12.3.03

Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w

aku dapat citer nih dari email aku kat yahoo..... so, kalau ada papa pendapat, bagi ar.... memandangkan ia sangat menarik, aku harap dapat berkongsi sama ngan semua org..... renungkanlah......
Pembunuhan besar-besaran sudah kerapkali berlaku di bumi Iraq. Sejak zaman Umaiyah lagi beribu-ribu jiwa telah terkorban. Peristiwa
paling pahit sekali ialah pembunuhan Saidina Husain r.a. bersama ahli di kelurga di Karbala. Kemudian diikuti dengan pembunuhan Imam Zaid biin Ali dan penyokong-penyokongnya. Yang paling ramai sekali ialah pembunuhan kaum muslimin ditangan kaum Tartar.
Bumi Iraq berkocak lagi. Operasi 'desert' storm pimpinan Amerika masih lagi belum pulih kesannya. Kini, peperangan yang
lebih hebat menunggu saat bermulanya.

Menurut pengkaji politik seperti Chandra Muzafar, punca sebenar kesungguhan Amerika menguasai Iraq ialah faktor
petrolium dan air. Khazanah petrolium Iraq menduduki tempat kedua selepas Saudi Arabia. Air pula keperluan asasi penduduk Yahudi, anak emas Amerika. Israel perlukan bekalan air yang mencukupi dari Iraq. Kuasa melobi Yahudi di Amerika sudah diketahui umum. Bahkan kaum Yahudi yang minoriti itulah yang menguasai kongres dan kerajaan Amerika. Kegilaan Bush berkait rapat dengan peranan kuasa Yahudi dibelakangnya.

Dalam sepotong hadith riwayat Imam Muslim yang bermaksud:
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga ditemui sebukit emas di Furat. Orang berbunuh-bunuhan untuk mendapatkannya, sehingga
dikalangan seratus orang, seramai 99 orang mati terbunuh"

Ulama menjelaskan bahawa angka-angka yang disebut dalam hadith di atas menunjukkan banyaknya terjadi pembunuhan. Emas
yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah emas hitam atau petrolium. Ada hadith-hadith yang lain yang menunjukan khazanah Allah itu bukan emas dan bukan perak. Hadith itu mebnguatakan lagi bahawa bahan galian itu adalah petrolium.

Imam Thabrani meriwayat dalam 'al Ausat' daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a. bersabda yang bermaksud:
"Kiamat tidak akan berlaku sehingga keluarnya bahan-bahan galian yang begitu banyak yang akan diusahakan oleh orang yang paling hina"

Kita sudah ketahui bahawa emas dan perak sudah terdapat sejak dahulu lagi. Jelaslah bahawa petroliumlah bahan galian yang dimaksud.
Dan bahan yang menjadi punca peperangan itu diusahakan oleh orang-orang Amerika; manusia yang paling bongkak dan kufur
sekali di atas muka bumi hari ini.

Kebongkakan Amerika dalam isu Iraq telah mencetuskan protes diseluruh dunia. Berjuta manusia melahirkan kebencian kepada sikap
Amerika. Khabarnya. berjuta-juta manusia di Rom telah keluar untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Amerika. Saya
berdoa semoga perasaan tidak puas hati itu akan mencetus penduduk Rom untuk mengenal Islam. Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa dua buah kota akan ditawan Islam. Pertama Constantinople, dan kedua Rom. Constatinople telah ditawan oleh seorang pemuda Muhammad al Fatih (23 tahun) dan ditukar dengan nama Istambul. Kini giliran Rom pula untuk ditawani oleh Islam. Dr Yusuf Qardhawi meramalkan Rom akan ditawan melalui ilmu dan kajian

No comments: