22.11.05

air mata yg mudah ku alirkn....

bnyk2 masa aku jdkn blog aku nih tempat aku layan jiwang n apa yg berlaku pada dri aku.bnyk2 hasil nukilan aku ialah pergolakan hidup aku dlm bentuk kata tersirat supaya tiada siapa yg mampu memahami maksud aku yg sepenuhnya......n banyk2 masa aku berbicara tntang cinta......

hari nih dlm aku mengechek mail n masuk speedfinger.org,terlintas 1 artikel dr peguam yg terlibat dengan isu Aishah yg dmutadkn oleh kekasihnya......pada awalnya pemabacaan aku utk menambah ilmu n mengamarankn dri nih.Namun setelah lama aku membaca,air mata aku mengalir tanpa aku sedari.aku sendri xsedar sehingga seorang sahabt bertanya kesihatan mata aku.......kisah pabila 1 keluarga mati dipancung kerana mempertahankn agama benar2 buat aku sedih.aku sedih kerana ia berlaku dlm sebuah negara islam yg amat2 aku bangga.aku sedih sbb mereka xdpt pembelaan melainkn perasaan kasihan n simpati pada yg mengetahui n aku sedih knapa iman yg aku ada skang xmampu nak menandingi iman seorang kanak2 yg cuba mempertahankn agama yg agung nih...........aku sedih ngan dri aku buat aku terfikir,sampai bilakn aku akn begini...??

mak pernah tegur aku,jgn risaukn org lain,blajar jer dulu,namun mak,andai mak mebaca nih,cmanala airul xrisau??airul ada 3 org adik yg masih muda.airul nampak mereka membesar depan mata airul.airul tahu selera diorang malah airul tido pn ngan diorang andai ada peluang.........cmana anakmu ini tidak risau bila melihat statistic yg keluar.bgaimana anakmu ini tidak risau bila dri ini sendri bnyk kali nyaris masuk ke lembah hina ini.....???wahi ibunda yg amat aku cintai, munkin bnyk kali mak nasihatkn airul utk tidak memikirakn masalh org lain,bnyk kali juga anakmu ini menangis bila aku melihat sahabat aku sendri masuk ke dunia yg hina n bnyk kali juga aku cuma mampu menangisi dri nih stiap kali aku melakukan dosa........

sekian lama air mataku ini tidak mengalir kerana keinsafan......sekian lama dahi ini tidak sujud pada yg Esa memohon keampunan..sekian lama juga dahi ini tidak melakukn tahajud n sunat taubat.......lemah nya imanku ini wahai yang Maha Esa...lemahnya semangtku ini ya Allah.......aku bermohon padamu ya Allah,kau lindungilah ahli keluargaku dr penganiayaan n fitnah,kau lindungilah umat islam,muslimin n muslimat dr hasutan syaitan n kau pimpinlah kami ke jalanmu ya Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihi........

lepas aritkel tuh,benda yg merisaukn aku ialah adik2 aku yg masih muda. mampukah mereka menangkis godaan2 dunia nih n menjadikn M'sia sebuah negara islam yg sebenar??? sedangkn aishah yg dididik oleh seorang imam,hafal ayat2 al-Quran pn dengan mudah tertumpas,mampukah aku yg lemah iman nih mempertahankn agama aku.....???mampukah aku memimpin adik2 aku dmasa kelak....???

road trip bakal menjelma (insyaallah) aku bermohon pada Allah supaya akan banyklah ilmu yg akan aku kutip sepanjang perjalananku n dapatla aku menemui apa yg aku cari sejak aku memulakan ia bberapa tahun yg lalu........

mimpi....dulu sblm aku masuk ALAM (akedemi laut M'sia) aku melakukan solat istikharah n aku bermimpikn laut.......namun dlm mimpi itu aku menjumpai ular ketika aku sedang merentasi lautan n ia menjadi kenyataan.....ramadhan lepas aku bermimpikn anjing n aku masih mencari erti mimpi ini....ular bermaksud sihir n itula yg berlaku bila keluarga aku mengalaminya dkala aku tiada.salah aku meninggalkn adik2 n mak tanpa perlindungan.salah aku kerana tidak memberi amaran yg akhirnya mberikn kesan pada adik2ku.....realiti hidup yg xpatt mereka lalui dlm usia yg begitu muda.........

apa pula yg dmaksudkn ngan anjing...??ia sentiasa mengikuri aku dlm mimpi yg akhirnya aku tergoda......???sejak malam itu,aku sudah tidak bermimpi n barang siapa ada erti mimpi nih,bantulah aku utk menentrepritasikn ia........

bacalah ariktel kat bawah nih utk jadi renungan n buat kita berfikir lebih lanjut......aku menyeru pada semua anak2 muda supaya bersatu dlm membentuk M'sia sebuah negara islam yg sebanr2nya islam,bukan hanya pada nama,bukan hanya pada rukun........

http://speedfinger.org/portal/html/modules.php?name=News&file=article&sid=859&mode=&order=0&thold=0

yang baik dtg dr Allah,yang buruk dtg dr kelmahan dri nih....

