aku, barulah aku isukan kat blog nih... cam isu keamanan, sebenarnya dah pun aku isukan kat blog aku yg girlish nih......so, malas nak ungkit slalu... takder pekdahpun kat persidangan NAM yg dah berakhir....paperpun, aku akan terus berusaha nak update akunyer blog sebaik mungkin...... adios amigos sayonara for now.....

1.3.03

"tak guna ada mata kalau tak boleh melihat, tak guna ada hati kalau tak tahu menilai"

kata aku petik dari salah satu filem feberet aku..... 'soalnya siapa'... mungkin pada org lain akan perlekehkan bila kita tengok filem buatan malaysia nih... tapi pada aku cerita nih banyak benda tersirat dari yg tersirat..... kata2 nyer ada membawa maksud yg besar dalam kisah watak yg dilakonkan..... malah budaya yg cuba diangkat cukup membuatkan kita merasa bangga merasa bangga.... walaupun ia dilakukan dan dilakonkan dalam bentuk sinis dan lawak jenaka, namun mesej nya ada dan tinggal kita nak menilainya... buat apa ada hati kalau tak tahu menilai btul tak!!!

balik kat kata2 tadi.....ada banyak kebenaranya dan kata2 tadi juga telah menjana minda di bawah sedar aku utk berfikir melebihi minda sedar sehinggakan aku tanpa sedar rupanya tak tido lagi sejak siang tadi walaupun letih berjalan sepanjang hari, buat homework sampai tengah pagi.. pastu sambung layan cerita soalnya siapa....... memang aku sendiri tak paham apa yg aku buat.... well, kadang2 kita ingat kita kenal sangat sorang tu, tapi ada banyak yg kita tak tahu pasal dier dan banyak bergantung pada kita, menerima atau menolak... berlajar atau melakukan kesilapan yg sama.....contoh mudah, setengah org ingat kaum hawa yg memaki tudung nih semua nya baik, tapi rasa2nya, 2kali5 jer ngan budak2 yg tak pakai tudung... kadang2 budak camtu lagi baik tak hipokrit.... kaum adam plak, org pompuan slalu ingat kaum adam nih kalau muka slalu buat baik dier tu mesti baik. kalau cakap manis ertinya dia tu jujur, kalau selalu pergi surau, dia mesti semayang... aku tak kata aku nih perfek....aku tak kata aku nih baik.... bagi akula, aku nih memang jahat gatalpun ada gak........ tapi apa yg aku tahu kalau kita tak boleh melihat walaupun ada mata, an tak tahu menilai walaupun ada hati, memang rugilah kita ini kerana hati nih masih belum mendapat hidayah dariNya..... aku selalu nak yg perfek, tapi kalau aku ungkit balik pasal diri nih, aku nih perfek sangat ker? apa aku nih tak pernah buat dosa ker? apa iman aku nih tak pernah jatuh?..... banyak persoalan main dalam kotak minda aku nih........... yg menentukan sebnarnya adalah tindakan aku dulu, kini dan selepas ini...... disamping qada' dan qadar....Nya

bukan nak kata buka pekung didada, tapi sekadar renungan dan imbasan masa lampau aku yg aku rasa beoleh menjadikan aku ingatan selalu pada masa silam yg patut digunakan utk membaiki diri ini...... satu masa dulu ada sorang budak sekolah yg naif, hati dier memang cukup mudah tersentuh sehingga melakukan perkara bodoh.. jgn pikir yg bukan2..... nih bukan ruangan yg dipikirkan..... aku telah terpengaruh pada wajah yg cantk, namun sebab ada mata tapi tak dapat melihat, dan ada hati tapi tak tahu menilai, aku melakukan kesilapan yg sampai sekarang aku menyesal...... aku tak dapat nak bantu kawan aku yg dalam kesusahan sehinggakan aku sendiri marah dengan diri aku yg sentiasa termakan puji sebagai kawan yg baik kepada kawan2! namun biler kawan aku sesat akidahnyer, aku sendiri tak tahu apa nak buat.... aku dilahirkan sebagai kaum adam, dan semestinya aku dijadikan untuk menjadi pemimpin, namun aku gagal memimpin seorang kawan yg sangat memerlukan pimpinan....namun aku cuba walaupun dalam masa yg singkat yg diberikan oleh nya..... agaknya cara aku salah sehinggakan aku sendiri buntu memikirkan nyer.... berbaloike apa aku buat utk dia? namun apa natijahnya? kenapa iman aku tak cukup kuat utk memimpinya secara konsisten..... kenapa aku tak dilahirkan utk menjadi pemimpin yg dapat melakukan banyak kerja dalam satu masa? kena mesti aku susah nak memimpinnya sambil belajar utk masa depan dan cita2?..... nampaknya aku dah mengarang terlalu panjang dan ia membuatkan hati aku yg kecik nih samakin berat..... ya allah, kau bantulah aku, berikanlah aku kekuatan, iman, hidayah dalam hidupku.... kau berikanlah sahabat2 ku hidayah dan bantulah dia menuju kejalan yg benar... temukanlah dia dengan org yg mampu memimpin nyer lebih baik dari ku yg serba kurang dan naif........kau tempat aku mengadu, kau tempat aku memohon, kaulah yg esa......amin.....