the bad hairday
aku tak tahu mana silapnya semalam.....pasukan yg aku pimpin sehingga menuju ke quater akhirnya tumpas di saat akhir.... yg mengecewakan aku adalah diri aku sendiri yg hilang fungsi sebagai kapten sekaligus gagal utk memberikan motivasi kepada pasukan aku yg berusaha....... malah kerana kesilapan benteng pertahanan yg mana aku salah seorang di posisi itu punca utama gol kemenanagan dicipta..... kerana terlalu ghairah nak menjaring, aku gagal kekang penyerang pasukan lawan....... aku tak tahu nak disalahkan siapa apabila pasukan aku kalah, namun yg pasti aku kena tanggung kesalahan ini kerana aku yg memimpin mereka...malah strategi perlawanan pasukan juga disusun oleh aku..... agaknya tuah yg tak memihak kepada pasukan aku n Allah nak uji aku kot camana aku handle problem nih......budak2 dalam team aku dahpun salahkan aku, agaknya betullah kata diorang yg aku lah punca kekalahan kali nih.....so, aku ambil keputusan nak muhasabah diri balik mana silapnya, kenapa aku boleh hilang fungsi sebagai kapten dan hilang kosentrasi waktu lawan semalam tapi bukan waktu lawan sebelum2 nih....... aku harap Allah akan bagi aku petunjuk dan menguatkan iman aku supaya dapat aku menerima kekalahan ini........*aku sebenarnya bukan yg mudah kalah* tapi pada pendapat aku, mungkin Allah nak tunjukkan yg kalau usaha ala kadar, kejayaan takkan tiba begitu saja......tak aku nafikan bahawa pasukan aku di anggotai mereka yg dipandang ringan oleh org lain, namun kami tidak berusaha nak buktikan kebolehan kami melalui latihan, cuma tahu masuk padang n try our best...... namun aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat semua ahli team aku yg berusaha keras nak bagi aku emas kejohanan nih sebagai birthday present aku.........aku juga mengucapkan kesyukuran kepada yg Esa kerana bagi aku peluang utk memimpin mereka sehingga menuju ke quater final....alhamdullillah......
tapi yg tak bestnyer, time semi final, first team kitorang kena blasah ngan team yg menang ngan team aku nih sampai 4-2!! jab jab, skang nih sapa yg terer nih? ....*mula la nih nak bongkak nih, padahal quaterpun tak lepas* tapi aku ingat nak pegi muhasabah balik ar diri nih atas apa yg berlaku kat aku sepanjang minggu nih...... dah lama giler rasanya aku tak menangis bila menghadap Dia... agaknya aku dah lupa rasanya bila menjadi hamba pada nya sampai solat aku pn semakin hari semakin lambat...... tadi baru kena tegur ngan roomate *abang khairul* sbb aku slalu lambat semayang sampai masuk bab dosa org melewat2kan semayang nih....... ya Allah, kuatkanlah imanku.....ternagilah hatiku dengan cahaya hidayahmu n bimbinglah aku menjadi hambamu yg soleh........ya allah, letakkanlah aku diantara org2 yg beriman..... biarlah aku dikelilingi oleh mereka yg berilmu n jauhkanlah aku dari maksiat dan mereka2 yg menjadikan maksiat sebagai cara hidup....... berikanlah aku kekuatan utk mengembangkan syiarmu ya allah......amin.....
paperhalpun aku ada assesament hari khamis nih n i'm not study yet....Aaargggghhhhhh!!!!!! ya allah bantulah aku dalam perlajaranku................bila la aku nak paksa diri nih nak study nih???!!!!!!!
18.3.03
Posted by @zk@m at 1:21:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment