Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang
tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis,
serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air
mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari
mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-
putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak
pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung
banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan meraung dan memukul-
mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut
iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau
tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata
seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke
pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan
di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak
mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan
api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa
mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di
atasgunung dan air matanya mengalir di jurang
Serandip.
Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan
pohon kayu manis dan pohon bunga
cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan
air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan
tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam
dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat
mu!."
Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita
bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu
kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta
tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah
Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan
mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat
amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah
melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia
menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga
ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan
mendapat ampunanNya jua.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah
swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
sekian lama aku xmengalirkn air mata......akhirnya ia menitis setelah mendengar suara ibu tercinta.......
aku nasihatkn sahabat yg ada usha2 skit citer qaish n laila ngan citer lady boss...... nampak cam chick flick but for me the message is there. a lot more better than nowadays Holliwood n Bollywood movies that full of crap n imagination. stick to reality n show what we got. :) adiosa!!!
14.11.05
tangisan .....
Posted by @zk@m at 8:48:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment