21.11.05

Tengok Rama-rama Teringat Si Dia..

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan
kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan
ceria. Hampir semua orang akan tersenyum
melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan
menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana
pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ,
tentu ada sesuatu yang tidak kena.


Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu
dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari
anda warna dan corak rama-rama itu telah
berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan
kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali
tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada
untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-
tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi
harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang
terbang membawa corak-corak indah, apabila
corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan
lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan
coraknya; harga wanita terletak pada apakah
tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh
suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan
hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri
daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar
daripada kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam
kepompong tiada siapa pedulikannya, malah
tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.


Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya
bertukar menjadi sesuatu yang amat
menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik
wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan
mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk
sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan
dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab
ingatlah mereka yang bersusah payah
memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia
sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri,
sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu
bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai
gambar indah dipandang tetapi diri sendiri
menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan
terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni
yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah
memelihara kehormatan. Selama mana anda
memelihara kehormatan dan maruah diri anda
berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan,
anda sudah kehilangan masa depan.


Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa
memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak
mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap
kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa
terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak
pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi
sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu
kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting
sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang
tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda
dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan
melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya
akan meleraikan warna-warna anda. Setelah
warna-
warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan
lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki
yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang
benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang
penuh ikhlas. Selama mana anda belum
menemuinya anggaplah diri anda masih berhak
terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


munkin entri nih utk kaum hawa,namun ia juga peringatan utk kaum Adam supaya menghargai kaum wanita.....kita dlahirkn sebgai khalifah,bukan sajer utk dri kita,namun utk keluarga kita.......igtla..."isteri itu pakaian suami,suami itu pakaian isteri"....:)

adiosa!!

7 comments:

Anonymous said...

ermm azkam..u totally rite!..hargailah wanita dgn menyanjunginya sebagaimana kasih adam pd Hawa..jadilah wanita yg disanjungi kerana menjaga kehormatannya..

p/s:Semoga Kebaikan Itu Berterusan..

@zk@m said...

hohhoo..trimas sbb bersetuju....ramai insan yg xmenghargai wanita dah skang nih n so kita generasi baru nih kena ubah semua nih supaya hidup kita di M'sia aman harmoni n hormat menghormati...:)

Noushy Syah said...

akukah sang rama2 itu?emmm sedaple ur entry ni...mmg punyai maksud yang bole dijadikan iktibar buat seorang wanita...tapi duhai kaum lelaki, praktikkkanlah apa yang anda tulis and mean it....jgn sekadar menulis dan menulis....bila rama2 terbang mlm...alangkah cantik dipandang..sekadar pandangan...

@zk@m said...

wah wah wah...noush...azkam yg menulis n pasti ar nak praktikkan.....xkn nak nulis jer....klu x,xdala blajar memasak ngan mak,cari tips hidup bahagia ngan org2 lama...n etc.....i write it n i mean it!! thats for sure.....

Noushy Syah said...

azkam...in dat case, bertuahnya sigadis bakal memenangihatimu nanti..n noushy doakan moga u akan mendapatkannya....

@zk@m said...

xda sapa yg bertuah memenangi hati nih,tp azkam yg akan bertuah andai dapt memenangi hatinya...mmg mudah mencari gadis yg baik sbb skangpn ramai pompuan dr laki,namun mendapatkn yg terbaik itu bak kat afdlin shauki "bagai bintang yg muncul dtgh hari...."

Anonymous said...

ya Allah,...

Azkam, as a women m' really appreciate this entry... RAMA-RAMA

u know what, dah lama x jumpa lelaki yg menghargai wanita... normally sweet talking masa nak tackle after that...tunjuk belang..

Actually, kita perlu respect each other... cinta n kasih sayang itu suci...