------------------------------------------------------------------------------------------------

nih plak yg aku dpt dr harian metro..... bagus utk bakal ibu n bakal bapa.....:)

KUALA LUMPUR: Ibu kepada kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 6, gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian, terutama pada waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana Elias, 30, berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar-sinar ketika berusia belasan tahun dan percaya ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

“Mengandungkannya tidak sama mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman,” kata Serihana, ketika menceritakan amalan dilakukannya ketika mengandungkan anak bongsunya itu.

Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani Abdul Wahid, ketika berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

“Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Ezuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran,” katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra yang belajar sendiri di rumah bersama ibu bapanya dianggap pakar dalam menyelesaikan soalan Algebra, Trigonometri dan Indeks dan kepintarannya itu menyebabkan beberapa guru gemar merujuk kepadanya mengenai formula tertentu menyelesaikan soalan matematik.

Dia sering menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah menjemputnya untuk memberikan motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Semalam, Adi Putra, ditemani bapanya, Abdul Ghani, 47, dan Serihana menghadiri Program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3.

Esok pula, Adi Putra akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Serihana, dia tidak dapat melupakan mimpi itu sampai bila-bila kerana bukan mimpi biasa sebagai mainan tidur.

“Mimpi itu penuh makna kerana saya melihat lima bintang membentuk sebutir permata yang bersinar-sinar di langit.

“Mulanya saya sangka kehidupan menjadi semakin hebat sebelum berkahwin, tetapi biasa saja. Bagaimanapun, selepas berkahwin dan menimang cahaya mata bernama Adi Putra, barulah saya sedar mungkin mimpi itu sebagai petunjuk kelahiran insan istimewa,” katanya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengatakan kepintaran luar biasa Adi Putra dikesan ketika anak bongsunya itu dapat menghafal sifir Matematik sekali gus membetulkan kesilapan sifir yang diperdengarkan abang sulung.

“Adi Putra anak yang istimewa. Dia mempunyai aura yang sama sekali tidak dimiliki kanak-kanak lain seusianya. Kepintarannya agak luar biasa sehingga mampu menyelesaikan masalah Matematik, selain mencipta formulanya sendiri.

“Saya sama sekali tidak menduga Adi Putra mampu menghafal sifir. Mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun dapat menghafal sifir berkenaan. Lagipun dia tidak pernah mendapat pendidikan secara formal di sekolah ataupun mendalami subjek itu.

“Pada mulanya Adi Putra sekadar menangis meminta untuk dia turut sama menghafal sifir seperti abangnya. Bagaimanapun saya tersentak, selepas dia mampu menghafal sifir dua, sebelum menghafal keseluruhan sifir terakhir iaitu dua belas,” katanya.

Sambil berbangga dengan kepintaran anaknya, Serihana berkata, dia bukan saja seorang pintar, tetapi bercita-cita untuk menjadi Profesor Matematik Islam berjaya sekali gus menyebarkan ilmu dimiliki kepada masyarakat.

Sikap suaminya yang penyayang dan mengambil berat terhadap anak sedikit sebanyak menaikkan motivasi Adi Putra dan anak lain.

“Dua petua yang diamalkan abang yang sewajarnya diikuti ibu bapa, pertamanya mereka perlu memilih nama yang baik dan keduanya nama anak perlulah dipanggil dengan nama penuh kerana mempunyai kaitan dengan pintu rezeki mereka,” katanya.

Difahamkan Adi Putra yang bertemankan sebuah komputer akan dapat menyelesaikan masalah Matematik atau menemui formula baru, selepas mendapat ilham antara jam 12 tengah malam sehingga empat pagi.

Dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

Adi Putra pernah menunjukkan kepintaran luar biasanya dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru, Kuala Kurau, Perak apabila memberi jawapan betul dan pantas mengalahkan 19 guru dan 230 murid Tahun Satu hingga Enam sekolah berkenaan.

Malah, kanak-kanak itu hanya mengambil masa kurang satu minit menjawab soalan asas matematik, manakala soalan peringkat sekolah menengah dan asas universiti pula kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

adiosa.....

No comments: